Kejadian ini berlaku apabila lelaki ini tiba kawasan tanah perkuburan untuk melawat kubur bapanya di Keputih Surabaya. Selang 3 kubur dari kubur bapanya, terbaring sekujur tubuh kucing berwarna putih yang kelihatan nazak dan mungkin tidak bernyawa.
Menurut penjaga kubur di situ, kucing itu telah tidak berganjak dari kedudukannya walaupun hujan turun dengan lebatnya.
Pada mulanya lelaki ini ingat kucing tersebut telah mati. Tetapi pada saat di mendekatinya, kucing tersebut masih bernafas! Meskipun dalam keadaan tidak menentu, dengan badannya masih basah kuyup dan tidak terurus.
Dia cuba mengambil kucing tersebut, namun ia memberi reaksi yang agak agresif serta mencakar dan mahu menggigit, seolah – olah tidak mahu dialihkan dari situ. Apakah dia mahu menghabiskan hari – hari terakhir sisa – sisa hidupnya di situ ?
Menurut penjaga kubur lagi, kucing itu sering berada di kubur itu sejak kecil lagi dan kubur tersebut memang menjadi tempat ia selalu berada. Apakah hubungan di antara pemilik kubur tersebut dengan kucing itu, tidak diketahui sebabnya.
Oleh kerana tidak mahu membiarkannya di situ, lelaki ini kemudiannya pulang dan kembali semula ke kubur tersebut dengan membawa sangkar.
Kucing itu kini sedang menjalani rawatan. Terima kasih kerana saudara ini telah perihatin dan membawa kucing tersebut ke tempat yang lebih selamat.
Namun kita boleh merancang dan Tuhan yang menentukan. Perkhabaran terkini yang dimaklumkan bahawa kucing ini tewas ketika sedang mendapat rawatan. Semoga ia tenang di sana, barangkali berjumpa dengan orang yang dirinduinya… Selamat Jalan.
Kredit: Syahrial Ega Perkasa
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nnMjju
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zFu76p
via MerahHatiCintaku.blogspot.com