Thursday, 24 February 2022

Dividen Tabung Haji 2021: TH umum Hibah sebanyak 3.10 peratus

HIBAH / DIVIDEN TABUNG HAJI 2021: AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Di sini dikongsikan info lanjut tentangnya.

Pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2021 bermula pada 27 Februari 2022.

Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui:

  1. Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
  2. THiJARI
  3. ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB

Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2022

Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI. 
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.

Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: Cara Untuk Mendaftar Akaun THiJARI Tabung Haji

Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji

Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.

“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.

“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.

Cara Pengiraan Dividen TH

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2020.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Maklumat Lanjut

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji

The post Dividen Tabung Haji 2021: TH umum Hibah sebanyak 3.10 peratus first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/yxPu3LU
via Denaihati.com