Sunday, 1 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah ALLAH pilih kita untuk menjejaki usia di tahun 2017. Tahun 2016 yang penuh dengan warna warni sudah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan. Jangan dikesali seandainya masih banyak azam 2016 yang belum tercapai kerana semua itu adalah pilihan kita sendiri. Berdasarkan kajian oleh Santapan Minda hanya 36% sahaja yang gembira dengan prestasi mereka  pada tahun 2016.

2017 kita rancang dengan lebih baik dan teratur berdasarkan muhasabah diri dan organisasi 2016. Mentor motivasi Abang menasihatkan supaya menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2017 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2017 yang sudah kita catatkan dalam buku tersebut. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi ransangan minda yang sangat berkuasa untuk kita melaksanakan semua azam  yang sudah dimenterai. Nak lagi power kongsikan azam yang telah kita catat dengan yang tersayang supaya kita lebih bersungguh-sungguh.


Insyaa Allah 2017 blog  Denaihati akan terus menjadi wadah berkongsi pengalaman kehidupan dan motivasi bisnis digital kepada pembaca setia. Fokus adalah untuk kurangkan persaingan lebihkan kerja berjemaah. Setiap persaingan pasti ada yang menang dan kalah manakala kerja berjemaah akan menghasilkan kejayaan bersama yang lebih besar.


Kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari hidup jangan buat kerja  sendirian kerana ianya tidak akan membawa anda kemana. 2017 adalah tahun yang lebih mencabar, jadi lebih baik banyakkan kolaborasi dengan rakan-rakan berbagai kemahiran.. Ketepikan semua pengaruh negatif sementara untuk fokus membina kehidupan yang lebih bermakna pada tahun 2017.


SELAMAT TAHUN BARU 2017.

Marilah kita BERUBAH walaupun susah sebelum persekitaran kita mengubah kita dengan paksa dan itu adalah tragedi.

BYE BYE 2016. No Regret.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2imecV2
via Denaihati.com

10 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Julia Ziegler

10 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Julia Ziegler

jz

Pelakon berdarah campur, Julia Ziegler kini telah sah bergelar isteri kepada seorang jurutera mekanikal bernama Johan.

Julia dan juga Johan dikatakan telah berkenalan selama setahun dan akhirnya disatukan pada hari ini.

Pelakon jelita ini kini berumur 32 tahun manakala Johan tua setahun iaitu berumur 33 tahun.

Majlis berlangsung pada jam 11 pagi di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Baru dengan disaksikan keluarga terdekat.

Julia menerima mas kahwin RM80 dan 7 dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Pihak keluarga sebulat suara untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Ini komen Julia:

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan,”

“Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

“Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya,”

Tambah Julia, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.

Tahniah diucapkan kepada Julia dan juga suami. -PENMERAHDOTCOM

cats7

cats9

cats10

cats22

cats24

cats25

cats26

cats27

cats28

cats29

The post 10 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Julia Ziegler appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2iDHNqB
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iT37Yr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Dilahirkan Pada 25 Disember, Lelaki Beragama Islam Ini Bernama “Selamat Hari Natal”

Dilahirkan Pada 25 Disember, Lelaki Beragama Islam Ini Bernama “Selamat Hari Natal”

natal

Seorang lelaki berusia 54 tahun di Indonesia menjadi popular kerana mempunyai nama yang unik.

Beliau yang berasal daripada daerah Malang, bahagian Timur Jawa, menjadi popular setiap kali perayaan Hari Natal.

Dilahirkan pada 25 Disember 1962, nama lelaki ini adalah “Slamet Hari Natal”.

Nama tersebut katanya telah diberikan oleh ibunya, Akas Koyo, yang beragama Kristian.

Menurut Slamet, setiap kali tibanya perayaan Hari Natal, dia akan menjadi tumpuan orang ramai.

Walaupun Slamet beragama Islam, namun namanya sedemikian tidak menjadi kritikan oleh masyarakat sekeliling dan mereka menganggap ia adalah satu perkara normal. -PENMERAHDOTCOM

selamat

The post Dilahirkan Pada 25 Disember, Lelaki Beragama Islam Ini Bernama “Selamat Hari Natal” appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2irDJda
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2irPYXr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

(VIDEO) Suami Merajuk Selama 20 Tahun, Akhirnya Bercakap Dengan Isteri

Suami Merajuk Selama 20 Tahun, Akhirnya Bercakap Dengan Isteri

merajuk
Seorang suami bernama Otou Katayama di Jepun telah merajuk dengan isterinya selama 20 tahun.

Namun, si suami masih tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi, meskipun tidak bercakap.

Cara mereka suami isteri berinteraksi adalah dengan hanya memberikan respon secara mengangguk atau mengomel.

Keadaan pasangan itu didedahkan oleh anak lelakinya, Yoshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar mereka berdua berbual.

Prihatin dengan masalah itu, pihak berkenaan tampil membantu dan mengadakan pertemuan di antara Otou dan Yumi di sebuah taman di mana ia adalah temujanji pertama mereka selepas 20 tahun, sambil disaksikan oleh anak-anaknya.

Otou kemudian menjelaskan dia merajuk dengan Yumi kerana cemburu akan isterinya yang terlalu memberi perhatian dan penjagaan terhadap anak-anak mereka.

