KUALA LUMPUR – Seorang jemaah umrah Malaysia yang baru tiba di tanah air pada Isnin menyifatkan peranti pengesanan digital yang dipakaikan pada tangannya itu seumpama jam tangan yang tidak boleh ditanggalkan selama lapan hari.
Ketika bercerita mengenai pemakaian peranti itu, petugas agensi di bawah kerajaan Selangor, Jamilah Muhammad Jamil, 48, berkata, peranti yang dipakaikan padanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu kalis air, sekali gus boleh dipakai ketika berwuduk dan mandi.
Menurutnya, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalaninya di KLIA pada Isnin adalah negatif, beliau masih perlu menjalani ujian calitan kedua pada 31 Disember ini sebelum peranti itu boleh dibuka pada hari kelapan iaitu pada 3 Januari.
Jamilah berkata, sebaik tiba di lapangan terbang KLIA, beliau terpaksa menunggu hampir tiga jam bagi menyelesaikan urusan pemakaian peranti berkenaan.
“Selain itu satu lagi peranti kawalan yang berbentuk kotak perlu diletakkan di tengah rumah.
“Peranti berbentuk kotak itu tidak boleh dialihkan kerana didaftarkan dan diset berdasarkan lokasi alamat rumah saya dan kotak itu mampu mengesan dan menghantar amaran jika pemakai peranti digital di tangan keluar dari rumah,” katanya pada Selasa.
– Bernama
The post Peranti pengesanan digital untuk jemaah umrah yang pulang ke Malaysia first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3FHuzDu
via Denaihati.com