Pernah mengakui mengalami depresi akibat putus cinta sebelum ini, posting terbaru Elizabeth Tan mencuri perhatian ramai apabila beliau seolah meluahkan rasa marah terhadap golongan lelaki yang penipu.
Menerusi perkongsian di Twitter itu, ramai menganggap ianya berkaitan dengan hidup peribadi penyanyi itu yang mungkin sedang kecewa ditipu sang kekasih. Namun Elizabeth menafikan perkara itu.
“Apa yang saya muat naik itu tidak ada kena mengena dengan diri sendiri pun. Perkara itu berlaku kepada kawan saya. Saya sekadar tumpang meluahkan perasaan marah dengan apa yang berlaku kepada rakan berkenaan,” katanya.
All guys are the fking same. Hopeless cheaters.— Elizabeth Tan (@elizabethtsm) July 13, 2019
Menurut Elizabeth luahan itu sekadar melepas geram terhadap apa yang terjadi kepada rakannya. Malah jelasnya, sindiran itu tiada kena mengena sekali dengan kehidupan mahupun pengalaman sendiri.
Gara-gara luahan itu, ramai menulis kata-kata semangat dan nasihat buat Elizabeth agar terus kuat melalui dugaan itu. Terdahulu Elizabeth memberitahu beliau terpaksa berjumpa pakar bagi merawat depresi yang dialami.
Sumber: Rotikaya.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2O7o7zi
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JGIkr9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com