Friday, 29 January 2021

‘Salute’ dengan pendirian Mia Sara apabila tolak tawaran berlakon produksi Muslim

Salute dengan pendirian adik Mia Sara apabila dia menolak tawaran berlakon beberapa produksi disebabkan syarat yang tidak masuk akal.

Siapa yang tak kenal dengan adik Mia Sara, daripada kecil dah berkecimpung dalam dunia lakonan. Semua watak yang di bawa hebat-hebat belaka.

Mia Sara ambil keputusan untuk berhijab sejak lima tahun lepas. Dan sejak itu tawaran berlakon semakin berkurang.

Luahkan rasa kecewa

Disuruhnya untuk buka tudung apabila ditawarkan berlakon oleh penerbit seorang Muslim. Secara tidak langsung, membuatkan hati adik Mia Sara terguris.

“selepas saya pakai tudung memang tawaran berlakon kurang. Ada yang saya terpaksa tolak sebab mereka minta saya buka tudung. Mungkin sebab itu orang ingat saya dah tak berlakon lagi.”

“Apa yang membuatkan saya lebih kecil hati, apabila, segelintir produksi yang memang sudah kenal saya dan ambil saya berlakon sejak kecil minta saya buka tudung.”

Tetap teguh dengan pendirian diri

Menurut Mia, dia lebih rela tidak berlakon daripada perlu membuka tudung. Dia tetap teguh dengan prinsipnya.

Isu ini telah mendapat perhatian netizen di twitter dan rata-rata sangat marah dan ingin nama penerbit yang menetapkan syarat tersebut didedahkan di media sosial.

Rata-rata netizen luahkan rasa kagum terhadap pendirian Mia Sara dan bangga dengan jawapan yang diberikan apabila ditemu ramah.

The post ‘Salute’ dengan pendirian Mia Sara apabila tolak tawaran berlakon produksi Muslim first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3cjvdeo
via Denaihati.com

Thursday, 28 January 2021

Suhaimi Saad Mengaku Tawar Servis Urut, Nafi R0g0l Lelaki

Hari ini hangat diperkatakan mengenai satu berita mendakwa bahawa seorang penyanyi menawarkan perkhidmatan urut di beberapa platform termasuk aplikasi mencari pasangan sejenis.

Difahamkan penyanyi tersebut yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid menawarkan khidmat tersebut di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Selebriti itu didakwa menawarkan perkhidmatan berurut penuh berharga RM50 manakala ‘batin’ pula adalah pilihan pelanggan sendiri.



Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad menafikan khabar angin mengitkannya dengan servis seks sesama lelaki. Suhaimi turut meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak sahih itu.


Dalam pada itu, Suhaimi mengakui membuat kerja sambilan sebagai tukang urut, malah seluruh keluarnya mengetahui bahawa dia seorang tukang urut.

“Kau aibkan aku untuk jatuhkan aku padahal itu hanya akan menaikkan nama aku sedangkan kau tetap di situ menghimpunkan dosa beribu,” katanya.

Sumber: Rotikaya



from Sehinggit Media https://ift.tt/3cfY03w
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ot5e6O
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

So You Want to Open a Hotel? Now?


By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https://ift.tt/3ceQxBL


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3orAjrs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ratusan Etnik Rohingya Di Kem Pelarian Indonesia Hilang, Dipercayai Lari Ke Malaysia

JAKARTA: Ratusan etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia, kata pihak berkuasa dan sumber hari ini.

Hanya 112 pelarian masih tinggal di kem itu yang terletak di Lhokseumawe, Aceh berbanding 400 etnik Rohingya yang tiba di negara itu antara Jun dan September tahun lalu.

Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak dapat mengesahkan kedudukan pelarian minoriti Islam dari Myanmar itu.

Bagaimanapun, menurut ketua pasukan petugas Rohingya di Lhokseumawe, Ridwan Jamil, pelarian terbabit disyaki menghubungi penyeludup untuk membawa mereka menyeberangi Selat Melaka menuju ke Malaysia.

"Buat masa ini, kami tidak tahu ke mana mereka pergi, namun mereka boleh melepaskan diri jika mendapat peluang kerana memang itu matlamat mereka (untuk ke Malaysia)," katanya.

Baru-baru ini, sekurang-kurangnya 17 etnik Rohingya dari kem pelarian Lhokseumawe dan puluhan lagi disyaki penyeludup, ditahan polis beberapa ratus kilometer di selatan bandar Medan.

Menurut pihak berkuasa, bandar berkenaan kerap dijadikan lokasi persinggahan untuk menyeludup masuk ke Malaysia.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Mitra Suryono, berkata semua etnik Rohingya itu sudah diminta untuk kekal di kem masing-masing berikutan risiko tinggi jika melakukan perjalanan berkenaan.

"Namun, mereka tetap pergi walaupun kami berulang kali memaklumkan mengenai bahaya dan risikonya, terutama jika menggunakan khidmat penyeludup.

"Kita perlu ingat bahawa kebanyakan mereka memiliki saudara-mara di negara lain seperti Malaysia dan ini mungkin antara sebab mereka meneruskan perjalanan," katanya.

