Tuesday, 15 November 2016

4 Ekor Ular Tedung Lindungi Bayi Yang Sedang Tidur


Rakaman visual yang menunjukkan empat ekor ular tedung selar berada di sisi seorang bayi menjadi viral di media sosial. Ia menunjukkan empat ekor ular tedung selar mengelilingi dan beraksi seolah-olah seperti pengawal kepada seorang bayi yang sedang tidur.

Dalam video yang berdurasi 36 saat, keempat-empat ekor ular itu dilihat mengembangkan kepalanya tetapi tidak mematuk bayi berkenaan. Bayi yang sedang tidur itu kelihatan tidak sedar bahawa dia sedang dikelilingi oleh empat ekor ular.

Menurut laporan The Mirror, rakaman video itu tidak menunjukkan sebarang klu lokasi kejadian dan sehingga kini masih tidak diketahui.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gflHN0
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fXBzRU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com