TEKNAF: Kisah Hibba dan adiknya dirogol bergilir-gilir secara beramai-ramai hampir sama dengan pengalaman yang diceritakan oleh ribuan pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh untuk mengelak kekejaman tentera Myanmar.
“Mereka mengikat kami di katil dan merogol kami secara bergilir-gilir,” kata Habiba yang kini berlindung dengan sebuah keluarga pelarian Rohingya, beberapa kilometer dari sempadan Bangladesh-Myanmar.
“Kami hampir kebuluran di sini. Tetapi sekurang-kurangnya tidak ada orang yang datang untuk membunuh atau menyeksa kami,” kata abangnya, Hasil Ullah.
Habiba dan adiknya, Samira, 18, berkata, mereka dirogol di kediaman mereka di Kampung Udang oleh askar Myanmar yang kemudiannya membakar rumah berkenaan.
“Mereka membakar kebanyakan rumah, membunuh beberapa orang, termasuk bapa kami dan merogol gadis muda,” kata Habiba yang bersetuju menggunakan nama sebenarnya dalam wawancara itu yang disiarkan oleh portal Times Of India.
“Seorang askar memberitahu kami supaya meninggalkan kampung atau mereka akan membunuh kami jika menemui kami sekali lagi. Mereka kemudian membakar keluarga saya,” katanya.
Dakwaan meluas tentang kekejaman tentera Myanmar meningkatkan kebimbangan terhadap rancangan penghapusan etnik Rohignya oleh kerajaan negara itu di Rakhine.
Kekejaman itu memaksa ribuan penduduk Islam Rohingya melarikan diri.
Hashim dan adiknya melarikan diri selepas membawa wang simpanan keluarga berjumlah kira-kira AS$400 (RM1,700) dan berjalan menuju Sungai Naf yang memisahkan selatan Bangladesh dengan negeri Rakhine.
Mereka bersembunyi di kawasan bukit bersama ratusan keluarga Rohingya lain sebelum menemui seorang pemilik bot yang bersedia membawa mereka menyeberang sungai itu.
“Dia mengambil semua wang kami dan meninggalkan kami di sebuah pulau berhampiran sempadan,” kata Hashim. - mStar
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gLlNwe
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gLv8Eu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com