Saturday, 2 December 2017

Saya Muak Dihidangkan Menu Ayam Setiap Hari Selama 4 Hari Hingga Saya Rasa Seperti 'Ayam' - Mangsa Banjir


"Saya muak dihidangkan dengan menu ayam setiap hari selama empat hari berada di sini hingga saya rasa seperti 'ayam'," demikian rungutan seorang mangsa banjir, Fatimah Mat Noh, 69, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, lapor Astro Awani. 

Menurut Fatimah, dia sudah jemu menjamah juadah yang disediakan tiga hari sekali dengan menu berasaskan ayam. 

"Saya berharap sangat dapat makan makanan lain seperti ikan kering," katanya. 


Bukan Fatimah sahaja, malah ada beberapa mangsa banjir yang turut meminta pihak pengurusan menyediakan budu bagi menggantikan ayam. 

Sementara itu, Ketua Tukang Masak PPS Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Jamaliah Ibrahim berkata, dia kerap menerima aduan dan rungutan daripada mangsa banjir yang jemu menjamah lauk ayam. 

"Kami memasak lebih 100 kilogram ayam setiap hari dan menyediakan 80 kilogram beras bagi makanan pagi, tengah hari dan malam dengan melibatkan 1,200 mangsa banjir," katanya. 

Bukan setakat itu saja, mangsa banjir juga meminta mereka menyediakan ikan atau ikan kering yang dilihat lebih membangkitkan selera mereka. 

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup mengakui pihaknya tidak dapat menyediakan barangan basah seperti ikan kerana ketiadaan bekalan makanan. Sejumlah 50 tan beras telah dihantar ke 216 pusat pemindahan banjir seluruh Kelantan. 

"Penggunaan harian dianggarkan 1.6 tan ayam sehari, 500 kilogram sayuran, 1,000 sarang telur dan lebih 500 kotak sardin untuk 59 buah pusat pemindahan banjir seluruh Kelantan," katanya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ApK2as
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jDNYwh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Trump Dijangka Bakal Umum Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel Minggu Depan


WASHINGTON: "Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trunp dijangka membuat pengumuman pada minggu depan untuk mengiktiraf 'Jerusalem' sebagai ibu negara Israel ",jelas pegawai pentadbiran kanan pada Jumaat lalu.

Menurut laporan dari Reuters, tindakan itu disifatkan bakal mengubah polisi AS selain berkemungkinan meningkatkan ketegangan di Asia Barat.

Trump dijangka akan membuat pengiktirafan itu pada Rabu meskipun beliau dikatakan cenderung untuk melengahkan lagi janji kempennya yang ingin memindahkan pejabat kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem.


'Jerusalem' adalah nama yang tidak diiktiraf oleh umat Islam sedunia yang mahu terus mengekalkan kedaulatan dan kebebasan Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin menginginkan Baitulmaqdis menjadi ibu kota negara mereka. Selain itu, komuniti antarabangsa juga tidak mengiktiraf tuntutan Israel ke atas semua bahagian kota yang dihuni bersama oleh penganut Islam, Yahudi dan Kristian itu.


Berita tentang pengumuman Trump itu nyata berbaza dengan presiden-presiden AS sebelum ini yang menegaskan bahawa status kota itu perlu diputuskan secara rundingan.

Selain mengundang kritikan daripada pihak berkuasa Palestin dan negara-negara Arab, perkembangan itu juga mendedahkan ketidaktentuan usaha diplomatik pentadbiran AS yang diketuai menantu yang juga penasihat kanan Trump yang kurang berpengalaman, Jared Kushner.

Menutut jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah, pengiktirafan ‘Jerusalem’ sebagai ibu negara Israel akan ‘memusnahkan proses keamanan’ dan ‘menjejaskan kestabilan serantau’.

Tindakan itu dilihat hanya akan memuaskan hati golongan pro-Israel, iaitu kumpulan penyokong yang telah membantu Trump memenangi pilihan raya presiden.

Bagaimanapun setakat ini, belum ada pengesahan rasmi tentang rancangan pengumuman pengiktirafan tersebut daripada pegawai atasan White House.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iEKpt4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BDEklm
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

‘Daddy Rindu Kamu’ – 3 Bulan Dakwa Dihalang Jumpa Anak, Video Nedim Buat Netizen Menangis



from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kflL2H
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Friday, 1 December 2017

(7 GAMBAR) Showroom IKEA Tebrau Berselerak..Ini Mentaliti Jamban, Kata Blogger!


