Thursday, 1 December 2016

Google Jadi Sahabat Dunia Usahawan Digital

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

sudah pasti ramai yang tahu apa itu Google dan setiap hari penulis juga tidak terkecuali untuk membuat carian atas talian.

Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California. Misi Google adalah “untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal”.

Sedikit informasi mengenai Google :

  • Nama “Google” berasal dari kesalahan ejaan yang umum dari Perkataan “Googol”, yang merujuk pada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar).
  • Larry Page dan Sergey Brin pada asalnya menamakan enjin carian mereka “BackRub”.
  • Pada asalnya, Google berjalan di laman web Universiti Stanford, dengan domain google.stanford.edu
  • Nama domain bagi Google didaftar pada 15 September 1997.
  • Anak syarikat Google di Malaysia mula beroperasi di Kuala Lumpur pada Januari 2011 di Menara City Bank, Kuala Lumpur, kemudian berpindah ke KL Sentral pada Ogos 2013.
  • 92% rakyat Malaysia mencari informasi di Google
  • 1 daripada 3 orang yang menggunakan Google search akan membuat belian secara online

denaihati google malaysia

Google nak jadi ‘tuhan’ ?

Dunia sekarang sememangnya serba serbi dengan atas talian. Contohnya di Malaysia sahaja, 25 juta orang online setiap hari dan anggaran 15 juta rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar. Setiap hari purata lebih lima jam seorang melayari internet dan mencari informasi.

Perkataan Google seringkali menjadi sebutan untuk carian di internet malahan sudah sebati dengan kehidupan orang ramai.

“Cuba google tempat makanan yang sedap di Shah Alam”

“Google jap kat mana nak beli iPhone 7 Plus”

Hatta di peta pun ada Google Maps dan pengiklanan juga boleh dibuat dengan Google Adwords. Youtube yang menjadi tempat kedua pencarian atas talian juga menjadi sebahagian dari Google. Sana sini semua Google, pendek kata diandaikan Google nak jadi God untuk ‘dunia’.

google-partner

Era Digital Menjana Pendapatan Rakyat

Pada tahun 2016 ini, Tim Denaihati Network telah mengikuti jelajah bersama Malaysian Digital Economy Corporation untuk kempen YouCanDuit, satu program yang cukup bagus untuk rakyat Malaysia untuk menambahkan pendapatan secara digital. Banyak lagi ilmu-ilmu yang perlu dipelajari untuk mendominasi apa yang kita usahakan dan seterusnya tidak mustahil menjadi gergasi.

Salah satunya adalah dengan menggunakan Google Adwords.

Sebelum ini, penulis sudah mempelajari teknik asas Google Adwords dan berjaya meraih pendapatan sekitar RM2,000 dalam masa dua minggu. Dan juga rakan-rakan lain dalam bidang perniagaan juga kini menggunakan Google Adwords sebagai salah satu senjata di dalam pemasaran atas talian.

Baru-baru ini telah selesai kelas lanjutan Google Adwords selama 5 hari dan cukup banyak ilmu yang dapat dipelajari serta dipraktikkan. Ilmu itu sangat penting dan yang paling penting adalah istiqomah dalam tindakan praktikal.

kelas-google-adwors

Sememangnya kita patut mengikut arus semasa di mana jika dilihat kajian menunjukkan

  • Hanya 1 syarikat daripada 4 yang ada website
  • Hanya 1 daripada 10 syarikat menggunakan pemasaran sosial media

Apakah kita hanya online berjam-jam setiap hari hanya untuk bersuka-suka?  Atau kita ambil peluang dengan ilmu yang ada untuk meningkatkan pendapatan?

Dilihat ramai yang semakin panik kerana ekonomi tahun 2017 diramalkan tidak menentu. Katanya akan berlaku recession, downturn, krisis kewangan, harga rumah jatuh, ringgit menyusut, dan segala ketakutan lain yang menghantui. Itu semua ramalan, namun dengan ilmu yang ada, pasti ada jalan kejayaan.

Malaysia Go Digital , kita bila lagi?



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2fRDtl7
via Denaihati.com