Pengambilan air putih yang mencukupi adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah dehidrasi badan.
Namun ramai kurang cakna bahawa kuantiti per liter yang perlu diambil sebenarnya bergantung mengikut keperluan diri masing-masing. Meskipun kandungan air kosong adalah zero kalori, tidak bermakna anda boleh minum dengan terlalu banyak tanpa kawalan dan menganggapnya sebagai rutin menyihatkan.
Isteri join program diet & disaran minum air 8 liter sehari…Alami sawan & bengkak otak
Percaya ataupun tidak, seorang doktor ini tampil mendedahkan sebuah tragedi di mana seorang wanita diibaratkan seperti ‘overdose’ pengambilan air putih sehingga mengakibatkan sawan dan bengkak otak.
Berusia awal 20-an dengan berat badan sekitar 100kg, difahamkan dia telah mengikuti program diet di mana semua peserta disarankan untuk minum air putih dalam 6-8 liter sehari. Namun siapa sangka, kekerapan tersebut rupa-rupanya memberikan beban kepada ginjal.
Minum air berlebihan boleh menjurus kepada koma…Sederhana dalam segala hal
Secara ringkasnya juga, Dr Zek mengesahkan bahawa wanita terbabit sedang mengalami water intoxication dan beberapa simtom juga ada dijelaskan menerusi penulisan di bawah. Tegas pakar perubatan ini, pengambilan air kosong yang berlebihan tidak mampu menurunkan berat badan malah boleh menyebabkan impak lebih buruk termasuklah risiko untuk koma.
Tular di media sosial, sebuah video yang menunjukkan seorang wanita mencekup suaminya yang curang dalam insiden yang berlaku di negara jiran.
Ketika melakukan serbuan di sebuah bilik hotel di Palembang, Indonesia, wanita itu mendapati suaminya hanya memakai seluar dalam bersama wanita lain yang dipercayai sedang melakukan hubungan intim.
Kecewa dan geram melihat perbuatan suaminya itu, wanita berkenaan berkali-kali memukul dan menampar muka suaminya bagaikan tiada hari esok.
Video tersebut pada awalnya dimuat naik oleh wanita itu sendiri di Facebooknya sebelum dipadamkan. Namun, video tersebut sudah tersebar meluas di media sosial.
Di media sosial, netizen turut memberikan pelbagai komen dan tidak kurang juga yang menyokong tindakannya itu.
"Tak perlu kotorkan tangan sendiri, sudah cukup bukti yang ada dan serahkan kepada pihak berwajib untuk dikenakan tindakan," kata netizen.
"Dah pernah curang sekali, pasti akan buat lagi. Lebih baik tinggalkan saja lelaki camni kalau nak hidup senang dan bahagia," tambah netizen lain. - Agensi
Sekiranya anda mengikuti perkembangan harga Bitcoin, pastinya anda cukup tahu harganya kini sudah melambung tinggi mencecah ratusan ribu ringgit untuk 1 BTC.
Peningkatan harga yang tinggi sejak beberapa bulan terakhir ini secara tidak langsung membuatkan mereka yang pernah mempunyai Bitcoin ini sedia untuk menjual semula dalam usaha untuk menukarnya kepada matawang.
Terbuang Bitcoin bernilai RM887 juta
Di sebalik kerancakan kenaikan harga Bitcoin dan kegembiraan pelabur ramai Bitcoin, situasi sedih berlaku kepada James Howells yang mempunyai sekitar 7,500 bitcoin yang disimpan beliau sejak daripada tahun 2009 lagi.
Meskipun memiliki jumlah bitcoin yang banyak namun beliau dikatakan tidak menyimpan maklumat dan keterangan mengenai akaun tersebut. Lebih menyayat hati, beliau telah membuang komputer beliau di pusat pelupusan sampah berdekatan rumahnya sekitar tahun 2013.
Sumber : JACKIEPOST365
7 tahun berlalu, melihat harga bitcoin yang melambung tinggi, beliau memilih untuk menawarkan majlis bandaran di kawasan beliau ganjaran sebesar $55 juta (RM222 juta) sekiranya berjaya menjumpai komputer atau setidaknya cakera keras milik beliau.
Isu yang menimpa James Howells ini sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai untuk sentiasa menyimpan keterangan akaun crypto dengan baik agar masalah melibatkan lupa password dan sebagainya tidak menjadi isu.
Terlupa password pelabur ini hilang akses kepada akaun Bitcoin
Nasib malang juga menimpa pelabur bernama Stefan Thomas ini pastinya menjadi pengajaran buat mereka yang mahu melabur dalam crypto currency selepas dimaklumkan beliau baru sahaja disahkan rugi hampir $220 juta (RM889.5 juta).
Difahamkan semuanya bermula apabila Stefan Thomas berjaya menjadi pelabur terawal bitcoin dengan menerima hampir 7,000 BTC selepas berjaya menghasilkan sebuah video menerangkan mengenai crypto kepada umum.
Sumber : MEDIUM
Melihatkan nilai bitcoin yang mencecah harga yang tinggi baru-baru ini, beliau dimaklumkan memilih untuk melihat jumlah aset digital yang dimiliki beliau namun segalanya berubah selepas beliau gagal mengakses akaun beliau setelah lapan kali percubaan.
Untuk pengetahuan, setiap akaun bakal dibekalkan dengan 12 password unik untuk mengakses sekaligus membuatkan sistem ini telus dan bebas daripada pengetahuan pihak ketiga.
Berbekalkan dua kali percubaan, beliau turut mencubanya namun semuanya gagal. Beliau turut memaklumkan kepada media di mana beliau terlupa password yang ditulisnya pada sebuah kertas sekitar setahun yang lalu.
