Monday, 26 August 2019

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH)


Bila tarikh duit Bantuan Sara Hidup BSH 2019 fasa ketiga?

Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dikreditkan terus ke akauan bank penerima menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran BSH fasa kedua, mulai 28 Ogos (Rabu )ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, peruntukan terlibat adalah sebanyak RM1.23 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima.

Jelasnya, perincian nilai BSH 2019 diterima oleh isi rumah yang diluluskan mengikut pendapatan bulanan adalah seperti berikut:

Pendapatan Bulanan Isi Rumah / Bawah RM2,000 / RM2,001-RM3,000 / RM3,001-RM4,000






Fasa 1 (Januari 2019) / RM300 /RM300 /RM300

Fasa 2 (Mei 2019) /RM300 /RM150 /RM100

Fasa 3 (Ogos 2019) /RM400 /RM300 /RM100

JUMLAH /RM1,000 / RM750 /RM500

"Sejumlah RM2.85 bilion juga telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat orang anak.

"Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa had umur," jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my, tambah kenyataan itu.

Sumber: UTUSAN ONLINE

from Sehinggit Media News https://ift.tt/30CMTZN
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ZrRZuB
via MerahHatiCintaku.blogspot.com