Sunday, 21 April 2024

Pesara guru terus tabur bakti

TEMERLOH – Demi untuk melihat lebih ramai masyarakat celik al-Quran, seorang pesara guru di sini sanggup berkorban masa, tenaga serta harta benda untuk memastikan misi murni itu tercapai.

Pengasas Rumah Ngaji Barokah di sini, Suhardiman Mohd Lazim, 63, memulakan perjuangan menubuhkan rumah tersebut sejak 2017 hingga kini.

Menurutnya, pada peringkat awal, beliau membuka kelas di rumahnya sendiri di jalan Kampung Lubok Layang di sini sebelum menyewa bangunan di Bukit Desa Semantan pada 2018.

“Memang tak sangka, kelas mengaji dapat permintaan dengan peserta terdiri kanak-kanak dan juga dewasa.

“Walaupun hanya memiliki satu buah pinggang, ia tidak menghalang saya terus menabur khidmat untuk memastikan semua peserta mendapat ilmu al-Quran,” jelasnya yang mendermakan buah pinggang untuk anaknya pada 2017.

Ujar Suhardiman lagi, peserta didedahkan dengan Iqra untuk peringkat awal sebelum mengaji al-Quran, tajwid dan serta tadabur seterusnya boleh menjadi tenaga pengajar.

“Setakat ini, ada dua peserta bergelar tenaga pengajar dan mereka menabur bakti di rumah ngaji ini.

“Saya juga bersyukur kerana sokongan padu yang diterima sanggup membantu terutamanya dari segi belanja pengurusan rumah ini selain peserta sendiri sanggup memberikan sumbangan mereka,” tambahnya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas aplikasi ThinkQuran yang diperkenalkan, beliau menyifatkan ia satu usaha baik dan wajar disokong kerana dapat membantu lebih ramai individu di negara ini.

“Dengan mudah diakses bila-bila masa, kemudahan tersebut membolehkan orang ramai belajar memahami al-Quran mengikut waktu luang masing- masing.

Cara menjadi affiliate Think Quran

Aplikasi itu khusus untuk memahami kalimah al-Quran dan di dalamnya juga ada latihan. Ini adalah satu aplikasi yang bagus dan baik.

“Insya-ALLAH saya akan perkenalkannya kepada para pelajar sebagai nilai tambah dan aplikasi ini perlu disebarkan seluas mungkin,” katanya.

Sinar Harian

The post Pesara guru terus tabur bakti first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/cLrPjTk
via Denaihati.com