Friday, 5 February 2021

Ketika Ziarah Kubur, Jangan Sesekali Cabut Rumput, Ini Sebabnya

Jangan Cabut Rumput Diatas Kubur

Mungkin ramai tidak tahu atau tak sengaja. Niat kita mungkin hanya mahu membersihkan kubur sahaja kerana jarang menziarahi ahli keluarga yang terlebih dahulu dijemput Illahi. Tapi rupanya perbuatan mencabut rumput di atas kubur mempunyai hukum berbeza. Baca penjelasan diberi oleh Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum cabut rumput yang tumbuh atas kubur ini.

”Hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur adalah segala yang tumbuh di atas kubur. Ia tidak termasuk kawasan lain seperti jalan di sekeliling kubur atau tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan. Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dalam kalangan ulamak mazhab padanya.

Mazhab Syafie

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur. Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Erti : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas ku bur) selama ia belum kering (m4ti) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak m4yat yang datang kisahnya dari hadith Nabi SAW.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS MENCABUT TUMBUHAN ATAS KU BUR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Erti : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas ku bur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak m4yat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah m4ti nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Erti : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas ku bur sebelum tumbuhan itu m4ti.”

Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Erti : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas ku bur itu ialah atas yang bukan pemiliknya.”

Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Erti : “Dan tidak harus bagi selain pemilik ku bur mencabut tumbuhan atas ku bur itu jika ia belum kering (m4ti).”

PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Erti : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak m4yat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)

Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas ku bur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Erti : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas ku bur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada m4yat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)+

KESIMPULAN

Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni ku bur men cabut rumput atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas ku bur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok. Harus ke atas pemiliknya mengambil atau men cabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas ku bur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya.

Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram. Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.

Sumber: https://mymediamaya.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3oVzOGn
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3js4YUv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Syok Berfoto Lepas Nikah, Pengantin Baru & 17 Pengiring Didenda Langgar SOP

Sepasang pengantin yang baru selamat diijabkabulkan di Taman Nilam, Langkawi kelmarin ditahan pihak polis kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, 17 individu termasuk ‘bridesmaid’ turut ditahan setelah membuat sesi bergambar di kawasan sungai berhampiran yang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Video berdurasi 23 saat yang memaparkan pasangan pengantin dan pengiringnya menaiki lori polis telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari mengesahkan semua individu terbabit ditahan oleh sepasukan polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan.

“Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ditahan sebelum dibawa ke balai polis. 

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP,” jelasnya.

Selain itu, Shariman juga berkata mereka telah dibebaskan pada hari kejadian selepas membayar jumlah kompaun yang ditetapkan.

Sumber: Malaysia Gazette via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media https://ift.tt/3jlfGw5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3oO8jyd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Meteor, Dukhan dan Runtuhnya Sistem Kapitalis Dunia

SAAT munculnya ad-Dhukhan pada akhir zaman nanti, tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya kelak. Pelbagai versi cerita mengenai ad-Dukhan atau kabut asap yang tebal.

.

Menurut riwayat yang masyhur, Ad-Dukhan dikhabarkan bakal ‘menyelimuti’ bumi selama 40 hari 40 malam.

.

Barangkali kelam dunia manusia ketika itu. Masakan tidak, bukan sahaja gelap gelita, bahkan diselaputi asap tebal dan hampir tiada oksigen.

.

Itulah keadaan yang digambarkan apabila kemunculan al-Dukhan kelak. Ia membuatkan nyawa manusia ibarat di hujung tanduk. Malah, Dajal juga dikatakan takut untuk menghadapi peristiwa berkenaan.

.

Ini kerana runtuhnya sistem moden, teknologi dan semua internet down / crash sepenuhnya…

.

Masa itu bank collpase… tiada lagi duit kertas, digital maupun matawang fiat.

.

Manusia akan kembali asal… tiada teknologi… hanya hidup sebagai zaman terdahulu… ramai yang tewas, mati dan dalam situasi sukar yang tak pernah dialami sebelumnya.

.

Ianya semakin hampir…..

.

Adakah anda bersedia ?

.

Laju² korek rahsia akhir zaman di wasap :

➡bit.ly/panjiakhirzaman

➡bit.ly/panjiakhirzaman

➡bit.ly/panjiakhirzaman

Jumpa di sana..

The post Meteor, Dukhan dan Runtuhnya Sistem Kapitalis Dunia first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2MTPRXQ
via Denaihati.com

Kedai gunting rambut, cuci kereta dan pasar malam dibenarkan dengan SOP yang ketat

Tatkala PKP sedang dijalankan ketika ini di seluruh Malaysia kecuali Sarawak, kerajaan membenarkan pasar malam, kedai gunting rambut dan kedai cuci kenderaan beroperasi bermula hari ini, 5 Februari 2021.

Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, operasi kesemua perniagaan itu hendaklah mengikut prosedur operasi standard yang ketat.