Kelakuan ibu ayah yang bersikap acuh tidak acuh di IKEA Tebrau

Baru-baru ini, kecoh tentang isu showroom IKEA Tebrau yang telah berselerak dan bersepah “dikerjakan” oleh para pengunjung yang tidak bermoral dan berdisiplin.

Yang lebih mengejutkan adalah, IKEA ini baru sahaja dibuka awal bulan November dan kini ia telah pun mengalami masalah vandalisme.


Mereka yang telah berkunjung ke sini telah memberikan komen di mana banyak katil telah dilenjan oleh anak kecil. Malah, kaki katilnya juga ada yang telah patah!


Barangan kaca juga banyak yang pecah, gara-gara ibu bapa tidak peka dan sensitif tentang kelakuan anak mereka.


Mainan berselerakan di lantai di bilik showroom IKEA Tebrau

Barang mainan di dalam bilik kanak-kanak di showroom juga turut bersepah dan berselerakan di atas lantai.


Khabarnya, pensil turut dicuri di IKEA

Ada juga yang menceritakan bagaimana pensil IKEA juga turut habis dicuri!
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengubah keadaan ini?

Apabila melihat gambar-gambar di atas, sememangnya kita berasa terkejut dan ada juga yang berasa marah dengan kelakuan tidak bermoral seperti ini.

IKEA Tebrau belum pun mencecah usia sebulan, namun ia telah pun menerima tempias vandalisme.


Buku mentaliti jamban yang mengisahkan masalah disiplin masyarakat Malaysia

Menurut seorang blogger terkenal, Khairul Abdullah, sikap dan mentaliti sebegini layak untuk dipanggil sebagai “mentaliti jamban!”

Beliau yang juga seorang penulis buku pengembaraan dan pengarang buku “Mentaliti Jamban” sememangnya terkenal dengan pendirian beliau yang cukup tegas dalam mendidik rakyat kita supaya menjadi lebih berfikiran maju dan bermoral tinggi.

Dalam satu blog beliau yang viral, beliau telah menyentuh tentang isu perangai masyarakat kita ketika berada di IKEA, tidak kiralah sama ada di IKEA Damansara, IKEA Cheras, mahupun di IKEA Tebrau!


Adakah kita akan membiarkan katil tidak terurus sebegini di rumah sendiri?

Keadaan meja yang bersepah selepas makan di restoran IKEA (baginya, orang kita bersikap acah-acah tuan besar!), perangai orang kita ketika berebut barangan semasa hari jualan diskaun, dan sikap kita ketika melawat showroom masih lagi di tahap mengecewakan.
Panduan untuk ibu ayah yang membawa anak ke IKEA

Jadi, mari kita ambil langkah untuk berubah bermula dari hari ini. Ibu ayah sekalian, ia bermula dengan kita!

Mari kita didik anak kita sikap berdisiplin dan bertatasusila terutamanya apabila berada di tempat orang ramai.


Kalau anda memerlukan sedikit panduan bagaimana untuk memastikan anak anda kekal beradab dan sopan, mari ikuti tip berikut:

Sebelum sampai di pasaraya atau tempat orang awam, berikan nasihat dan peringatan ketika di dalam kereta lagi.

Berikan senarai jelas apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat.

Gunakan perkataan yang jelas. Contohnya, “jangan berlari di showroom”, “jangan melompat di atas katil”, “jangan menjerit” atau “duduk dan makan dengan sopan di meja”.

Jika anak anda gemar berlari ke sana ke sini, gunakan harness. Tidak perlu kita takut pandangan serong orang lain, ia sememangnya antara peralatan kanak-kanak yang bertujuan untuk melancarkan urusan keluar dengan anak kecil.

Ajak anak-anak kemas meja bersama-sama selepas makan. Kutip makanan dan lap minuman yang tertumpah di atas meja.

Segera bangun dari meja makan jika restoran penuh dengan orang yang sedang mencari meja makan. Tidak perlu bersembang di meja.

Untuk memberikan tugasan kepada anak, ajaknya untuk membantu menolak troli dan memastikannya tidak berada di tengah-tengah laluan orang ramai.

