Cerita di bawah hanya sekadar pengalaman seorang bekas pekerja taska yang tidak dinyatakan nama dan tempatnya bagi menjaga sensitiviti semua pihak. Cerita ini juga bukan mahu memburuk-burukkan semua pusat jagaan kanak-kanak namun adalah wajar ibu bapa berhati-hati dan peka dengan perubahan anak-anak agar mentaliti mereka tidak dirosakkan oleh pihak-pihak taska yang tidak bertanggungjawab.
Oleh Wawa
Ketika berusia 18-19 tahun, aku bekerja di sebuah taska ini selepas habis SPM, untuk mencari pengalaman bekerja selepas ditawarkan oleh rakan mak, jadi cikgu taska. Mula-mula,a syik terfikir macam mana nak jaga budak-budak ini, mesti comel saja kan?
Jadi, itulah pertama kali aku duduk berjauhan dengan mak. Taska ini ada menyediakan bilik, tempat tinggal untuk cikgu di situ. Di hari pertama, budak-budak pun datang. Dalam taska itu ada empat cikgu termasuk aku.
Pagi jam 6 pagi, budak-budak datang. Cikgu A pasang surah sampailah kesemua budak-budak (lebih kurang 40-50) dah datang, kemudian beratur. Mereka semua tengok aku sebab aku cikgu baru. Selepas habis beratur masuk ke dalam. Yang umur empat dan enam tahun belajar di atas. Yang berumur lima tahun di bawah sebab mereka ramai.
Masa ini, ramai budak-budak suka duduk di sebelah aku, diorang kata cikgu baik. Masa pun berlalu sehinggalah waktu makan. Masa makan ini, semua duduk dalam bulatan dan ada pinggan dan sudu. Oh ya, cikgu dilarang sama sekali makan makanan budak. Pelik kan? Nanti aku cerita.
Selepas selesai makan, aku kena sapu semua makanan yang bersepah dan mop satu hall sementara budak-budak duduk di tangga. Semua bersusun sampai atas dan Cikgu B guide di atas. Dan di masa inilah bermula di mana ada seorang budak, Aiman, tengah main acah-acah spiderman. Aku tengok saja sambil mop lantai.
Tiba-tiba Cikgu C ambil rotan, aku sangka dia nak gertak saja. Sekali dilibasnya pada badan budak itu. Tersentak budak itu sampai melompat. Kemudian Cikgu A datang sambil menjerit kuat-kuat.
Apa yang bising-bising ni? Saya dah suruh duduk diam kan? Kenapa tak faham bahasa sangat?
Budak-budak itu duduk macam takut sangat. Budak yang kena pukul itu tak berhenti menangis sebab dia kena rotan banyak kali di bahagian kaki. Kemudian Cikgu C tolak dan tampar kepala dia. Budak itu masih tak nak diam. Apa ke bongok, pujuklah budak itu kalau dah menangis begitu kan?
Yang paling aku sedih bila dia rentap budak yang menangis itu masuk ke bilik bawah. Budak itu menjerit tak nak berulang kali. Allahu,
"Tak apalah, biar saya pujuk dia," kata saya pada Cikgu A.
"Eh? Tak payahlah nak tunjuk-tunjuk baik depan budak-budak ini," katanya.
Aku macam, "Oh? Eh?" Sebab kan aku baru dan paling muda, aku diamkan diri. Dalam pada itu, aku masih mendengar tangisan seorang budak lima tahun dalam bilik. Ya Allah, apalah yang dia buat pada budak itu?
Kemudian Cikgu C keluar dari bilik dan pantau budak di tangga. Aiman masih lagi menangis di dalam bilik.
"Siapa main lagi, kena macam Aiman. Faham tak?" kata Cikgu A.
Semua budak-budak itu mengangguk kepala dan cakap "Faham".
Selepas lantai sudah kering, budak-budak bawa tilam dari atas turun ke bawah, sekali dengan bantal dan selimut. Dengan arahan Cikgu A, semua susun tilam dan mereka pun tidur pada jam 12 tengah hari. Automatik semua tidur. Pelik kan?
Aiman masih berada di dalam bilik tetapi tiada lagi tangisan kedengaran. Aku nak pergi jenguk Aiman tetapi Cikgu A berada di situ. Aku ambil peluang untuk mengintai Aiman. Aku nak usap bahagian kakinya yang kena pukul itu. Bila buka pintu, Aiman tengah tidur tersedu-sedu di depan pintu. Kasihan dia.