Kumpulan hak asasi menyalahkan kerajaan Indonesia yang mengurangkan kawalan keselamatan secara drastik di kem pelarian apabila etnik Rohingya diletakkan di bawah pemantauan UNHCR bulan lalu.

Walaupun Indonesia tidak menandatangani konvensyen antarabangsa mengenai pelarian, langkah itu dilihat membelakangkan tanggungjawab melindungi mereka, kata Pengarah Amnesty International Indonesia, Usman Hamid. - AFP

Sumber: BH Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/3qXhjm5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YpppYF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Rogol Anak Tiri 105 Kali, Lelaki Dipenjara Selama 1,050 Tahun

KLANG – Perbuatan keji seorang penganggur merogol anak tirinya sebanyak 105 kali selama dua tahun sejak 2018 mendapat balasan setimpal apabila dijatuhi penjara 1,050 tahun dan 24 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh berusia 33 tahun selepas mengaku bersalah terhadap 105 pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan hukuman ditetapkan, lelaki itu dipenjara 10 tahun dari tarikh ditangkap 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhan 1,050 tahun.

Selain itu, turut dikenakan dua sebatan bagi 105 pertuduhan dengan jumlah keseluruhan 210 sebatan. Bagaimanapun, hanya 24 hukuman sebatan sahaja dikenakan merujuk kepada Seksyen 288 (5) Kanun Acara Jenayah.

Kunasundary dalam penghakiman menegaskan kesalahan dilakukan adalah keji dan amat berat.

“Malah telah memalapkan hidup seorang kanak-kanak. Saya harap kamu insaf dalam penjara.

“Kamu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minima namun mahkamah merasakan memadai mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu,” jelasnya.

Dalam prosiding lebih empat jam bermula pukul 3 petang, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun sebanyak 105 kali di sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya bermula 2018 hingga tahun lalu.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Mohamad Afiq Zuber. 

Sumber: Kosmo Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/3aey31F
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39o5mA0
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wednesday, 27 January 2021

COVID-19: Azizan Osman, 31 Ahli Keluarga Positif, Ibu Mentua Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman hari ini mengesahkan beliau dijangkiti wabak COVID-19 selepas berkontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu.

Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Facebooknya, Azizan berkata, selain beliau, 31 ahli keluarganya lain turut dijangkiti wabak tersebut.

Apa yang turut menyedihkan ialah, ibu mentuanya meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.

Berkongsi lebih lanjut, Azizan menggambarkan kejadian yang menimpa beliau itu sebagai sesuatu yang sangat berat dan memeritkan untuk ditanggung.

“COVID-19 hampir meragut nyawa saya! (Pada pukul) 1.44 petang, Jumaat 15 Januari - saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tetapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

“Saya dan keluarga diuji dengan virus COVID-19. (Seramai) 31 ahli keluarga saya dijangkiti COVID-19 dan ibu mentua saya telah kembali ke rahmatullah.

“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu. Tetapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang mentor, saya nak anda tahu proses ini,” katanya dalam entri tersebut, pada Khamis.

Azizan yang juga pengasas syarikat RichWorks International menambah, beliau hampir menitiskan air mata ketika berkongsi perkara ini, namun sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkannya lebih tabah.

“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal… you tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan mesin untuk terus bertahan dan melawan dengan otak, emosi dan diri.

“Kamu mahu hidup? Kamu mahu lawan? Itu la saatnya… Dan Insya-Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya. Peluang kedua ini bukan sekadar suka-suka.

“Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ini untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, dan menjadi mentor yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Azizan menyifatkan pandemik COVID-19, bukan hanya telah menjejaskan kehidupan ramai orang dalam meneruskan kelangsungan hidup, bahkan turut memberi kesan kepadanya.

"Seorang ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak, ada yang mencari rezeki di tempat sampah.

"Kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan perniagaan. Tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa. Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya," katanya.

Difahamkan, Azizan ketika ini telah sembuh daripada wabak tersebut.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media https://ift.tt/2KVPOKx
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Yj8l6w
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Penghantar Makanan Wanita Maut, Motosikal Terbabas

Subang Jaya: Penghantar makanan wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dekat susur masuk Putra Height dari Puchong, semalam.

Dalam kejadian 6.01 petang itu, Wong Lai Yie, 30, yang menunggang Yamaha YZF- R15 dipercayai terbabas akibat permukaan jalan basah dan melanggar pembahagi jalan sebelum terpelanting.

Kakak mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong berkata, adiknya bekerja sebagai penghantar makanan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejadian, mendiang dikatakan mengambil pesanan makanan di Cheras untuk dihantar kepada pelanggan di USJ, di sini.

"Saya diberitahu ketika kejadian ada pemandu lain melihat motosikal mangsa terbabas berhampiran sebuah kereta. Bagaimanapun tidak pasti sama ada motosikal adik bergesel dengan kereta itu atau tidak," katanya.

Mereka sekeluarga memohon saksi yang melihat kejadian atau pengguna jalan raya yang merakam insiden itu melalui kamera papan pemuka untuk tampil membantu pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mengesahkan kemalangan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa terbabas akibat permukaan jalan yang basah, lalu melanggar pembahagi batu dan terpelanting sebelum melanggar sebatang pokok.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/36gQfqk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cmsbpF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com