Pastikan anak anda tidak mengambil sebarang kertas atau pensel dari IKEA atau mana-mana sahaja pasaraya atau kedai besar lain. Jangan biasakan anak mengambil barang yang bukan haknya tanpa izin.

Dengan peringatan, nasihat dan didikan berterusan dari anda, pasti anak anda akan terbiasa untuk menjadi lebih berdisiplin.

Bak kata orang-orang lama, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jom ya ibu ayah, kita mulakan dengan anak-anak kita mulai dari hari ini!

Jika anda ada tip mendidik anak supaya lebih beradab sopan di tempat awam, mari kongsikannya di ruangan komen ya. Bolehlah ibu ayah muda lain belajar dan amalkan tip anda itu.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2j9eLkp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zI0fXi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sungguh Kejam, Bayi 11 Bulan Diculik & Dirogol Selama 2 Jam

Gambar hiasan

Jenayah kes rogol semakin meningkat dan setiap hari pasti akan ada berita melibatkan jenayah tersebut di dada akhbar.

Terbaru, seorang bayi berusia 11 bulan telah diculik dan dirogol selama 2 jam oleh “jiran” di Delhi, India.

Kes tersebut berlaku di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis semasa bayi tersebut sedang tidur bersama ibunya. “Jiran” didakwa telah menculik bayi tersebut dan membawanya ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol pada pukul 10 malam.


Ibu bayi hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan melapor kepada polis. Tidak lama kemudian, polis telah menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk dan kesan kuku di merata tubuhnya ,” kata seorang pengawai kanan polis.


Polis berjaya mengesan suspek di sebuah kem pekerja di mana suspek tinggal bersama pekerja lain dengan menjejak pemilik telefon bimbit yang ditinggalkan berdekatan bayi tersebut.

Menurut polis, lelaki itu telah mengaku bahawa dia telah menculik dan merogol bayi tersebut selama hampir 2 jam.

Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar.

Sumber: Hanasuva


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AzdP2O
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nmQfAW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kisah Yang Pasti Membuat Anda TERHARU Dan SEBAK!! Kucing Peliharaan Yang Setia Menunggu Tuannya Walaupun Telah Meninggal..


Kejadian ini berlaku apabila lelaki ini tiba kawasan tanah perkuburan untuk melawat kubur bapanya di Keputih Surabaya. Selang 3 kubur dari kubur bapanya, terbaring sekujur tubuh kucing berwarna putih yang kelihatan nazak dan mungkin tidak bernyawa.

Menurut penjaga kubur di situ, kucing itu telah tidak berganjak dari kedudukannya walaupun hujan turun dengan lebatnya.

Pada mulanya lelaki ini ingat kucing tersebut telah mati. Tetapi pada saat di mendekatinya, kucing tersebut masih bernafas! Meskipun dalam keadaan tidak menentu, dengan badannya masih basah kuyup dan tidak terurus.


Dia cuba mengambil kucing tersebut, namun ia memberi reaksi yang agak agresif serta mencakar dan mahu menggigit, seolah – olah tidak mahu dialihkan dari situ. Apakah dia mahu menghabiskan hari – hari terakhir sisa – sisa hidupnya di situ ?


Menurut penjaga kubur lagi, kucing itu sering berada di kubur itu sejak kecil lagi dan kubur tersebut memang menjadi tempat ia selalu berada. Apakah hubungan di antara pemilik kubur tersebut dengan kucing itu, tidak diketahui sebabnya.

Oleh kerana tidak mahu membiarkannya di situ, lelaki ini kemudiannya pulang dan kembali semula ke kubur tersebut dengan membawa sangkar.



Kucing itu kini sedang menjalani rawatan. Terima kasih kerana saudara ini telah perihatin dan membawa kucing tersebut ke tempat yang lebih selamat.

Namun kita boleh merancang dan Tuhan yang menentukan. Perkhabaran terkini yang dimaklumkan bahawa kucing ini tewas ketika sedang mendapat rawatan. Semoga ia tenang di sana, barangkali berjumpa dengan orang yang dirinduinya… Selamat Jalan.

Kredit: Syahrial Ega Perkasa


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nnMjju
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zFu76p
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Terkinja2 Di Hari Persandingan, Tarian Mawar Rashid Di Majlis Persandingan Dikecam Netizen! Video!



from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nmBEVZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com