Friday, 30 December 2016

Tragedi Kepala Kemaluan Jatuh Atas Kain Dan Tidak Dapat Disambung Balik..


Kuala Lumpur : Seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.

Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.

Peguam Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar yang mewakili keluarga mangsa, berkata, ketika doktor klinik swasta terbabit menjalankan prosedur berkhatan ke atas mangsa, bapanya, Aliakbar Pakeer Mohamad turut berada di bilik rawatan.

Katanya, selepas bius diberikan, doktor menjalankan prosedur berkhatan menggunakan gunting namun bapa mangsa terkejut apabila nampak kepala kemaluan anaknya terputus dan terjatuh ke atas kain yang diletakkan di badan mangsa.

“€œSemasa prosedur dijalankan, doktor berkenaan cuai terpotong keseluruhan kepala kemaluan dan cuba jahit semula namun tidak berjaya.

“€œKlinik terbabit kemudian meminta bantuan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor namun pusat perubatan itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan sebelum dihantar ke HKL,”€ katanya pada sidang media di HKL, hari ini.

Kejadian berkenaan kali kedua berlaku pada bulan ini selepas pada 20 Disember lalu, budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.

Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya. - Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hBwRNh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ikjD4I
via MerahHatiCintaku.blogspot.com