Thursday, 28 September 2017

Bapa Tiri Ditahan Polis Selepas Didakwa Ambil Kesempatan Mencabul Anaknya Ketika Isteri Keluar Dari Rumah


Sebagai seorang bapa biarpun bapa tiri, tugas menjaga serta mendidik anak tiri adalah sama seperti bapa kandung, malah keselamatan aanak itu harus dititikberatkan bukannya diabaikan sehingga berlakunya perkara terkutuk.

Seorang lelaki dari Kanowit, Sarawak telah melakukan perbuatan terkutuk itu dengan mencabuli anak perempuan titinya yang berusia 10 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit didakwa telah mencabul mangsa sebanyak 2 kali ketika berada di rumah panjang dalam jangka masa antara bulan Julai dan Ogos lalu ketika isterinya dikatakan keluar pergi ke kebun untuk berkerja.

Menurut laporan, perbuatan lelaki tersebut dikatakan telah terbongkar selepas seorang guru sekolah anak tirinya itu menyedari akan perubahan sikap yang ada pada mangsa.

Mangsa kemudiannya telah dipanggil oleh guru tersebut dan mendedahkan segala perbuatan terkutuk itu yang dilakukan terhadapnya sehingga menjadikan punca dia berubah sikapnya.

Selepas mendengar semua pengakuan pelajar tersebut, guru berkenaan akhirnya bertindak dengan membawa mangsa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan sebelum melaporkan perkara tersebut di balai polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar sewaktu dihubungi turut mengesahkan penangkapan lelaki terbabit di Balai Polis Kanowit pada jam 2.30 petang.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kanowit pagi esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (d) dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

Inilah yang dikatakan haruan makan anak, perkara sebegini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak mereka supaya perkara yang sama tidak lagi berlaku.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yLjvmx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hA9Tac
via MerahHatiCintaku.blogspot.com