Friday, 30 December 2016

Rasai Perbezaan Pada Tubuh Badan Dengan Menekan Titik Di Dahi Selama 45 Saat


Anda sering berasa sakit di bahagian kepala hingga menjejaskan kerja seharian anda.  Kebiasaannya untuk menghilangkan sakit kepala selalunya ramai yang akan mengambil ubat daripada doktor . Walaupun ianya cepat melegakan sakit kepala, tetapi sakit itu akan datang kembali.

Jadi di sini kami nak kongsi dengan anda semua cara semulajadi untuk mengatasi masalah sakit kepala tanpa perlu mengambil ubatan moden. Caranya anda hanya perlu menekan titik di dahi selama 45 saat setiap hari dan rasakan manfaatnya pada tubuh badan anda.

Dari artikel scoopwhoop.com, titik yang dikenali sebagai energi vital ataupun chi ini mengalir melalui 12 meridian utama dalam tubuh badan yang menghubungkan organ tertentu sehingga menjadikan sistem pengaliran darah di seluruh tubuh badan berjalan dengan sangat lancar.

Manfaat dari teknik ini ialah ketegangan otot   akan berkurang serta  membaiki pengaliran darah dan merangsang zat kimia dalam otak yang dikenali sebagai “endorphine”, iaitu zat yang mampu menghilangkan stress.

Malah teknik ini dapat menjadikan anda berasa tenang, meningkatkan daya ingatan, mengurangi stress, sakit kepala,mata dan juga insomnia.

Menekan titik pada dahi juga dapat memperbaiki keseimbangan spiritual dan emosional. Terapi ini sangat sesuai untuk anda yang  selalu berdepan dengan stress.  

Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ixlC5f
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hwD1JR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Harga Runcit RON95, Diesel Dijangka Meningkat


PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.

"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.

"Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.

Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.

Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.

"Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter," katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.

"Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.

"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi," katanya.

Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

Pada masa sama, di bawah sistem subsidi pukal warga asing yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Setiap hari terutamanya di hujung minggu, katanya, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia turut bocor kepada kenderaan Singapura, selain ia diseludup ke Thailand dan Filipina serta dijual di perairan antarabangsa.

"Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian daripada kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang.

"Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing," katanya. –Bernama


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ikO7nd
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ipi7ki
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Hanya Di Bandar Ini, Kereta Api Akan Melintas Secara Tiba-Tiba

Hanya Di Bandar Ini, Kereta Api Akan Melintas Secara Tiba-Tiba

keretapi
Selalunya, jika ada landasan kereta api, pasti akan ada palang pintu kereta api untuk mengelakkan daripada terjadinya kemalangan antara pengguna dengan kereta api.

Tetapi tidak di sebuah bandar di Azerbaijian.

Cuba korang bayangkan, bagaimana kalau tiba-tiba ada kereta api yang melintas jalan korang tanpa sebarang peringatan atau amaran?

Perkara ini hanya di kota Baku, di Azerbajian, kereta api tiba-tiba muncul di atas jalan raya tanpa ada sebarang amaran kepada pengguna jalanraya tersebut.

Video yang telah dimuat naik oleh Javid Sadradinzadeshow menunjukkan situasi berkenaan.

Kebanyakkan kereta yang menggunakan laluan itu terpaksa memberhentikan kenderaan mereka bagi memberi laluan kepada kereta api.

Memang pelik tapi benar.

Ramai mengatakan perkara ini amat bahaya dan ada mengatakan kisah ini palsu kerana terlalu pelik.

Jom lihat videonya:

The post Hanya Di Bandar Ini, Kereta Api Akan Melintas Secara Tiba-Tiba appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ipadaA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hBZbz8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

9 Foto Isteri Kepada Lan Pet Pet Yang Merupakan Adik Che Ta

9 Foto Isteri Kepada Lan Pet Pet Yang Merupakan Adik Che Ta

ruu

Selebriti popular, Mazlan Pet Pet merupakan pelawak yang popular ketika bersama kumpulan Senario.

Lan telah berkahwin pada tahun 2008 dengan adik kepada Rozita Che Wan.

Isteri Lan Pet Pet ini bernama Ruby Che Wan.

Ruby Che Wan ni memang cantik dan jelita orangnya sama seperti kakaknya Che Ta.

Adik beradik Che Ta memang terkenal dengan kecantikan mereka malah kesemuanya ramping-ramping belaka.

Lan Pet Pet pernah mengaku dia jarang berkongsi kisah keluarganya kerana mengikut nasihat ibunya yang mengatakan tidak perlu terlalu expose kisah peribadi.

Sebab itu kisah keluarganya jarang diceritakan di ruangan akhbar.

Jom lihat gambar terkini Ruby Che Wan:

ruby-3

ruby-4

ruby-5

ruby-8

ruby-9

ruby-11

ruby-13

ruby-16

The post 9 Foto Isteri Kepada Lan Pet Pet Yang Merupakan Adik Che Ta appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ix4AnP
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hTDg2o
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

TERKINI: Permohonan BR1M 2017 Dilanjutkan Sehingga 13 Januari


KUALA LUMPUR: Tempoh pendaftaran baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dilanjutkan sehingga 13 Januari ini, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media hari ini.