Lebih perit, beliau tidak mempunyai altenatif lain untuk mendapatkan semula akaun yang memiliki wang hampir RM1 bilion itu.
Cara untuk membeli Bitcoin
Kalian yang nak melabur Bitcoin boleh buka akaun Remitano.
Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular di media sosial kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pengguna jalan raya lain tampil memohon maaf atas tindakannya.
“Jika saya salah, saya minta maaf. Saya maafkan semua. Spread the positivity. I’m done. Assalamualaikum,” tulisnya menerusi sosial media.
Berdasarkan video kejadian yang dikongsi seorang pemandu, wanita tersebut dilihat membuat pusingan-U sebelum dibunyikan hon oleh pemandu berkenaan.
Wanita berkenaan kemudian memandu ke sebelah kereta pemandu itu, dan seterusnya mengeluarkan kata-kata kesat.
@kkmm_gov@KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid? pic.twitter.com/AvuCadtPLO
Pemandu berkenaan yang menggunakan nama akaun Twitter Fadzli Amin, berkata wanita tersebut menunjukkan stetoskop ketika insiden itu berlaku, yang membuatkannya menyangka dia seorang doktor perubatan.
Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan merupakan pensyarah UPM.
Pengarah Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dalam kenyataannya semalam mengesahkan wanita tersebut merupakan kakitangan universiti mereka.
“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.
“Sehubungan itu, perkara ini berada dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Terbaru, Fadzli dalam kemas kini di akaun Twitternya memaklumkan bahawa dia akan ke ibu pejabat polis daerah Sepang petang ini untuk memberi keterangan.
Jelasnya, ini kerana wanita tersebut telah membuat laporan polis yang mengatakan bahawa Fadzli memandu dengan berbahaya dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Update: Dia buat report polis bagitahu aku memandu dengan bahaya dan mengeluarkan kata2 kesat.
Petang ni aku akan ke IPD sepang untuk bagi keterangan
SELEPAS dikecam teruk, pemandu wanita yang videonya tular gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu lain dalam satu pertengkaran pada Selasa, akhirnya memohon maaf.
Wanita yang dikenali sebagai Prof Madya Dr Bahariah Khalid itu membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagramnya, @bahariahkhalid_
"Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Spread the positivity (sebarkan positiviti)," tulisnya pada satu posting yang dimuat naik lewat malam Rabu.
Posting tersebut dimuat naik dengan memaparkan gambar bertulis perkataan 'MAAF'.
Wanita tersebut menjadi perhatian ramai sejak Selasa, selepas videonya mengeluarkan kata-kata makian kepada seorang pemandu lain menjadi tular.
Video berdurasi lebih dua minit itu dimuat naik di akaun @Fadzmin memaparkan kereta yang dipandu pemuda tersebut hampir sahaja bertembung dengan kereta yang dipandu seorang wanita yang membuat pusingan U secara melulu.
Pemuda berkenaan kemudian membunyikan hon sebagai tanda tidak berpuas hati, namun tindakan tersebut mengundang rasa bengang pemandu wanita berkenaan lantas mengeluarkan kata-kata makian.
Menerusi satu video berasingan yang dirakam penumpang keretanya, pemandu wanita dalam lingkungan pertengahan umur itu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka berhenti di lampu isyarat.
Dalam riak wajah marah, pemandu wanita berkenaan mendoakan agar pemuda berkenaan dijangkiti wabak Covid-19.
Pada mulanya, pemandu wanita berkenaan didakwa merupakan seorang doktor, namun sebaliknya dia adalah staf Universiti Putra Malaysia (UPM).
Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi satu kenyataan pada petang Rabu melahirkan kekesalan ekoran sikap kakitangan mereka.
Dalam masa yang sama, Hospital Serdang tampil dengan satu kenyataan menafikan pemandu wanita berkenaan adalah doktor yang bertugas di hospital berkenaan mahupun kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sejak semalam, heboh di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter memuat naik rakaman memperlihatkan seorang wanita dipercayai berstatus ‘doktor’ memaki hamun pengguna jalan raya dan mendoakan agar individu terbabit dijangkiti Covid-19.
Macam ni ke sahsiah seorang doktor?
@kkmm_gov@KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid? pic.twitter.com/AvuCadtPLO
Dalam pada itu, pihak Hospital Serdang telah tampil mengeluarkan kenyataan dengan menafikan wanita terbabit adalah kakitangan hospital tersebut.
Malah ada juga dakwaan mengatakan wanita berkenaan adalah seorang pensyarah fakulti perubatan di sebuah universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM).
Berikutan peristiwa itu, menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter, pihak UPM mengeluarkan maklum balas mengenai reaksi staf yang didakwa bertengkar kerana kesalahan lalu lintas itu.
UPM menyatakan bahawa mereka memandang serius tentang isu berkenaan dan akan menjalankan siasatan bagi mengambil tindakan selanjutnya.
Ini Maklum Balas Dari UPM
MAKLUM BALAS UPM MENGENAI REAKSI STAF YANG DIDAKWA BERTENGKAR KERANA KESALAHAN LALU LINTAS pic.twitter.com/8DpQJwdvHF
“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.
“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” tulis Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dalam maklum balas tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kasihan dengan nasib wanita berkenaan.
Apa pun, kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku antara mereka, lebih-lebih lagi hanya satu pihak sahaja yang bersuara. Harapnya pihak terlibat boleh selesaikan masalah ini dengan bijak dan matang.
Sumber: Twitter UPM, Twitter Fadzli Amin via https://ohmymedia.cc