Sunday, 6 August 2023

2 sahabat bersama Think Quran

Tanggal 6 Februari 2023, tarikh keramat Reseller Think Quran pertama di dalam jaringan saya mendaftar dengan penuh azam. Azam untuk belajar bahasa AI Quran dan berkongsi dengan orang Iain juga.

Walaupun sibuk dengan Kelas Mandarin dalam talian dan hal-hal kebajikan bersama anak- anak yatim, Siti Rahmah Mokhtar terus membayar yuran keberanian untuk 3Quran Center.

Maka bermulalah tugas baru saya untuk menunjukajar tentang sistem. Padahal saya pun baru berdaftar tiga minggu lepas. Dengan berkat mengikuti Kelas Pagi setiap 7.30 pagi, BOP di malamnya dan NRT setiap Isnin malam, Alhamdulillah saya mampu duplikasikan ilmu kepadanya.

Hari silih berganti. Namun setiap prospek yang kami temui, tidak menunjukkan minat seperti kami. Berbagai alasan yang diberi.

Saya makin cemas. IImu tetap ditimba sebagai bekalan. Cuma Siti tidak mudah bergerak kerana tubuh badannya yang besar dengan berat hampir 160 kg, kesihatan juga tidak menyebelahinya.

Bulan Ramadan tiba dan disambut dengan kesihatan saya pula yang kurang baik. Walau bagaimanapun, kami tetap berutusan. Siti rajin telefon setiap pagi bertanya khabar. Dia yang lebih sihat pada ketika itu. Ada sahaja cadangannya untuk membina jaringan. Table Talk bersama pemimpin terus dijalankan beberapa kali pada petang Ramadan yang penuh baroqah.

Kami tidak bersua sejak bulan Syaaban, seawal Mac. Sebulan Ramadan saya di kampung menemani Mak berpuasa bersama sambil melayan badan yang kurang sihat. Sekembalinya saya ke rumah di Negeri Sembilan, saya ditimpa musibah lagi. Tangki air pecah dan membanjiri seluruh lantai rumah kecuali dapur dan bilik air sejak awal Ramadan!

Saya hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah kerana masih ada rumah. Empat minggu bertungkus lumus mengemas tanpa jemu.

Walau bagaimanapun, rutin harian bersama Think Quran diteruskan. Agak ralat Siti tidak dapat bersama meraikan perhimpunan di Bangi Avenue Convention Centre untuk berjumpa Tuan CEO dan barisan pemimpin Think Quran yang Iain.

Terasa juga jauh di sudut hati, saya umpama keseorangan tanpa sahabat yang berkobar-kobar ingin sebarkan Think Quran. Walaupun diketerbatasan keadaan fizikalnya, namun semangatnya yang saya galas untuk meneruskan perjuangan kami.

Sama-sama berangkat ke Amerika pada tahun 1983 untuk menimba ilmu untuk dibawa pulang ijazah kejuruteraan kepada keluarga masing-masing. Ditakdirkan bekerja di firma yang sama sekitar 2005, dan punya hasrat yang sama untuk hidup berjiran. Namun takdir tidak selalu menyebelahi kami.

Kini hanya tinggal kenangan manis. Kenangan tinggal serumah di USA, kenangan bekerja bersama-sama membangunkan Putrajaya dan kenangan sama-sama belajar Think Quran walau sekejap cuma.

Tanggal 15 Julai 2023, Siti Rahmah dijemput pulang menghadap Ilahi dengan asbab kesakitan di bahagian dalam perut yang meragut nyawanya. Setelah ditidurkan akibat komplikasi untuk bernafas, Siti Rahmah tidur terus buat selama-lamanya.

Hasil nukilan : Maizatul Ashiqin Adnan

The post 2 sahabat bersama Think Quran first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/1m9oISh
via Denaihati.com