Setiap orang mengharapkan kejayaan dan kemenangan dalam hidup ini. Namun kejayaan dan dan kemenangan yang hakiki bukan hanya untuk dikecapi di dunia, malah yang lebih penting adalah kejayaan dan kemenangan di akhirat.
Kejayaan serta kemenangan itu menuntut pengorbanan dan amal yang berterusan. Bagi orang yang beramal, tiada istilah waktu untuk bersantai atau berehat dalam diari hidupnya.
Walaupun seseorang itu telah pencen dari segi kerja rasmi beliau atas faktor telah sampai umur persaraan wajib, namun tugas hakiki sebagai hamba Allah dan khalifah tetap berterusan.
Imam Syafie Rahimahullah pernah mengungkapkan :
طَلَبُ الرَّاحَةِ فِى الدُّنْيَا لاَيَصِحُّ لِأَهْلِ الْمُرُوءَاتِ فَإِنَّ أَحَدَهُمْ لَمْ يَزَلْ تَعْبَانَ فِى كُلِّ زَمَانٍ
“Mencari istirehat di dunia ini tidaklah dibenarkan bagi orang-orang yang mempunyai harga diri, kerana sesungguhnya seseorang di antara mereka masih akan tetap mengalami kelelahan di waktu bila-bila pun”
Kemenangan harus ditempuh dengan kelelahan.
Biarlah segala-galanya hilang, menjadi tua, lemah dan tidak berdaya. Jika kita bertemu Allah nanti, saat sakaratul maut datang menjemput, katakanlah kepada yang dikasihi: ”Wahai Tuhanku, saksikanlah tubuh kurusku yang berpenyakit, mata rabunku, tulangku, darah dan dagingku semuanya aku persembahkan kepada-Mu, mereka semua pernah beribadat, berjuang dan bekerja mencari keredaan-Mu, Ya Allah. Bangkitkan mereka pada hari akhirat nanti dengan bekas perjuangan pada jalan-Mu.”
Nabi SAW bersabda :
يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ
“Setiap hamba akan dibangkitkan berdasarkan keadaan meninggalnya” (HR Muslim no 2878)
The post Menuju kemenangan perlukan pengorbanan first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/hXuLRck
via Denaihati.com