Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah ALLAH pilih kita untuk menjejaki usia di tahun 2017. Tahun 2016 yang penuh dengan warna warni sudah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan. Jangan dikesali seandainya masih banyak azam 2016 yang belum tercapai kerana semua itu adalah pilihan kita sendiri. Berdasarkan kajian oleh Santapan Minda hanya 36% sahaja yang gembira dengan prestasi mereka pada tahun 2016.
2017 kita rancang dengan lebih baik dan teratur berdasarkan muhasabah diri dan organisasi 2016. Mentor motivasi Abang menasihatkan supaya menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2017 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2017 yang sudah kita catatkan dalam buku tersebut. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi ransangan minda yang sangat berkuasa untuk kita melaksanakan semua azam yang sudah dimenterai. Nak lagi power kongsikan azam yang telah kita catat dengan yang tersayang supaya kita lebih bersungguh-sungguh.
Insyaa Allah 2017 blog Denaihati akan terus menjadi wadah berkongsi pengalaman kehidupan dan motivasi bisnis digital kepada pembaca setia. Fokus adalah untuk kurangkan persaingan lebihkan kerja berjemaah. Setiap persaingan pasti ada yang menang dan kalah manakala kerja berjemaah akan menghasilkan kejayaan bersama yang lebih besar.
Kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari hidup jangan buat kerja sendirian kerana ianya tidak akan membawa anda kemana. 2017 adalah tahun yang lebih mencabar, jadi lebih baik banyakkan kolaborasi dengan rakan-rakan berbagai kemahiran.. Ketepikan semua pengaruh negatif sementara untuk fokus membina kehidupan yang lebih bermakna pada tahun 2017.
Marilah kita BERUBAH walaupun susah sebelum persekitaran kita mengubah kita dengan paksa dan itu adalah tragedi.
BYE BYE 2016. No Regret.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2imecV2
via Denaihati.com