Suami Merajuk Selama 20 Tahun, Akhirnya Bercakap Dengan Isteri
Seorang suami bernama Otou Katayama di Jepun telah merajuk dengan isterinya selama 20 tahun.
Namun, si suami masih tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi, meskipun tidak bercakap.
Cara mereka suami isteri berinteraksi adalah dengan hanya memberikan respon secara mengangguk atau mengomel.
Keadaan pasangan itu didedahkan oleh anak lelakinya, Yoshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar mereka berdua berbual.
Prihatin dengan masalah itu, pihak berkenaan tampil membantu dan mengadakan pertemuan di antara Otou dan Yumi di sebuah taman di mana ia adalah temujanji pertama mereka selepas 20 tahun, sambil disaksikan oleh anak-anaknya.
Otou kemudian menjelaskan dia merajuk dengan Yumi kerana cemburu akan isterinya yang terlalu memberi perhatian dan penjagaan terhadap anak-anak mereka.
Ini luahan suami berkenaan:
“Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat mengambil berat tentang anak-anak.
“Yumi, sehingga kini awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu bahawa saya berterima kasih untuk segala-galanya.”
“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,”
Melihat ibu bapa mereka sudah kembali bercakap, ketiga-tiga anaknya menangis kegembiraan – Penmerahdotcom
Ini videonya:
The post (VIDEO) Suami Merajuk Selama 20 Tahun, Akhirnya Bercakap Dengan Isteri appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2hCYMrs
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hGGAjR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com