Viral di beberapa laman media sosial apabila seorang wanita berhijab dari Indonesia merupakan salah seorang anggota polis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Malah lebih menarik perhatian ramai wanita yang bernama Hikma Nursya ini mempunyai raut wajah yang cantik dan ayu seperti seorang pelakon filem!
Gadis yang berasal dari Yogjakarta, Indonesia itu kini bertugas di Bangui, Republik Afrika Tengah.
Hikma, 25 tahun, mula dikenali di media sosial selepas dia sering berkongsi foto ketika bertugas di Instagramnya yang sehingga kini mempunyai lebih 68,000 orang pengikut.
Walaupun berwajah cantik dan ayu, Hikma tidak sesekali gentar atau takut, malah gadis itu juga mahir menggunakan senjata seperti anggota pengaman yang lain.
Berikutan itu, netizen terutamanya dari Indonesia menyatakan rasa kagum terhadap Hikma yang berani dan suka membantu orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan warna kulit.
from Sehinggit Media https://ift.tt/2MJynLG
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2M3euQ4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com