Thursday, 28 September 2017

Bapa Tiri Ditahan Polis Selepas Didakwa Ambil Kesempatan Mencabul Anaknya Ketika Isteri Keluar Dari Rumah


Sebagai seorang bapa biarpun bapa tiri, tugas menjaga serta mendidik anak tiri adalah sama seperti bapa kandung, malah keselamatan aanak itu harus dititikberatkan bukannya diabaikan sehingga berlakunya perkara terkutuk.

Seorang lelaki dari Kanowit, Sarawak telah melakukan perbuatan terkutuk itu dengan mencabuli anak perempuan titinya yang berusia 10 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit didakwa telah mencabul mangsa sebanyak 2 kali ketika berada di rumah panjang dalam jangka masa antara bulan Julai dan Ogos lalu ketika isterinya dikatakan keluar pergi ke kebun untuk berkerja.

Menurut laporan, perbuatan lelaki tersebut dikatakan telah terbongkar selepas seorang guru sekolah anak tirinya itu menyedari akan perubahan sikap yang ada pada mangsa.

Mangsa kemudiannya telah dipanggil oleh guru tersebut dan mendedahkan segala perbuatan terkutuk itu yang dilakukan terhadapnya sehingga menjadikan punca dia berubah sikapnya.

Selepas mendengar semua pengakuan pelajar tersebut, guru berkenaan akhirnya bertindak dengan membawa mangsa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan sebelum melaporkan perkara tersebut di balai polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar sewaktu dihubungi turut mengesahkan penangkapan lelaki terbabit di Balai Polis Kanowit pada jam 2.30 petang.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kanowit pagi esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (d) dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

Inilah yang dikatakan haruan makan anak, perkara sebegini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak mereka supaya perkara yang sama tidak lagi berlaku.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yLjvmx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hA9Tac
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Terjumpa Najis Di Timbunan Ikan Bilis Di Pasar Raya


RAWANG, SELANGOR - Viral gambar penemuan najis binatang di timbunan ikan bilis yang dijual di sebuah pasar raya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Nanmanjoi Hamzah pada jam 1.39 pagi semalam mendakwa, insiden itu berlaku di sebuah pasar raya di Rawang. 

"Mujur tak pergi ***. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. *** jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu," tulisnya di Facebook Group. 

Sementara itu, ada segelintir netizen yang menafikan najis itu adalah najis anjing, sebaliknya najis kucing berikutan saiznya dan perilaku kucing yang gemar memakan ikan bilis. 

Selain itu, netizen mendesak pihak Jabatan Kesihatan Negeri turun padang dan menyiasat insiden itu bagi mengambil tindakan terhadap pasar raya berkenaan kerana ia melibatkan soal kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan balas dari pihak pasar raya berkenaan berhubung dakwaan penemuan najis haiwan tersebut.



Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fVr969
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kaHFUv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas


IA merupakan detik-detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.

Kejadian berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.

Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil.

Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.

“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.

Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun.

Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ.

Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit.

Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai.

Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xMFv2s
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2k3KAOo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Patung Lego Berharga RM60,000 Ditolak Jatuh Oleh Budak Umur 4 Tahun…apa Tindakan Tokey Lego Buat Semua TERGAMAM


NINGBO: : Tidak sampai sejam selepas pameran bongkah permainan LEGO bermula, sebuah patung yang dibina sepenuhnya daripada kepingan LEGO tumbang dan hancur selepas ditolak seorang kanak-kanak.

Lebih menyedihkan, pembina patung berkenaan mengambil masa selama tiga hari tiga malam untuk menyiapkan patung karikatur Nick yang tampil dalam filem Animasi Zootopia.

Insiden tersebut dikongsi oleh pembina patung, Zhao, di laman sosial China Weibo.

Menurut CCTV News, Zhao telah menerima permohonan maaf daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dipercayai berusia sekitar empat hingga lima tahun.

Zhao tidak meminta sebarang ganti rugi daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut

“Kanak-kanak itu tidak berniat untuk memusnahkannya,” ujar Zhao.

Media tempatan turut melaporkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di China mengenai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak selepas gambar yang dikongsi Zhao viral.

Netizen kebanyakan menyalahkan ibu bapa yang enggan bertanggungjawab dan permohonan maaf semata-mata tidak mencukupi.


Sisa patung LEGO yang berderai di lantai dewan pameran – Foto Facebook/CCTV News

Kisah Zhao turut viral memandangkan insiden yang hampir serupa telah berlaku 17 Mei lalu di Muzium Kaca Shanghai.

Dua orang kanak-kanak lelaki telah memusnahkan salah satu arca kaca yang dipamerkan di muzium tersebut.

