Wednesday, 20 June 2018

10 video dengan lebih 100 juta views

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, setakat ini Facebook Page Denaihati Network telah mencapai 2,602,555 likes. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Socialbakers.com pada hari ini, Denaihati Network telah mencapai ranking yang ke 35. Misi kami adalah untuk menjadi top 10 ranking page di Malaysia. Harap sangat sahabat-sahabat dapat membantu.

Tujuan kami untuk menempatkan diri antara FB page yang paling berpengaruh di Malaysia bukan sahaja untuk bisnis dan buat duit. Denaihati Network nak menjadi platform kepada rakan-rakan yang kreatif untuk viralkan video yang mereka hasilkan yang bermanafaat untuk masyarakat. Selain itu misi kami adalah membantu program CSR yang memberi manafaat kepada masyarakat samada di Malaysia juga Nusantara. Kami juga memberi peluang kepada pendakwah untuk berkongsi ilmu yang baik untuk kehidupan.

Kami juga sedia membantu usahawan yang baru nak naik untuk memasarkan produk juga menaikan jenama mereka kerana follower kami naik setiap hari dan kebanyakan status mendapat likes, share dan komen yang tinggi, ianya sangat baik untuk beriklan.

Kali ini, akan ditampilkan khas untuk post video yang paling banyak view di Facebook Page Denaihati Network bagi tahun 2018.

10. Hujan Batu Di Arab Saudi – 5.6 juta views

Video berdurasi 1.30 minit menunjukkan sekumpulan warga Arab Saudi sedang berkelah di Padang Pasir tiba-tiba hujan batu turun. Mereka bergegas beredar daripada lokasi kejadian.

Video ini mendapat lebih 6.6 K likes dan lebih 6.8 K share.

9. Mati-mati ingatkan dah arwah – 7.2 juta views

Video berdurasi 2.31 minit menunjukkan tubuh seorang pemuda di Indoensia tersdai di gigi air di sebatang Sungai. Ramai menyangka beliau mati lemas.

Video ini mendapat lebih 8.9 K likes dan lebih 4.4 K share.

8. ‘Spiderman’ Mamoudou Gassama menyelamatkan seorang budak di utara Paris – 7.3 juta views

Videoberdurasi 33 saat menunjukkan ‘Spiderman’ Mamoudou Gassama menyelamatkan seorang budak di utara Paris. Beliau adalah seorang pendatang dari Mali, beragama Islam, dan kini dianggap sebagai seorang hero. Beliau telah diberi taraf warga negara oleh Presiden Perancis setelah kejadian tersebut viral diseluruh dunia.

Video ini mendapat lebih 29 K likes dan lebih 6.2 K share.

7. Haiwan Pun Punya Perasaan – 8.8 juta views

Video berdurasi 59 saat menunjukkan seekor kuching berusaha bersungguh untuk membawa kawannya yang sudah mati dilanggar.

Video ini mendapat lebih 35 K likes dan lebih 3.2 K share.

6. Demam Piala Dunia, isteri menyusik suami – 9 juta views

Video berdurasi 15 saat yang berlaku di China apabila si isteri menyusik suami yang minat bermain bola.

Video ini mendapat lebih 10 K likes dan lebih 21 K share.

5. Suami cerita poligami pada isteri – 9.3 juta views

Video berdurasi 15 saat yang berlaku di Indonesia. Suami bercerita hal poligami kepada ister yang sedang bersiap-siap nak masak. Reaksi isteri ini sama seperti reaksi isteri-isteri lain yang menolak poligami tapi apabila pisau ditangan ianya jadi menyerikan.

Video ini mendapat lebih 17 K likes dan lebih 29 K share.

4. Polis membantu kuching melintas jalan – 10 juta views

VIdeo berdurasi 18 saat yang berlaku di Indonesia menunjukkan seorang anggota polis yang menjaga lalu lintas membantu seekor kuching melintas jalan. Video begini memang mudah menyentuh hati penonton.

Video ini mendapat lebih 22 K likes dan lebih 21 K share.

3. Memancing dengan cara melastik – 11 juta views

Video berdurasi lebih 3,50 minit yang berlaku di China menunjukkan dua orang sahabat memancing ikan dengan cara yang unik iaitu melastik. Kaedah ini boleh dicuba kepada kaki pancing di Malaysia.

Video ini mendapat lebih 12 K likes dan lebih 44 K share.

2. Seluar bentuk beruang – 23 juta views

Video berdurasi 21 saat mungkin di China menunjukkan seorang lelaki memakai seluar berbentuk beruang. Ramai yang berminat dengan seluar ini bukan sahaja dari Malaysia malahan dari seluruh dunia yang telah PM team Denaihati.

Video ini mendapat lebih 18 K likes dan lebih 33 K share.

1. Hantu Kebaya Merah – 29 juta views

Video berdurasi 53 saat telah menjadi viral di Malaysia. Berbagai pengakuan telah dibuat oleh berbagai pihak tetapi akhirnya team produksi filem Bomoh mengaku bahawa ini adalah video teaser untuk mempromosi filem yang telah terperam lebih 10 tahun.

Video ini mendapat lebih 43 K likes dan lebih 47 K share.

Video yang paling seram

Video berdurasi 30 saat, perjalanan dalam bagunan di bawah tanah adalah video paling seram sehingga ada follower yang minta delete dari posting.

Video ini mendapat lebih 695 likes dan lebih 825 share.

Video di Channel Youtube Denaihati yang mendapat views paling banyak iaitu 3.2 juta
Kepada yang belum follow channel ini jom follow Youtube Denaihati.

Pelbagai konten, video dan juga iklan telah dipaparkan di Facebook Page Denaihati Network untuk tatapan pembaca. Bagi yang ingin mengiklankan produk, servis atau viral video, boleh emelkan kepada admin@denaihati.com



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2ln6PwQ
via Denaihati.com