Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada zaman ini, budaya susuk masih hangat diperkatakan. Kalau tidak silap, beberapa tahun lalu heboh fenomena pemakaian susuk di kalangan wanita dan lelaki yang percaya susuk membantu menjadi cantik, berani, dikasihi.
Menurut pengamal ilmu susuk, pemakaian susuk sangat berkesan. Dan bagi mereka, ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Pengamal susuk turut mendakwa ada ilmu susuk menggunakan ayat suci Al-Quran dan sebab itu pemakaian susuk sangat mujarab di kalangan pelanggan mereka.
Susuk bermaksud merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan dan ia bergantung kepada keinginan seseorang itu.
Dikatakan dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya. Antara jenis susuk adalah logam seperti emas, perak, besi dan raksa. Begitu juga berlian dan juga susu.
Susuk adalah haram dipakai bagi orang Islam kerana ia adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan. Ini kerana menjadikan makhluk yang boleh memberi kesan.
Tanda orang pakai Susuk yang paling senang nak kesan
1. Mempunyai nafsu seks yang kuat
Seorang pemakai susuk mempunyai nafsu berahi yang tinggi. Biasanya mempunyai tenaga kekuatan batin yang luar biasa. Bukan sahaja mampu memuaskan pasangan seks mereka, namun ketahanan mereka di ranjang juga adalah lama dan sukar ditandingi.
Ini adalah tanda orang pakai susuk yang sememangnya tak dapat dielakkan lagi tidak kira baik lelaki mahupun wanita.
2. Mempunyai wajah yang mengghairahkan
Fungsi susuk amat jelas dapat menonjolkan aura wajah yang menggoda yang menggiurkan. Bukan kerana penonjolan tubuh yang seksi, namun sedikit senyuman sahaja boleh menyebabkan seseorang itu menjadi berahi kepada si pemakai susuk tersebut.
Seseorang yang mengoda selalunya tampil seksi yang mendedahkan dada yang montok dan paha yang gebu. Berbeza dengan si pemakai susuk, tubuh yang seksi itu adalah aset tambah buat mereka, namun wajah sahaja sudah cukup membuatkan mata yang memandang terpukau akan pesonanya.
3. Tampil tersenyum dalam setiap situasi
Manusia dikurniakan dengan perasaan yang bermacam-macam rasa. Sukar untuk digambarkan, tetapi mudah diekspresikan melalui riak wajah. Jika keadaan sedih, pastinya akan menangis, dan jika marah pastinya muka kelihatan bengis dan menakutkan.
Tetapi, buat si pemakai susuk, letaklah mereka dalam situasi apa pun, pastinya mereka akan kekal senyum walaupun lemparan senyuman kecil. Hal ini kerana, mereka harus menjaga aura seri mereka. Tidak boleh terikut perasaan negatif, jika tidak wajah mereka akan bertambah hodoh.
Manakala, jika seorang pemakai susuk tersenyum, justeru beribu kali ganda dia akan kelihatan menarik dan sedap dipandang mata.
Ini salah satu contoh tanda orang pakai susuk yang mudah untuk dikenalpasti oleh rakan terdekat.
Golongan pemakai susuk zaman kini
Pada zaman ini, golongan pemakai susuk biasanya terdiri daripada golongan VVIP, VIP, Orang Kenamaan, Artis dan paling banyak yang memakai susuk sekarang adalah mereka yang melakukan hubungan sejenis. Kegunaan susuk kini lebih difahami, kerana itu permintaannya tidak pernah terhenti dan semakin tinggi dari hari ke hari.
Boleh dianggap susuk sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri (self esteem) seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada perubahan fizikal berlaku pada diri pemakai.
Sebagai kesimpulan, ingatlah akan sebuah pepatah, “mencegah lebih baik dari mengubati”. Sebaik mungkin, hindari daripada perbuatan susuk.
Janganlah menyangka susuk hanyalah sekadar ‘alat kosmetik’ biasa untuk menambah seri kepada pemakai. S usuk adalah perbuatan syirik melibatkan jin dan syaitan. Ingatlah, kecantikan abadi adalah kecantikan hati. Kecantikan fizikal bersifat sementara.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2BXjzCw
via Denaihati.com