Pada zaman ini, budaya susuk masih hangat diperkatakan. Kalau tidak silap, beberapa tahun lalu heboh fenomena pemakaian susuk di kalangan wanita dan lelaki yang percaya susuk membantu menjadi cantik, berani, dikasihi.
Menurut pengamal ilmu susuk, pemakaian susuk sangat berkesan. Dan bagi mereka, ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Pengamal susuk turut mendakwa ada ilmu susuk menggunakan ayat suci Al-Quran dan sebab itu pemakaian susuk sangat mujarab di kalangan pelanggan mereka.
Susuk bermaksud merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan dan ia bergantung kepada keinginan seseorang itu.
Dikatakan dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya. Antara jenis susuk adalah logam seperti emas, perak, besi dan raksa. Begitu juga berlian dan juga susu.
Susuk adalah haram dipakai bagi orang Islam kerana ia adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan. Ini kerana menjadikan makhluk yang boleh memberi kesan.
Tanda orang pakai Susuk yang paling senang nak kesan
1. Mempunyai nafsu seks yang kuat
Seorang pemakai susuk mempunyai nafsu berahi yang tinggi. Biasanya mempunyai tenaga kekuatan batin yang luar biasa. Bukan sahaja mampu memuaskan pasangan seks mereka, namun ketahanan mereka di ranjang juga adalah lama dan sukar ditandingi.
Ini adalah tanda orang pakai susuk yang sememangnya tak dapat dielakkan lagi tidak kira baik lelaki mahupun wanita.
2. Mempunyai wajah yang mengghairahkan
Fungsi susuk amat jelas dapat menonjolkan aura wajah yang menggoda yang menggiurkan. Bukan kerana penonjolan tubuh yang seksi, namun sedikit senyuman sahaja boleh menyebabkan seseorang itu menjadi berahi kepada si pemakai susuk tersebut.
Seseorang yang mengoda selalunya tampil seksi yang mendedahkan dada yang montok dan paha yang gebu. Berbeza dengan si pemakai susuk, tubuh yang seksi itu adalah aset tambah buat mereka, namun wajah sahaja sudah cukup membuatkan mata yang memandang terpukau akan pesonanya.
3. Tampil tersenyum dalam setiap situasi
Manusia dikurniakan dengan perasaan yang bermacam-macam rasa. Sukar untuk digambarkan, tetapi mudah diekspresikan melalui riak wajah. Jika keadaan sedih, pastinya akan menangis, dan jika marah pastinya muka kelihatan bengis dan menakutkan.
Tetapi, buat si pemakai susuk, letaklah mereka dalam situasi apa pun, pastinya mereka akan kekal senyum walaupun lemparan senyuman kecil. Hal ini kerana, mereka harus menjaga aura seri mereka. Tidak boleh terikut perasaan negatif, jika tidak wajah mereka akan bertambah hodoh.
Manakala, jika seorang pemakai susuk tersenyum, justeru beribu kali ganda dia akan kelihatan menarik dan sedap dipandang mata.
Ini salah satu contoh tanda orang pakai susuk yang mudah untuk dikenalpasti oleh rakan terdekat.
Golongan pemakai susuk zaman kini
Pada zaman ini, golongan pemakai susuk biasanya terdiri daripada golongan VVIP, VIP, Orang Kenamaan, Artis dan paling banyak yang memakai susuk sekarang adalah mereka yang melakukan hubungan sejenis. Kegunaan susuk kini lebih difahami, kerana itu permintaannya tidak pernah terhenti dan semakin tinggi dari hari ke hari.
Boleh dianggap susuk sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri (self esteem) seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada perubahan fizikal berlaku pada diri pemakai.
Sebagai kesimpulan, ingatlah akan sebuah pepatah, “mencegah lebih baik dari mengubati”. Sebaik mungkin, hindari daripada perbuatan susuk.
Janganlah menyangka susuk hanyalah sekadar ‘alat kosmetik’ biasa untuk menambah seri kepada pemakai. S usuk adalah perbuatan syirik melibatkan jin dan syaitan. Ingatlah, kecantikan abadi adalah kecantikan hati. Kecantikan fizikal bersifat sementara.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2BXjzCw
via Denaihati.com
PONTIAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat di Tanjung Piai lebih bijak memilih dan tidak mudah percaya dengan janji-janji yang ditaburkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kali ini.
Menurut Mahathir, perkara itu berikutan pihaknya yakin hanya parti daripada kerajaan sahaja yang mampu memberikan kemudahan dan manfaat sepenuhnya kepada rakyat di kawasan itu.
