Friday, 30 December 2016

Rasai Perbezaan Pada Tubuh Badan Dengan Menekan Titik Di Dahi Selama 45 Saat


Anda sering berasa sakit di bahagian kepala hingga menjejaskan kerja seharian anda.  Kebiasaannya untuk menghilangkan sakit kepala selalunya ramai yang akan mengambil ubat daripada doktor . Walaupun ianya cepat melegakan sakit kepala, tetapi sakit itu akan datang kembali.

Jadi di sini kami nak kongsi dengan anda semua cara semulajadi untuk mengatasi masalah sakit kepala tanpa perlu mengambil ubatan moden. Caranya anda hanya perlu menekan titik di dahi selama 45 saat setiap hari dan rasakan manfaatnya pada tubuh badan anda.

Dari artikel scoopwhoop.com, titik yang dikenali sebagai energi vital ataupun chi ini mengalir melalui 12 meridian utama dalam tubuh badan yang menghubungkan organ tertentu sehingga menjadikan sistem pengaliran darah di seluruh tubuh badan berjalan dengan sangat lancar.

Manfaat dari teknik ini ialah ketegangan otot   akan berkurang serta  membaiki pengaliran darah dan merangsang zat kimia dalam otak yang dikenali sebagai “endorphine”, iaitu zat yang mampu menghilangkan stress.

Malah teknik ini dapat menjadikan anda berasa tenang, meningkatkan daya ingatan, mengurangi stress, sakit kepala,mata dan juga insomnia.

Menekan titik pada dahi juga dapat memperbaiki keseimbangan spiritual dan emosional. Terapi ini sangat sesuai untuk anda yang  selalu berdepan dengan stress.  

Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ixlC5f
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hwD1JR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com