Sejak semalam tular di media sosial seorang model Vietnam, dikenali sebagai Jade meluahkan rasa kecewa lakonannya dalam muzik video MV Rampas nyanyian Akim and The Majistret tidak dikeluarkan.
Menurutnya lagi, aksinya terpaksa ditapis kerana isteri kepada vokalis kumpulan tersebut cemburu menonton babak dalam MV berkenaan.
Meskipun tidak menyebut ianya ditujukan kepada siapa, Akim Ahmad yang menyedari status itu ditujukan kepadanya tampil mempertahankan diri serta memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan.
Katanya, pihaknya menapis babak menampilkan wanita itu kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat serta ianya tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan di Asia.
Malah lagu itu adalah tulisan khas untuk arwah ibunya yang telah meninggal dunia pada 5 Mei 2018 dan mengambil keputusan untuk mengubah konsep MV demi menghormati pemergian ibunya. Difahamkan, perkara itu sudah tiga tahun berlalu, namun baru didedahkan oleh kedua belah pihak.
Dalam pada itu, Akim turut meluahkan rasa bengan dengan tindakan model tersebut yang menjejaskan perasaannya lebih-lebih lagi hari ini merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Stacy.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/3pWDwRi
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YOWaPe
via MerahHatiCintaku.blogspot.com