Satu gempa bumi kuat dengan magnitud awal 7.5 melanda wilayah timur laut Jepun lewat malam Isnin, sekali gus mencetuskan amaran tsunami untuk kawasan pesisir Hokkaido, Aomori dan Iwate. Amaran tersebut kemudian ditarik balik beberapa jam selepas itu, namun pihak berkuasa menegaskan bahawa ancaman belum berakhir.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut berlaku sekitar jam 11.15 malam berhampiran pantai Pasifik Aomori pada kedalaman kira kira 54 kilometer. Agensi itu menjelaskan bahawa gegaran sebesar ini meningkatkan risiko berlakunya satu lagi gempa besar dalam beberapa hari mendatang, dengan kemungkinan magnitud yang sama atau lebih kuat.
Ini merupakan kali pertama amaran sedemikian dikeluarkan untuk kawasan pesisir Hokkaido dan pantai Sanriku yang meliputi Aomori, Iwate dan Miyagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Langkah tersebut diambil sebagai tindakan berjaga jaga berikutan sejarah zon ini yang pernah terjejas teruk akibat tsunami.
Pejabat Kabinet Jepun dalam kenyataan meminta penduduk supaya berada dalam keadaan siap siaga sekurang kurangnya selama seminggu. Orang ramai disarankan memastikan kit kecemasan mudah dicapai agar proses pemindahan dapat dibuat pada bila bila masa jika situasi bertambah buruk.
Setakat ini, pihak berkuasa masih memantau sebarang gegaran susulan dan menasihatkan komuniti pesisir untuk sentiasa mengikuti maklumat rasmi. Mereka juga memberi peringatan bahawa tempoh 72 jam pertama selepas gempa besar adalah paling kritikal.
The post Gempa 7.5 gegar timur laut Jepun, amaran gegaran lebih kuat susulan first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/jPt2x1Y
via Denaihati.com