Friday, 5 April 2024

Bantu belajar kosa kata al-Quran secara mendalam, cepat, tepat

SHAH ALAM – Aplikasi pendidikan, Think Quran merupakan platform mudah belajar kosa kata al-Quran yang kerap berulang secara cepat, tepat dan mendalam.

Demikian dikongsikan Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Itqaan, Dr Mohd Shafie Md Amin yang mana pembelajaran perbendaharaan kata itu penting bagi membantu umat Islam untuk lebih memahami dan mencintai kalam ALLAH SWT.

“Saya mengetahui tentang Think Quran ini dalam beberapa bulan lepas daripada seorang anak murid.

“Setelah cuba menggunakannya ia sangat bagus untuk umat Islam terutamanya golongan pelajar.

“Aplikasi ini sangat memudahkan pembelajaran kosa kata bahasa Arab dan ia lebih sistematik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd Shafie, pihaknya telah menyusun jadual pelajar untuk sesi pembelajaran menggunakan aplikasi tersebut.

Bagaimanapun, buat masa ini pihaknya masih menunggu proses pembinaan makmal komputer untuk kegunaan 130 pelajarnya menjalani pembelajaran interaktif.

Malah, setiap pelajar juga katanya diwajibkan mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam talian (online) Think Quran.

“Saya sangat tertarik pada elemen belajar yang boleh dilakukan pengulangan latihan sehingga pandai dalam masa yang singkat.

“Selain itu, pembelajaran kosa kata dalam aplikasi ini juga mudah difahami untuk semua peringkat umur,” jelasnya lagi.

Dengan adanya kaedah terbaik Think Quran, pelajar di tahfiz, kata Mohd Shafie, sekurang-kurangnya dapat memahami secara umum maksud ayat al-Quran yang dibaca.

“Bukan setakat pelajar, cucu saya yang berusia empat tahun pun teruja dan tertarik dengan teknik dalam aplikasi Think Quran.

“Semoga ia membantu dalam proses melahirkan pelajar yang bukan ‘hafal buta’, tetapi boleh menjadi imam dan ketua dalam masyarakat apabila keluar pusat tahfiz ini nanti,” harap beliau.

Think Quran Langkah Pertama Belajar Bahasa Arab Al Quran

Sinar Harian

The post Bantu belajar kosa kata al-Quran secara mendalam, cepat, tepat first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/rEf8XGL
via Denaihati.com