Wednesday, 9 February 2022

Sabar ada dua sisi, satu sabar dan dua syukur

“aku belajarlah banyak mana, exam masih gagal”

“tengok orang lain, kerja senang nak dapat duit”

            Sabar adalah merupakan salah satu daripada tangga-tangga ibadat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung. Allah SWT menyebut perkataan sabar lebih 90 kali pada pelbagai tempat di dalam al-Quran. Di dalam Islam, sabar ada tiga darjat:

  • Sabar terhadap ketaatan
  • Sabar terhadap kemaksiatan
  • Sabar terhadap ketentuan dan musibah

Darjat sabar yang paling agung adalah sabar terhadap ketaatan. Kerana itulah sabar yang paling agung yang diharapkan, tatkala kamu melaksanakan ketaatan, lalu kamu bersabar terhadapnya dan menyabarkan dirimu, supaya kamu sentiasa tetap melaksanakan sesuai dengan bentuk yang paling sempurna, dengan segala kekhusyukan dan ketundukannya.

Sabar terhadap kemaksiatan, iaitu tatkala jiwamu sentiasa menyuruh untuk berbuat kejahatan dan dia binasakanmu, lalu kamu bersabar dan mengharapkan pahala hanya daripada Allah SWT sabar mernerima takdir Allah SWT, dilakukan apabila Allah menetapkan takdirnya atasmu dan untuk meringankan dosa-dosamu atau meninggikan darjatmu.

Apabila hal ini sudah diketahui, maka salah satu ciri yang dimiliki para kekasih Allah adalah bersabar dan disertakan keyakinan yang kuat. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah pernah bertanya: Dengan cara apakah sebuah kepimpinan di dalam agama di peroleh? Dia menjawab: Dengan kesabaran dan keyakinan tidaklah kamu pernah mendengar firman Allah SWT:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Maksudnya: Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar (sabar dalam menegakkan kebenaran). Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.

(Surah al-Sajadah: 24)

“Aku dah usaha, Alhamdulillah Allah izinkan aku dapat macamni. Allah ada rancangan terbaik untuk aku”

Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)

Bersyukur adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman:

وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

MaksudnyaBersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

Surah al-Nahl (114)

Bagaimana untuk tunjukkan rasa syukur?

  • Hendaklah memuji Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan
  • Lakukanlah amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran

Daripada terlampau banyak mengeluh, cari perkara yang terlampau banyak kita perlu bersyukur. Cara berhadapan dengan masalah juga di ajar dalam islam dengan sabar dan syukur.

The post Sabar ada dua sisi, satu sabar dan dua syukur first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/mlICRd0
via Denaihati.com