“Rakyat perlu bijak memilih, sebab PRK kali ini bukan untuk kita tukar kerajaan, siapa pun yang menang PH masih lagi kerajaan. Perkara yang berlaku sekarang adalah janji-janji ditaburkan.
“Pembangkang tidak ada kuasa, hanya calon daripada parti sahaja yang boleh tunaikan janji. Jadi dalam PRK seperti ini janji tidak ada makna jika dibuat oleh parti lain (pembangkang),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bin Chong di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Dr Mahathir berkata, pada PRK Tanjung Piai juga kerajaan bersedia dan memberikan untuk melaksanakan semua projek yang telah dicadangkan bekas Ahli Parlimen itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
“Kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan yang dirancang Allahyarham untuk pastikan penduduk di Tanjung Piai terus mendapat kemajuan yang sepatutnya,” jelasnya.
Dalam masa sama beliau berkata, membantu memberikan kehidupan selesa selain meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar adalah hasrat yang mahu diterapkan kerajaan kini.
Sehubungan itu katanya, pihaknya lebih suka mengambil pendekatan dengan membuka lebih banyak peluang menjana pendapatan berbanding hanya menyalurkan bantuan kewangan secara segera.
“Kerajaan sudah merangka pelbagai cara untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat negara sama ada di bandar atau luar bandar, macam sekarang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) usahakan.
“Di luar bandar bidang ini adalah perkara yang kita lihat mempunyai peluang untuk dimajukan dan ia boleh dibuat dengan kaedah pertanian moden. Jika kekal dengan cara lama, petani atau pekebun tidak akan kaya.
“Kita lebih gemar sediakan peluang untuk mereka ini jana pendapatan berterusan, berbanding beri sahaja duit seperti kerajaan lama, itu sogokan,” katanya.
Anak anugerah yang tidak ternilai untuk kita sebagai ibu bapa. Amanah ini harus dijaga dan dididik dengan baik sehinggalah mereka dewasa kelak. Tidak kiralah sama ada anak lelaki ataupun anak perempuan tanggungjawab untuk mendidik mereka tetap mencabar.
Bagi yang mempunyai anak perempuan, cabaran terbesar adalah untuk memastikan anak-anak selamat dididik sehinggalah suatu hari nanti tanggungjawab tersebut diambil alih oleh suaminya. Namun bukan mudah. Ikuti perkongsian Puan Farhan ini.
Bila ada anak perempuan orang senang cakap “ala anak kecik lagi pakai macam mana pun tak apa nanti dah besar ajarlah… “
Sebenarnya ajar dari kecik bkn dah besar bru nk ajar… siap belikan anak baju seksi-seksi konon-konon nampak elegance ala-ala orang berduit gitu pakai baju tak ada lengan, short pant bagai. Anak prempuan bila dah sedap diajar pkai pakaian sebegitu bila dah besar nanti dah jadi kebiasaan. So jangan pandang remeh benda-benda macam ni.
Anak Sulung Saya Allah Beri Seorang Perempuan. Jujur, Masa Dia Kecil Kecik Dulu Tak Rasa Sangat Cabarannya Tapi Bila Dah Besar Makin Terasa Cabarannya.
Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah..jangan buat tak endah Tanggungjawab nya berat. Tugasnya amat besar!
Jaga Anak Perempuan Tak Sama Dengan Anak Lelaki
Bila ada anak perempuan. Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup, tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol.
Ajarkan mereka erti malu, ajar pakai yang sopan sopan. Besederhana menikmati zaman kanak kanak.
Bila ada anak perempuan, tak boleh dibiar tidur sana sini. Harus diajar tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada dimana mana. Jangan percaya kepada sesiapa!
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat. Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan. Sentiasa temani mereka. Biar kita susah hari ini, dari menangis dikemudian hari.
Bila ada anak perempuan. Ajarkan mereka tentang harga diri, ajar mereka untuk sayang diri sendiri. Kerana diri mereka sangat berharga.
Bila ada anak perempuan, terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu, bimbang mereka cari di tempat salah.
Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka. Kenali juga siapa kawan mereka.
Rakan yang baik menjadi penguat, rakan yang nakal menjadi pemusnah
Bila ada anak perempuan, selalu lah diperiksa handphone mereka. Apa yang dikongsi, apa yang ditulis, ambil tahu!
Bila tiba saat kau lepaskan mereka- hidup berjauhan. Sentiasa ingatkan mereka jagalah diri baik baik, jagalah maruah diri, jagalah maruah keluarga. Biarlah orang kata kita kolot, biarlah orang kata kita syadid.