SOP Pasar Malam

Jelasnya, pasar malam boleh beroperasi daripada pukul 4 petang manakala jarak antara gerai hendaklah sekurang-kurangnya satu meter serta hanya laluan keluar masuk sehala sahaja dibenarkan.

SOP Kedai Gunting Rambut

Sementara itu, operasi kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. Bagaimanapun, hanya perkhidmatan menggunting sahaja dibenarkan manakala prosedur rawatan kecantikan adalah dilarang.

Selain itu, pengusaha perlu mengikut SOP ketat seperti memakai topeng muka dan pelindung muka (face shield), sarung tangan serta apron pakai buang bagi setiap pelanggan.

Pengusaha juga perlu mencuci peralatan digunakan dengan air panas setiap kali selepas menggunting rambut pelanggan, katanya.

SOP Kedai Cuci Kereta

Sementara itu, operasi cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam.

Tegas beliau, semua perniagaan yang dibenarkan beroperasi akan ditutup sekiranya terdapat laporan berlaku pelanggaran SOP di premis tersebut.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

The post Kedai gunting rambut, cuci kereta dan pasar malam dibenarkan dengan SOP yang ketat first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3pW9BIQ
via Denaihati.com

Lake Suwa Travel Guide

bridge over a moat with Takashima Castle in the back

Lake Suwa in Nagano Prefecture offers plenty of activities for visitors, soak in relaxing hot springs, visit Takashima Castle ruins, stop by the historic sake breweries, and enjoy the vibrant summer fireworks.

READ: Lake Suwa Travel Guide



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3pTWx6L
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Akim Ahmad Bengang Model Vietnam Tuduh Isteri Cemburu

Sejak semalam tular di media sosial seorang model Vietnam, dikenali sebagai Jade meluahkan rasa kecewa lakonannya dalam muzik video MV Rampas  nyanyian Akim and The Majistret tidak dikeluarkan.

Menurutnya lagi, aksinya terpaksa ditapis kerana isteri kepada vokalis kumpulan tersebut cemburu menonton babak dalam MV berkenaan.

Meskipun tidak menyebut ianya ditujukan kepada siapa, Akim Ahmad yang menyedari status itu ditujukan kepadanya tampil mempertahankan diri serta memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan.

Katanya, pihaknya menapis babak menampilkan wanita itu kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat serta ianya tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan di Asia.

Malah lagu itu adalah tulisan khas untuk arwah ibunya yang telah meninggal dunia pada 5 Mei 2018 dan mengambil keputusan untuk mengubah konsep MV demi menghormati pemergian ibunya. Difahamkan, perkara itu sudah tiga tahun berlalu, namun baru didedahkan oleh kedua belah pihak.

Dalam pada itu, Akim turut meluahkan rasa bengan dengan tindakan model tersebut yang menjejaskan perasaannya lebih-lebih lagi hari ini merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Stacy.

Sumber: Rotikaya



from Sehinggit Media https://ift.tt/3pWDwRi
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YOWaPe
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

WHO Dakwa Tiada Bukti Virus COVID-19 Berasal Dari Wuhan

BEIJING, 5 Feb (Bernama) — Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai Institut Virologi Wuhan (WIV) dikatakan sebagai tempat asal usul virus COVID-19.

Sebaliknya, pasukan tersebut yakin dengan tahap keselamatan di kawasan itu dan memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Pasukan pakar WHO berada di China bagi menyiasat asal-usul pandemik COVID-19  dan telah melawat  WIV serta makmal institut tersebut di Wuhan, wilayah Hubei pada 3 Febuari (Rabu).

Pakar epidemiologi Institut Pasteur St. Petersburg Rusia, Dr. Vladmir Dedkov mendapati makmal berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan berpiawaian tinggi dan sangsi bagaimana virus boleh disebarkan dari kawasan tersebut.

Seorang lagi pakar, Peter Daszak, yang telah mengumpul pelbagai maklumat mengenai makmal itu mengesahkan banyak pencapaian sains dan penyelidikan berjaya dihasilkan di makmal tersebut.

Mengulas mengenai Pasar Basah Huanan pula, Dr. Vladmir Dedkov mengesahkan tiada bukti menunjukkan penularan wabak berpunca daripada pasar itu.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada  hari yang sama turut memaklumkan bahawa perbincangan antara pasukan pakar WHO dengan petugas China telah membuahkan hasil.

Tambah Wang, kerja-kerja menyiasat oleh pakar-pakar tersebut ke kawasan hospital, pasar dan  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Wuhan serta tempat-tempat lain berjalan lancar.

Tegasnya, China akan meneruskan kerjasama dengan WHO secara terbuka, telus dan bertanggungjawab.

Sumber: BERNAMA



from Sehinggit Media https://ift.tt/3jjkmCw
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cNdYCn
via MerahHatiCintaku.blogspot.com