Ini luahan suami berkenaan:

“Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat mengambil berat tentang anak-anak.

“Yumi, sehingga kini awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu bahawa saya berterima kasih untuk segala-galanya.”

“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,”

Melihat ibu bapa mereka sudah kembali bercakap, ketiga-tiga anaknya menangis kegembiraan – Penmerahdotcom

Ini videonya:

The post (VIDEO) Suami Merajuk Selama 20 Tahun, Akhirnya Bercakap Dengan Isteri appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hCYMrs
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hGGAjR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wanita Cedera Di Wajah Akibat Diragut

Wanita Cedera Di Wajah Akibat Diragut

gadis-cedera

Seorang wanita berkongsi gambarnya cedera di wajah apabila diragut.

Gambar berkenaan menjadi viral kerana kecederaan yang di alami agak teruk.

Gadis itu telah dirawat di hospital dan menerima 12 jahitan di mukanya.

Dikatakan ketika kejadian, gadis itu berseorangan.

Ini komen mangsa:

gaids-1

Ini gambarnya yang viral:

gaids-2

gaids-4

The post Wanita Cedera Di Wajah Akibat Diragut appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hCOrf2
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hGTIXT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Hi Tea Zarul Umbrella meriah di Awal Tahun Baru 2017

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

masih tidak terlambat untuk Tim Denaihati Network mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 yang jatuh pada hari ahad. Namun, tarikh 1 Januari 2017 juga menjadi sesuatu kenangan yang indah buat ramai orang tidak terkecuali peminat Zarul Umbrella.

Sebelum ini telah diwar-warkan Jemputan majlis Hi Tea bersama Zarul Umbrella yang baru-baru ini memenangi tempat ketiga di Gegar Vaganza 3. Dan ada juga yang tidak menjangkakan Zarul Umbrella letak jawatan sebagai Pramugara MAS.

Majlis Zarul’s Hi Tea Party telah berlangsung di Hotel Royal Kuala Lumpur bersama dengan peminat-peminat yang datang memberikan sokongan.

Peminat Zarul Umbrella datang seawal 12 tengahari dan dimaklumkan ada yang sanggup datang dari Singapura.

Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang terlibat iaitu:

Penaja Utama :  Double Antz Entertainment
Penganjur : Redbeanz Famz Resources
Penganjur Bersama : Media Perintis

Penaja Lokasi : Hotel Royal Kuala Lumpur
Penaja Tatarias : HairKutz Studio
Penaja Door Gift & Candy Buffet : Zety Cookies & Cup Cakes
Tshirt & Mug : Vector Hero Design Lab
Penaja Snek : Burgerbyte
Penaja Snek :  Sambal Bawang Bilis
Blogger Rasmi :  Denaihati Network
Penaja Kek : Bisque
Jurugambar Rasmi : Kromstudio
Penaja Dekorasi & PhotoBooth :  Sonia Sofia Bride Ideas & ED Interior Architecture Sdn Bhd

Majlis Hi Tea Zarul Umbrella bermula dengan pengacara majlis Zahid dan juga Aril Pilus yang kelakar. Cabutan bertuah demi cabutan bertuah dari penaja Cosry dan Burgerbyte.

Kemudian, kehadiran Zarul Umbrella dimeriahkan dengan soalan-soalan yang diajukan daripada peminat dan seterusnya membawakan lagu Jangan Pernah.

Kemeriahan berterusan dengan persembahan lagu ‘killer’ iaitu Ramalanku Benar Belaka.

Peminat-peminat Zarul Umbrella yang menggelarkan mereka Zarulians berpeluang untuk sesi swafoto khas. Dimaklumkan ada peminat dari jauh yang menginap di hotel sekitar Kuala Lumpur untuk menyambut tahun baru baru bersama Zarul Umbrella.

Zarul juga memberikan kejutan kepada peminat-peminat khas yang hadir dengan hadiah payung yang bertandatangan istimewa. Majlis Hi Tea Zarul diakhiri dengan memotong kek bersama peminat.

Jutaan kepada pihak penganjur yang memberikan peluang dan ruang ‘meet and greet’ kepada peminat-peminat Zarul Umbrella. Terima kasih juga untuk jemputan khas kepada tim Denaihati Network. Bagi yang nak dengar lagu-lagu Zarul, boleh terus download aplikasi Raku.

Subscribe http://bit.ly/denaihatiTV untuk channel Youtube Denaihati



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2hGiu8M
via Denaihati.com

Saturday, 31 December 2016

Terpegun Tengok Perubahan Badan Aamir Khan Dalam Dangal? Tengok Watak Anak-anaknya Pula


Sebelum ini viral video perubahan badan pelakon Aamir Khan untuk wataknya dalam filem Dangal. Aamir Khan perlu menggemukkan badannya dan kemudian kuruskan badan hingga dapat six packs untuk filem ini. Kalau ramai dah terpegun lihat video tersebut, korang patut tengok video kat bawah ni. 

Pelakon Fatima Sana Shaikh (Geeta Phogat) dan Sanya Malhotra ( Babita Phogat) memegang watang anak-anak kepada Aamir Khan yang merupakan bekas wrestler. Jadi mereka perlu menjalani latihan tough selama 7-8 bulan. Fuh! - Sehinggit Media



Sumber: ERA fm

from Sehinggit Media News http://ift.tt/2il58zC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hY1qZu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com