Bila ada anak perempuan berdoalah, mohon dijaga kehormatan diri mereka, mohon dijaga keselamatan mereka. Moga moga Allah jaga dan lindung..
Perkongsian utk kita sebagai ibubapa semua. Ketika ibu bapa hidup, anak-anak perlukan doa ibu bapa. Apabila ibu bapa meninggal,mereka tunggu doa & amalan dari anak-anak. Sebagai syafaat mereka di kubur.
Kumpulan pemandu lori bertindak mengadakan perhimpunan aman di beberapa lokasi seluruh negara hari ini, dalam usaha mendesak Kementerian Pengangkutan melonggarkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap khidmat pengangkutan perdagangan itu.
Dalam perhimpunan dibayangi pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu, kumpulan pemandu lori terbabit meminta kerajaan mengkaji semula beberapa perkara, termasuk syarat baharu didakwa membebankan pemandu, meskipun hakikatnya ia baik kepada perkhidmatan berkenaan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Selain pemeriksaan kesihatan oleh doktor bagi tujuan pembaharuan Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), mereka menggesa pertimbangan dalam isu saman tinggi, muatan berlebihan, pemeriksaan kenderaan, pengurangan waktu sekatan serta pengurangan mata demerit.
Kira-kira 500 pemandu lori berhimpun di pekarangan Kementerian Pengangkutan di sini, bagi menyuarakan tuntutan berkenaan sebelum menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang diwakili Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Khairul Anuar Bachok,
Kumpulan yang diketuai Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) Negeri Selangor, Manikavasagam Sundram itu, mula berkumpul seawal jam 9 pagi sebelum berbaris di tepi jalan sambil memegang sepanduk sebelum diberi peluang menyerahkan memorandum pada jam 10.45 pagi.
Enam perkara itu dibangkitkan dalam memorandum pertimbangan Kementerian Pengangkutan, yang didakwa membebankan pemandu kerana terpaksa membayar jumlah saman yang tinggi, berbanding pendapatan bulanan rendah yang diterima mereka.
Syarat baharu berhubung pembaharuan lesen memandu juga membebankan dan dibantah kerana memerlukan keputusan pemeriksaan kesihatan serta menganiaya pemandu yang berusaha mencari pendapatan bagi menyara keluarga masing-masing.
Ada dakwaan sebelum ini Persatuan Pengusaha dan Pemandu Trak Daerah Bentong, Pahang pernah menghantar empat permohonan bertemu dengan Loke, namun mendakwa tidak menerima maklum balas.
Susulan penyerahan memorandum itu, mereka mengancam akan mengadakan mogok secara besar-besaran termasuk perhimpunan di bangunan Parlimen jika tidak menerima maklum balas dalam tempoh tujuh hari.
Di Shah Alam, Selangor, kira-kira 150 pemandu lori berkumpul di tepi jalan berdekatan Taman Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, untuk meminta penjelasan mengenai syarat baharu dalam pembaharuan GDL.
Demonstrasi para pemandu lori protes kepada JPJ / Kementerian Pengangkutan di hentian RnR Juru sebentar tadi. Ia juga dilakukan serentak di setiap negeri di seluruh negara Mereka bantah pelbagai undang-undang baru yang didakwa membebankan dan menyusahkan mereka.
Ini antara isu yang dibangkitkan pemandu lori seluruh negara :
1) Pemeriksaan doktor
2) Mata demerit
3) saman permit atau majikan
4) had kan masa operasi d jalanan utk bagi drive rehat tanpa perlu mengejar utk melepasi sekatan
5) Selaraskan BDM mengikut spek lori cth
26 Tayar di naikkan menjadi 70000KG (muatan boleh 50000kg slps berat body d tolak)
6) Selaraskan had ketinggian muatan
7) Penjawat awam bersifat sopan bukan maki hamun
8) Saman akta mahkamah diguna pkai apabila melebihi 60%
9) Aksesori(tambahan sportlight, lampu tepi dan beacon) lori bukan menjadi satu kesalahan
10) Selaraskan harga tambang
11) Tiada lagi tangkapan dalam site
12) TIada lagi roadblock di persimpangan dan selekoh
13) TIada lg gangguan drive lori di parking tido kwsan luas yg tak menghalang lalulintas utk pemeriksaan/timbang berat.
Salah seorang pemandu lori, mendakwa tujuan mereka berkumpul bukan untuk mengadakan mogok atau kekecohan, tetapi meminta jawapan daripada Kementerian Pengangkutan mengenai syarat terbaharu itu.
