Wednesday 3 July 2019

Ramai Merungut, Facebook, Instagram Dan Whatsapp Mengalami Gangguan Teknikal Lagi..


Kenapa tiga aplikasi utama sosial media tidak dapat memuatnaik gambar atau video? Pasti ada yang tidak berpuas hati kan, ini sebabnya. Pasti ada yang ingat masalah ini adalah sistem Wifi atau masalah pada data telefon. Sabar!

Umum mengetahui, facebook, Instagram dan Whatsapp dijalankan dalam satu syarikat yang sama. Ketiga-tiga sosial media ini didakwa mengalami masalah sejak petang tadi.

Ini menyebabkan pengguna tidak dapat memuatnaikkan sebarang gambar dan video mahupun status di laman sosial media.


Menurut Glasgow, hal ini sudah terjadi sejak petang tadi di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Namun, masalah in sudah berlarutan di selurh negara termasuklah di Malaysia.

Semakan di laman Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 laporan, manakala Facebook 483 laporan dan WhatsApp 254 laporan yang meningkat dari semasa ke semasa.

Difahamkan, masalah gangguan teknikal ini berlaku di seluruh dunia dan sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pengendali tiga laman sosial berkenaan.

Sumber: Glasgow.uk via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2RP1iP0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LvUvIV
via MerahHatiCintaku.blogspot.com