Wednesday 2 November 2016

7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

animasi Upin dan Ipin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kita semua. Majoriti anak-anak pada zaman sekarang mahupun ibu bapa mengetahui siapa itu Upin dan Ipin.

Bermula dengan 10 tahun yang lalu, Upin Ipin kini telah melebarkan sayapnya dengan permintaan ke pelbagai negara di seluruh dunia sehinggakan proses alih suara berlaku. Sebelum ini, filem ‘Geng Pengembaraan Bermula’ ditayangkan pada tahun 2009 dan untuk 2016 pula , Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bakal ke pawagam pada 24 November 2016.

Filem ini turut disokong oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet  gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini.

malam-gala-upin-ipin-jeng-jeng-jeng

Perasmian Malam Gala oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.  Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

promosi-upin-ipin-jeng-jeng-jeng

Di sebalik tabir pembikinan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

  1. Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
  2. Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
  3. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.
  4. Dato’ Aliff Syukri yang juga meneraju syarikat D’Herbs Holdings, mengeluarkan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak.
  5. Muzik video lagu rasmi adalah “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri).
  6. Proses penggambaran semula pernah dilakukan kerana filem ini mempunyai kriteria dan piawainya tersendiri.
  7. Teaser selepas kredit tayangan filem adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Anda mesti lihat!
yubi-band

Yubi Band yang membawa lagu rasmi Jeng Jeng Jeng

Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit

Terbitan Bersama :
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. KRU Studios,

puteri-balkish-upin-ipin-jeng-jeng-jeng

Balqis hanya impikan keluarga bahagia

remy-ishak-upin-ipin-jeng-jeng-jeng

Aksi Awie dan Bo yang terkejut apabila melihat Balqis yang bermain dengan Upin Ipin

Review Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Lakonan adik Balqis yang membawa emosi selama beberapa ketika di dalam beberapa babak. Penghayatan watak yang mementingkan kasih sayang di antara insan-insan yang membesar tanpa ibubapa. Sara Ali bijak membawa emosi anak-anak kecil yang mulanya riang dan kemudian sedih dan marah.

Suntikan elemen kelakar dari Awie, Remy Ishak dan David Teo cukup menjadi dan ia tidak begitu berat untuk ditonton. Pelbagai perasaan timbul hasil dari semua pelakon apabila menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini dengan mengharapkan sesuatu kejayaan dan kemanisan. Ianya wujud apabila impian menjadi kenyataan dan semuanya tersenyum dan riang di akhir filem.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan pada 24 November 2016. Bawa anak-anak, cucu-cucu dan seluruh keluarga untuk bersama-sama menonton filem animasi dan lakonan yang ditunggu-tunggu pada cuti sekolah nanti

from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2efiFD3
via Denaihati.com