Sinar Harian hari ini melaporkan peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.
Menurut laporan, Tien Hua berkata pihaknya sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.
“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.
“Kami juga memohon semua pihak menghormati privasi baginda,” katanya melalui firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura,” dalam satu kenyataan.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Rihana, telah diceraikan talak tiga berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang didaftarkan pada 1 Julai lalu dan sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, pagi tadi menerusi sebuah portal, Rihana mendakwa beliau masih isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan memberitahu beliau tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan.
Sumber: Sinar Harian via Rotikaya.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2SwecSq
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Y18hWj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com