Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.
Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter.
Terkini, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 2021 pada tengah hari 2 Mac 2022.
Dalam artikel ini akan diterangkan lebih lanjut cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.
Dividen KWSP 2022 (Tahun Kewangan 2021)
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.
Secara umumnya ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2021 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.
Berikut dikongsikan tarikh pengumuman dividen KWSP 2022 dan cara membuat semakan secara online.
Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun 2020 Dan Sebelumnya
Berikut adalah Kadar Dividen_KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:
Tahun | Peratus (Simpanan Shariah) | Peratus (Simpanan Konvesional) |
2020 | 4.90 | 5.20 |
2019 | 5.00 | 5.45 |
2018 | 5.90 | 6.15 |
2017 | 6.40 | 6.90 |
2016 | – | 5.70 |
2015 | – | 6.40 |
Sumber dari laman web rasmi KWSP: Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)
Apakah Dividen KWSP?
Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.
Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.
Cara Semakan Dividen KWSP
Untuk makluman, anda boleh membuat semakan dividen KWSP ini dikreditkan ke akaun mulai 6 Mac 2022.
Berikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.
- Layari www.kwsp.gov.my
- Pergi kepada ikon Login
- Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik View Details di bahagian menu Dividend
- Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan
*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP
Aplikasi i-Akaun
Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui
- Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
- Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000
Baca juga: Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan
ecentral.my
The post KWSP umum dividen 2021: konvesional 6.10 peratus, syariah 5.65 peratus first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/Tj5byMF
via Denaihati.com