Friday 20 November 2020

Feature terbaru twitter iaitu ‘Fleet’ sama seperti Instagram Story

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Seperti yang kita tahu, sosial media seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp dah lama ada feature story yang mana pengguna boleh meletekkan story mereka di ruangan tersebut dan dalam masa 24 jam/1 hari story tersebut akan hilang.

Ataupun untuk instagram dan facebook, kalian boleh simpan story tersebut di Archive ataupun di story highlights. Itu adalah kelebihan yang dibuat oleh Mark Zuckerberg.

Terbaru, mungkin ingin mengikut jejak langkah instagram, facebook dan whatsapp, kali ini twitter pula menyediakan feature story seperti media sosial yang lain.

Tetapi namanya berbeza, ia tidak dipanggil story. Twitter namakan ia sebagai Fleet. Fungsinya sama, kalian boleh update Fleet. Dalam masa 24 jam/1 hari Fleet tersebut akan hilang.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada twitter sebab munculkan feature Fleet tersebut. Lain yang diminta, lain yang dapat.

Ada juga segelintir yang mengambil peluang untuk menjadikan sumber pendapatan lebih mereka yang mempunyai followers yang ramai seperti yang dilakukan di instagram iaitu dengan melakukan paid review menerusi twitter fleet.

Di twitter milik twitter sendiri pun menulis caption “Some of you hating but we see you Fleeting….” (Ada segelintir yang tak suka tetapi kami lihat kamu semua update Fleet). Twitter pun pandai perli pengguna. hahaha.

Diharapkan dengan kelebihan yang ada di twitter fleet, kalian dapat menggunakan dengan sebaiknya. Min tengok ramai je yang dah update Fleet. hihihi.

The post Feature terbaru twitter iaitu 'Fleet' sama seperti Instagram Story first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2KqQgzP
via Denaihati.com