Gambar hiasan
Jenayah kes rogol semakin meningkat dan setiap hari pasti akan ada berita melibatkan jenayah tersebut di dada akhbar.
Terbaru, seorang bayi berusia 11 bulan telah diculik dan dirogol selama 2 jam oleh “jiran” di Delhi, India.
Kes tersebut berlaku di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis semasa bayi tersebut sedang tidur bersama ibunya. “Jiran” didakwa telah menculik bayi tersebut dan membawanya ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol pada pukul 10 malam.
Ibu bayi hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan melapor kepada polis. Tidak lama kemudian, polis telah menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk dan kesan kuku di merata tubuhnya ,” kata seorang pengawai kanan polis.
Polis berjaya mengesan suspek di sebuah kem pekerja di mana suspek tinggal bersama pekerja lain dengan menjejak pemilik telefon bimbit yang ditinggalkan berdekatan bayi tersebut.
Menurut polis, lelaki itu telah mengaku bahawa dia telah menculik dan merogol bayi tersebut selama hampir 2 jam.
Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar.
Sumber: Hanasuva
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AzdP2O
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nmQfAW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com