Monday, 30 November 2020

Wajarkah SOP Masjid dilonggarkan seperti SOP di Pasaraya?

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Berikut merupakan perkongsian tuan Amir Hassan yang dikongsi di laman facebook beliau berkaitan SOP Masjid. Jom sama-sama hayati dan faham maksud yang ingin disampaikan.

“Encik semua kena scan MySejahtera ya” Arahan seorang Mak Cik Rela apabila kami sampai di pintu pagar masjid.”

Pakai mask dan check suhu badan ya!” tambahnya lagi. Di belakang Mak Cik Rela ada beberapa orang polis beruniform dan sebuah kereta peronda.

Kami orang Selangor yang menumpang sembahyang Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan akur dengan arahan, janji dapat solat Jumaat.

Resah juga jiwa bila tak solat Jumaat beberapa minggu. Masuk je masjid kami di arahkan ke tingkat satu. Menunggu solat Jumaat petugas masjid dengan uniform khas buat rondaan dari semasa ke semasa untuk memastikan jemaah ikut SOP.

Pengumuman juga dibuat dari semasa ke semasa supaya jemaah ikut SOP. Sebelum azan, Imam membuat mengumuman bahawa selepas azan tiada solat sunat qabliah dan selepas solat Jumaat tak ada solat sunat ba’diah, selesai sahaja terus solat sunat hajat dua rakaat.

Selesai solat imam umum lagi, jemaah tingkat bawah keluar dulu kemudian tingkat satu dan akhir jemaah tingkat dua. Ketika saya turun di lantai bawah ada lebih tujuh orang polis dan beberapa Ahli Jawatankuasa masjid yang mengawasi jemaah keluar.

Suasana tersebut menjadikan saya rasa mecam orang bersalah pulak. Teringat minggu lepas pergi Pavillion, hanya ada seorang security guard yang menyambut kami.

Scan MySejahtera, Guard tak check pun…

Kami scan MySejahtera, guard tu tak check pun. Orang sangat ramai di Pavillion berjalan rapat-rapat dan ada yang duduk pun sebelah menyebelah namun tak ada sesiapa pun yang buat pemeriksaan seketat masjid.

Masjid tempat turun Rahmat yang kemudian rahmat itu akan bertebaran di muka bumi membawa kesejahteraan namun begitu ketat SOP nya sehingga ada negeri yang tidak benarkan solat fardu dan Jumaat di Surau dan Masjid. Tempat lain SOP tak seketat mana itu yang kekadang menjadi pertanyaan dalam hati. Adakah kita salah formula menangani pandemik Covid? Yakin kita pada siapa?

Di bawah ini merupakan komen-komen yang dikongsikan di posting Tuan Amir Hassan, antaranya:

Hafiz Mohd: Huhu..masih menunggu sop yg lebih baik di Selangorku..yakin kita pada siapa? Allahuakbar!!!!

Zabidah Awab: Allahhuakbar… Kita bergantung hanya kpd Allah… Tetapi kenapa ya?… Convid19 ubah cara hidup baru solat jemaah di masjid ajer ker?… 😭

Shaharudin Hashim:

Peraturan tak sama di semua lokasi. Masjid di Terengganu still follow sop tapi taklah terlalu ketat.Apapun sy setuju dgn Hj. Pasaraya mudah sesangat dia punya prosuder. Org duduk situ berjam2. Di masjid solat sunat pun ajk masjid tak bg sebab follow peraturan. Purata 30 min shj solat jumaat dan khutbah dah setel. Sepatutnya bglah sedikit kelonggaran.

Sabri Sulaiman: Apa yg boleh dikatakan sekarang ,kita lebih mencari yang TEORI dari yang HAKIKI

Ummu Kamal: Sorry saya termasuk yg lebih senang ..kitajagaALLAH nanti ALLAH jaga kita..sabar je lah..pandemic ni ujian tuk semua

Onn Halim:

Betul tu tuan,sedih lah…Insya Allah,semoga Allah bg kefahaman agama pada kita semua…

Zaharah Zainuddin: Itu tandanya Allah sayangkan umat umatnya…ia lindungi kita sentiasa.

Nooraini Zubir: saya pon pelik.. harini kat jambatan saloma penuh dgn manusia.. tau pon sbb lalu lalang kwn kwn up kt media sosial.. penjarakan fizikal mmg takde..takde plak polis yang jaga..curiouss btul.. wallaualam…

Mohamad Nazrul Atal: Klu dari pandangan saya pula OK lh SOP di perketatkan takut ada kluster masjid pulak.. X pasal2 masjid tutup lagi.. Xdpt solat jemaah bersama. Allahuakbar!

Dan banyak lagi komen-komen yang ada. Kalau korang nak baca selebihnya, boleh singgah di posting beliau ya. Klik sini.

Begitulah, kalau kalian ada pandangan masing-masing boleh je letak di ruangan komen di bawah ini ya. Terima kasih.

Wakaf Face Mask

The post Wajarkah SOP Masjid dilonggarkan seperti SOP di Pasaraya? first appeared on Denaihati.



from Denaihati https://ift.tt/2VkBbBT
via Denaihati.com