Jika benar syarat baharu itu di mana pemandu yang mempunyai masalah kesihatan atau berpenyakit tidak boleh memperbaharui lesen GDL, kita akur dengan kehendak mereka.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2r0F4QK
via Denaihati.com
Cyberjaya : Musim Monsun Timur Laut pada tahun ini dijangka menyebabkan banjir yang lebih teruk berbanding tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon.
Beliau berkata Monsun Timur Laut pada kali ini dijangka menyebabkan peningkatan hujan sebanyak 20 hingga 40 peratus daripada biasa.
”Tahun lepas tidak ada banjir langsung di Kelantan, tahun ini mungkin ada banjir,” katanya kepada sumber selepas taklimat pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana bagi Monsun Timur Laut di Pusat Kawalan Bencana Negara di Pulau Meranti dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya MetMalaysia tidak menjangka keadaan banjir yang luar biasa pada tahun ini seperti banjir besar pada 2014 di Kelantan.
Pada 2014, bencana banjir besar di Kelantan mengakibatkan mangsa mencecah 100,000.
Menurutnya, Monsun Timur Laut dijangka berakhir pada Mac dengan musim hujan di Semenanjung diramalkan berakhir pada Januari, dan selepas itu Sabah dan Sarawak akan mengalami hujan.
”Selepas Mac, fasa kedua Monsun Timur Laut akan berlaku dengan cuaca kering dan panas,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Zakaria Shaaban berkata sebanyak 14 agensi yang terlibat dalam penyelarasan banjir menghadiri taklimat hari ini.
Antara agensi yang hadir ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem).
”Mulai hari ini, Nadma mengaktifkan pusat kawalan operasi banjir peringkat pusat sebagai langkah persediaan dan bersiap-siaga untuk hadapi Monsun Timur Laut dan banjir,” katanya.
Menurutnya, sehingga 4 petang hari ini, sembilan pusat pemindahan sementara banjir masih dibuka di tiga negeri dengan 1,542 mangsa.
Zakaria berkata pusat kawalan operasi banjir akan menyelaras sebarang tindakan dan bantuan di lapangan berkaitan bencana banjir di seluruh negara.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara Zuraini Mohd Yusof berkata pada masa ini, banjir monsun belum lagi berlaku dan apa yang berlaku sekarang adalah banjir kilat.
”Sebab itu banjir yang berlaku tidak lama dan ada pusat pemindahan sementara yang sudah ditutup. Banjir Monsun Timur Laut dijangka bermula pertengahan November,” katanya.
Sumber : Bernama
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JDC82T
via IFTTT
Pilu hati seorang anak kecil apabila ibunya yang menjadi tempat bergantung maut didakwa akibat langgar lari di Makassar, Indonesia.
Ibunya yang bekerja sebagai tukang sapu di Tanjung Bunga Metro sering ditemani anak kecil tersebut ketika menjalankan tugas.
“Mangsa bernama Lina, mangsa langgar lari. Beliau merupakan jiran kami sekaligus satu profesi sebagai petugas kebersihan. Lina sering ditemani anaknya yang masih kecil sambil duduk di tepi jalan menunggu ibunya,” kata rakan sekerjanya.
Menurut Makassar Iinfo, mangsa meninggalkan dua orang anak yatim berikutan tragedi itu.
Ibu..tiap hari aku menemanimu bekerja,sy TDK pernah lelah untk menyemangatimu yg bekerja mulai pagi hingga sore hari..kau tak pernah mengenal lelah membersihkan kota ini dari segilintir orang2 yg blm sadar akan kebersihan.
IBU..kini kau pergi untk selamanya
IBU..kini kau jauh dari kami bersaudara
IBU..tiada lagi canda tawamu
Rasa lelahmu telah hilang karna Allah lbh sayang kepadamu..
IBU..sy akan ingat nasehat2mu untk menjadi orang yg berguna dan belajar yg sungguh..
IBU kami rindu ...
.
Korban bernama LINA..adalh korban tabrak, beliau tetangga kami sekaligus satu profesi menjadi PETUGAS KEBERSIHAN,beliau ini sering d temani anaknya yg masih kecil sambil duduk d trotoar sambil menunggu ibunya yg bekerja di area tanjung bunga metro dan meninggalkan 2 orang anak..
.
Innalillahi wainnailaihi rojiun..kami SATGAS KEBERSIHAN PANTAI LOSARI turut berduka sedalam dalmnya..
.
Foto : Edhy Rala
Sumber: Makassar_iinfo via Siakapkeli
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3263ZPr
via IFTTT