
By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/3jukDmR
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3yv5VC9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com


Tugas dan amanat menjadi pemimpin itu bukan suatu yang mudah. Walaupun kadang-kadang amanat itu terlihat kecil dan sedikit, namun ia perlu digalas dengan sehabis baik.
Dan sebagai orang yang berada di bawah tampuk pimpinan seseorang, perlulah menghormati dan mengikuti aturannya.
Jika apa yang diimplementasikan ialah perkara yang baik, maka perlulah diikuti. Namun, jika ia adalah perkara yang melanggar aturan Islam dan alam sendiri, tegurlah mereka dengan cara yang berhemah.
Kini, kita melihat tampuk pimpinan berubah-ubah. Namun, jika ia adalah untuk keharmonian dan kesejahteraan negara yang tercinta sendiri, apa salahnya.
Namun, bagaimana jika kita berada di bawah tampuk pimpinan yang salah dan boleh menjejaskan negara serta rakyat?
Disebabkan itu, salah satu perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan berdoa agar Allah memberikan kepada kita semua pemimpin yang sentiasa adil dan baik.
Dan apa doa yang sesuai dibacakan? Entri kali ini akan berkongsi kepada anda beberapa doa yang boleh dibaca;
اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
Maksud: “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”
اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Maksud: “Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepadaMu dan bertakwa kepadaMu, wahai tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا
Maksud: “Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepadaMu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.”
اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Maksud: “Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan merosakkan. Dekatlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
Doa kan senjata orang mukmin. Jadi, berdoalah dengan perkara-perkara yang baik agar Allah sentiasa memberi kesejahteraan kepada kita semua, baik rakyat, pemimpin dan juga negara yang tercinta ini.
Sumber: Tzkrh
The post Doa memohon pemimpin yang baik first appeared on Denaihati.
Made with crunchy daikon, cucumber, eggplant, and lotus root pickled in a soy sauce-based solution, this Homemade Fukujinzuke is a must-have relish for Japanese curry.
READ: Homemade Fukujinzuke (Japanese Pickles for Curry) 福神漬け




Menurut Astro Awani, Korea Selatan telah mengesan dua kes pertama varian Delta Plus COVID-19, kata Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Selasa, ketika negara itu berdepan gelombang jangkitan keempat.
Varian Delta Plus merupakan sub-lineage varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.
Setakat ini Britain, Portugal dan India juga telah melaporkan kes varian Delta Plus.
“Kes pertama di Korea Selatan dikesan pada seorang lelaki berusia 40-an yang tidak mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini,” kata KDCA kepada Reuters.
Saringan terhadap 280 kontak rapat lelaki itu mendapati hanya anaknya yang positif, kata Park Young-joon, pegawai KDCA dalam taklimat harian.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada jiran anaknya turut dijangkiti varian Delta Plus itu.
Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan beberapa vaksin utama berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menular, tetapi kemunculan strain baharu menimbulkan kebimbangan tentang tahap keberkesanan vaksin.
Beberapa saintis mengatakan varian Delta Plus mungkin lebih mudah berjangkit, dan kajian sedang dijalankan di India dan beberapa negara lain untuk menguji keberkesanan vaksin terhadap mutasi ini.
Korea Selatan melaporkan 1,725 kes COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 203,926 dengan 2,106 kematian.
Setakat Selasa Korea Selatan telah memvaksinasi 20 juta penduduknya (39 peratus), dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 14.1% telah diberi vaksin sepenuhnya.
Mereka menyasarkan sekurang-kurangnya 36 juta penduduk divaksinasi pada bulan September.
Sumber: Astro Awani
The post Varian Delta Plus sudah merebak di Korea Selatan, dua kes dikesan first appeared on Denaihati.