Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat?
Kata pakar ekonomi nilai USD boleh mencecah sehingga RM5. Tidak taulah kebenarnya tapi president baru US, Donald Trump memang secara lantang berkata yang beliau akan mengukuhkan nilai USD. Kalau betul nampaknya Abang kenalah melombong USD setiap hari, kalau sehari dapat USD50 – 100 pun sudah sangat lumayan, kali je 30 hari kemudian kali je RM5. Ok ke ok?
Semenjak Donald Trump terpilih sebagai president US, nilai pasaran saham US terus naik. Mungkinkah komuniti bisnis US mengalu-alukan kali pertama jutawan Amerika menjadi President USA. Kalau mengikut pasaran hadapan, indeks pasaran saham US dijangka akan terus naik lagi. Janji Trump nak jadikan ekonomi Amerika hebat kembali.
Trump tak ambik kisah hal ekonomi dunia. Dia akan keluarkan US dari perjanjian TTPA yang disertai 12 buah negara termasuk Malaysia. Fokus president Trump nak membina US semula jadi gagah. Katanya sekarang US dikuasa orang asing dan duit mengalir keluar walaupun banyak projek yang dilaksanakan.
Pakar ekonomi kata keputusan ini akan membawa kesan negatif kepada ekonomi Asia termasuk Malaysia. Tapi membuka ruang kepada China untuk mengetui ekonomi Asia dan akan menurunkan lagi nilai Yuan dikala nilai USD semakin kuat. Mungkin akan berlaku peperangan ekonomi yang semakin ketara antara US dan China. Trump dari awal menuduh China memanupulasi matawangnya Yuan.
Nampaknya Abang kena tukar strategi bisnis untuk 2017. Less talk more action untuk hasilkan income dalam dollar. Abang akan buat network kecil 5 – 10 orang yang satu pemikiran iaitu RISK TAKER untuk perjuangan ekonomi digital yang lumayan.
Baru-baru ini Abang ada kongsi kadar Ringgit terkini berbanding USD di status Facebook Denaihati. Ada yang PM tanya macam mana nak jana income dalam USD? Ada macam-macam cara untuk jana pendapatan USD secara online yang penting kena menuntut dengan sifu yang pakar. Boleh buat sendiri atau buat berkumpulan. Abang lebih suka buat berkumpulan jadi boleh minimakan modal dengan memaksimakan pendapatan.
Kita nak buat apa? Duduk diam tengok je? Atau buat bodoh.
Kena bertindak ikut kesesuain dengan perubahan yg bakal berlaku. Yang penting mesti BERTINDAK bukan serah pada takdir. Dalam setiap kesusahan mesti ada peluang hebat. Antara peluang yang terhidang buat income dalam dollar.
Start small, start somewhere.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
seminarduitdigital.com
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2g0gHIF
via Denaihati.com