Salah satu cara untuk meraih rezeki adalah dengan melakukan solat sunat Duha. Ia merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi, iaitu selepas terbitnya fajar dan boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau sehingga 12 rakaat.
Perkataan Duha sendiri membawa maksud sinar matahari di pagi hari yang disebut dalam surah As-Syams dan juga diertikan sebagai siang yang terang dalam surah An-Naziat.
Waktu Duha adalah waktu yang sangat penting dan mempunyai banyak kelebihan terutamanya dalam membuka peluang untuk bermunajat kepada Allah SWT.
Ulama menyebut, ibadah solat Duha ini seharusnya diamalkan sentiasa untuk membuatkan hati kita sentiasa dekat dengan Allah, dan bukan sekadar menjemput rezeki sahaja.
Ada sebuah doa yang telah dikongsikan dan pernah diamalkan untuk dibaca selepas menunaikan solat sunat Duha, iaitu;
اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu waktu DuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Duha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu. Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaKu yang soleh.” (Musnad Ahmad, 4/311)
Doa ini ada disebutkan oleh As-Syarwani dalam kitab Syarhul Minhaj (7:293) dan Abu Bakar ad-Dimyathi dalam i’anatut Thalibin (1:295).
Justeru, doa ini boleh diamalkan selepas melakukan solat sunat Duha atau boleh juga membaca doa sendiri untuk memohon rezeki dan keampunan dari Allah.
Wallahu a’alam.
The post Doa yang boleh dibaca selepas menunaikan solat sunat Duha first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3opCZJd
via Denaihati.com