Jam tiga petang, semua naik atas bergilir-gilir ambil wudhuk dan sembahyang zohor dan tunggu azan asar. Masa ini memang best tengok budak-budak kecil solat. Tetapi yang paling membuatkan aku sakit hati bila budak gerak sikit, Cikgu C datang dan pukul budak-budak itu. Alahai, gerak sikit saja pun.
Jadi itulah pengalaman di hari pertama di taska itu. Kemudian bersambung pada hari seterusnya.
Semasa Cikgu A memasak, aku terlalu di bahagian dapur dan ternampak dia tuang sesuatu dalam botol putih yang aku sangka perencah atau sewaktu dengannya. Jadi aku buat tak tahu saja. Aku pergi tandas dan keluar. Cuba teka apa yang aku nampak?
UBAT BATUK
Ya, Cikgu A letak ubat batuk dalam masakan budak-budak. Aku macam, Oh my gosh, patutlah budak-budak itu tidur on time. Patutlah cikgu dilarang makan makanan budak. Sekarang aku dah tahu. Betapa kurang ajarnya mereka.
Sedang aku membebel-bebel di dalam hati, tiba-tiba Cikgu B turun tangga sambil memegang tangan seorang budak lelaki enam tahun. Dia tunjuk depan budak lima tahun,
"Ini Aryan. Aryan ini bodoh, sebut R pun tak reti," katanya.
Ya Allah, nak menangis saya tengok anak kecil itu dimalukan di depan budak-budak lain. Aryan menangis sebab Cikgu B marah pada budak-budak dengan begitu lantang sekali.
Tingkap di taska ini jenis yang tarik tutup itu. Jadi, tak dengar pun kau nak jerit sekuat mana. Kemudian dia tarik Aryan masuk ke bilik bawah itu. Bilik bawah itu sebenarnya pejabat pemilik taska tetapi pemiliknya tiada, jadi mereka gunakanlah. Aku tak tahu dia buat apa pada Aryan, aku hanya mampu duduk macam bodoh sahaja.
Taska ini tak ada CCTV, jadi aku tak boleh nak buat apa-apa sebab tiada bukti. Masa ini aku guna smartphone Samsung Corby sahaja. Nak rakam, asyik full memory. Lagipun Cikgu A tak bagi aku pegang telefon, etika kerja katanya.
Banyak lagi yang aku nampak di mana cikgu-cikgu ini suka pukul kepala, cakap budak-budak ini bodoh, pulaukan, sampai aku rasa aku kejam sangat sebab biarkan kejadian itu berlaku. Aku pernah pujuk budak-budak tetapi aku kena marah dengan semua cikgu yang lain. Aku nak sangat pemilik taska datang tengok apa yang kakitangannya buat pada budak-budak ini. Malangnya, pemiliknya pun sama, 2 x 5. Sudahlah kawan mak aku, haish! Tak berani aku nak komen apa-apa.
Tetapi aku harap, make sure kalau anak kita cerita apa yang terjadi, tolonglah percaya pada mereka. Kemudian bila mereka dah balik rumah, tolong berikan perhatian pada mereka. Jangan leka dengan Facebook etc. Tahu tak apa yang mereka telah lalui separuh hari di taska? Penderaan mental. Percayalah.
Seperkara lagi, kalau pagi-pagi anak datang sambil menangis, cikgu-cikgu ini akan aim budak itu dan akan perli budak-budak ini.
"Oh, nangis ye dapan mak kau? Alahai manja sangat. Kau mengadu ye kat mak kau? So kau ingat mak kau boleh buat apa? Ha bodoh!" kata cikgu taska sambil tunjal kepala budak itu.
Budak yang menangis ini memang cikgu-cikgu ini akan beri layanan yang sangat dahsyat seperti tak bagi makan, minum dan banyak lagi. Malas nak cerita sebab sedih bila teringat kembali.
Umur aku pun dah 25 tahun, ada dua anak masing-masing berumur 3 tahun dan 1 tahun. Dah empat kali tukar pengasuh sebab aku boleh agak dari ekspresi muka anak pertama. Masa itu dia tak reti cakap lagi tetapi aku dapat tangkap perubahan dia menjadi pendiam dan suka pandang sambil buat muka takut. - Wawa, IIUM Confessions
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2geIuHZ
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g0Zq1W
via MerahHatiCintaku.blogspot.com