Rakaman video litar tertutup muzium mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut berada di tempat kejadian namun tidak melarang sebaliknya merakam perbuatan anak-anak mereka dengan telefon pintar.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wlsc5z
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xDwsie
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Terlanggar Kereta Mewah Jenis Bentley, Warna Emas Mohon Maaf Guna Daun Bawang


Di bandar Jinan yang terletak di timur negara China, seorang warga emas secara tidak sengaja telah bergesel dengan sebuah kereta mewah jenis Bentley dengan motorsikal 3 roda miliknya.


Pemilik kenderaan tersebut sebaliknya tidak marah mahupun menuntut sebarang ganti rugi, hanya sekadar menasihati warga emas itu agar lebih berhati-hati.


Merasakan pemilik kenderaan itu amat berhati mulia, warga emas tersebut menawarkan kepada pemilik Bentley itu sayur-sayuran miliknya, namun ditolak.

Warga emas itu segera membalut daun bawang dalam bungkusan surat khabar dan meletakkan bungkusan tersebut ditempat duduk penumpang.


Sumber: Shanghaiist via ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fTB8bU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hz2s2Y
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Dikritik Tudung Singkat Dan Baju Ketat, Bapa Mia Sara Mohon Maaf


Penampilan pelakon kanak-kanak Mia Sara pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) dengan mengenakan tudung singkat dan baju kelohatan ketat telah mendapat kritikan segelintir netizen.

Ayah kepada pelakon kanak-kanak itu menerima teguran netizen berkenaan, beliau juga menjelaskan bahawa baju yang digayakan Mia tidak ketat seperti yang diperkatakan sehingga memperlihatkan bahagian dadanya.

"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.

"Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. 

"Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas," kata Ridz ketika dihubungi mStar Online.

Hadir dengan menggayakan busana bewarna merah mengikut bentuk badan menyebabkan Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha itu dikecam hebat oleh netizen.


Mereka turut mempertikaikan tudung yang dipakai oleh Mia kerana terlalu singkat sehingga menampakkan bonjolan pada bahagian dada dan tidak sesuai untuk gadis pada usianya.

Ayahnya memberitahu bahawa segala persiapan Mia pada malam itu dilakukan di saat-saat akhir menyebabkan dia tidak dapat membetulkan pakaian anaknya.

"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. 

"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.

"Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu," ujarnya.


Atas perkara itu, Ridz juga memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian anaknya itu.

Ridz merasakan Mia kelihatan cantik dengan busana yang digayakannya.

Namun begitu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan komen-komen positif terhadap anaknya.

"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. 

"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja," katanya.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wmpaxT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xDwrea
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Nenek Kahwin Lelaki Muda 40 Tahun Baru Dikenali Seminggu


Beza usia 40 tahun tidak menghalang pasangan ini jatuh cinta dan mendirikan rumah tangga.

Warga emas wanita bernama Manih, 67 tahun, menikahi lelaki bernama Ade Irawan berusia 27 tahun di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari, Kecamatan Cileungsi, Bogor, selepas mereka saling mengenali dalam masa hanya seminggu.

“Kami baru seminggu mengenali dan terus bernikah. Isteri saya menyatakan cintanya terlebih dahulu dan kebetulan saya juga mencintainya,” kata Ade ketika ditemuramah di kediamannya, petik Jawapos.

Menurut laporan itu, Ade yang bekerja sebagai tukang bangunan sedikit pun tidak berasa malu mengakui cintanya itu dengan Manih.

Malah katanya, cinta sejatinya itu memantapkan dirinya untuk lebih serius dalam menjalin kasih dengan isterinya.

“Cinta saya tulus. Maka, saya tidak pedulikan apa orang kata. Saya juga sedar isteri saya tidak mungkin melahirkan anak kelak,” terangnya.

Manih menyokong perkahwinan ini dari segi kewangan memandangkan Ade tidak berkemampuan.

Laporan itu memetik seorang saudara Manih, Ijo, 44 sebagai berkata warga emas itu menggunakan wang hasil jualan tanah bernilai Rp 20juta (RM6,300) untuk pernikahannya.

“Dia (Manih) guna Rp 20 juta (RM6,300). Sekitar Rp 3 juta (RM940) digunakannya untuk membeli gigi palsu, dan bakinya digunakan untuk belanja akad nikah yang lain,” ujarnya.

Dia juga menambah, Manih bukannya tidak berduit, malah menyimpan lagi duit hasil jualan tanahnya pada tahun 2015 bernilai Rp 200 juta (RM63,000).

Sumber: FMT


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fTZ6Uo
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hyh7vq
via MerahHatiCintaku.blogspot.com