Menerusi kenyataan terbabit, Kementerian Kewangan mengingatkan semua penerima layak agar membuat permohonan menerusi laman web http://ift.tt/PIAy0l.

Permohonan tersebut juga boleh dibuat dimana-mana cawangan LHDN secara percuma. - Astro Awani


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iM6WCO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ieFEUk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tragedi Kepala Kemaluan Jatuh Atas Kain Dan Tidak Dapat Disambung Balik..


Kuala Lumpur : Seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.

Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.

Peguam Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar yang mewakili keluarga mangsa, berkata, ketika doktor klinik swasta terbabit menjalankan prosedur berkhatan ke atas mangsa, bapanya, Aliakbar Pakeer Mohamad turut berada di bilik rawatan.

Katanya, selepas bius diberikan, doktor menjalankan prosedur berkhatan menggunakan gunting namun bapa mangsa terkejut apabila nampak kepala kemaluan anaknya terputus dan terjatuh ke atas kain yang diletakkan di badan mangsa.

“€œSemasa prosedur dijalankan, doktor berkenaan cuai terpotong keseluruhan kepala kemaluan dan cuba jahit semula namun tidak berjaya.

“€œKlinik terbabit kemudian meminta bantuan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor namun pusat perubatan itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan sebelum dihantar ke HKL,”€ katanya pada sidang media di HKL, hari ini.

Kejadian berkenaan kali kedua berlaku pada bulan ini selepas pada 20 Disember lalu, budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.

Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya. - Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hBwRNh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ikjD4I
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 29 December 2016

‘Fokus Sekarang Untuk Survival’, Pesan Dato’ Ramly Burger


Hari ini saya berpeluang jumpa Dato’ Ramly Mokni, pengasas Ramly Burger.

Tak ramai orang kenal Dato’ Ramly, kalau selisih di jalan pun memang orang tak akan perasan. Tapi kalau sebut burger Ramly, satu Malaysia kenal.

Saya pun tadi bila berselisih, tak berani juga nak tegur takut salah orang. Sebelum ini saya pernah jumpa beliau sekali sahaja.

Lagipun, beliau hanya pakai t-shirt dan selipar biasa, tak nampak macam orang yang ada syarikat bernilai beratus juta pun. Tetapi Dato’ pula yang cakap, “Aku dah nampak kau tadi, ingatkan taknak tegur aku dah”. Hahaha, selamba je Dato’ bahasakan diri beliau sebagai ‘aku’, memang sempoi.

Banyak nasihat yang Dato’ Ramly bagi pada saya mengenai dunia bisnes. Saya nak kongsikan sedikit supaya kawan-kawan FB saya pun dapat.

Survival

Kata Dato’ Ramly, keadaan ekonomi sekarang ini memang mencabar. Tapi ini perkara biasa dalam bisnes. Berdasarkan pengalaman beliau, setiap 10 tahun sekali, memang ekonomi akan jatuh. Tahun 1987, 1997 dan 2007 adalah zaman kejatuhan ekonomi.

Jadi berkemungkinan tahun 2017 pun akan menjadi tahun yang mencabar bagi ekonomi dan bisnes.

Ketika zaman gawat ini, fokus bisnes bukan lagi untuk membuat keuntungan, tetapi cukup sekadar untuk ‘break-even’ dan bertahan.

Kalau mengikut pengalaman beliau, beliau menjangka keadaan ini akan berlarutan antara 1-3 tahun sebelum ekonomi naik semula. Biasanya orang yang dah lama berniaga akan simpan keuntungan siap-siap untuk menghadapi tempoh gawat ni.

Jadi untuk para rakan-rakan usahawan, kita kena betul-betul bersedia untuk menghadapi saat sukar. Memang betul-betul kena ikat perut. Banyak-banyak bersabar dan berdoa ye.

Tentang menghadapi kegagalan
Saya sempat juga berbual mengenai program SUPERB tempoh hari kerana Dato’ Ramly adalah salah seorang hakim. Pesan beliau mudah sahaja, cuba lagi tahun hadapan.

Bagi beliau, kegagalan dan cabaran adalah perkara biasa bagi usahawan. Bahkan kalau nak dibandingkan kegagalan saya di peringkat akhir SUPERB untuk mendapatkan geran bernilai RM500 ribu, tak boleh dibandingkan dengan kegagalan yang pernah dialami oleh beliau.

Ketika awal-awal beliau mengusahakan Ramly Burger dahulu pada tahun 1980, permohonan beliau untuk mendapatkan pinjaman MARA yang hanya bernilai RM7000 untuk membeli mesin ditolak mentah-mentah hanya kerana ketika itu, MARA tak percaya yang orang Malaysia akan suka makan burger.

Bayangkan kalau beliau patah semangat ketika itu, maka tak merasalah kita semua makan daging burger Ramly hari ini.

Tiada modal

Pesan saya kepada ramai yang beralasan tiada modal dan tiada kedai untuk memulakan bisnes, Dato’ Ramly sendiri hanya mulakan bisnesnya dengan modal sendiri RM2 ribu dari rumah di Flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Dulu beliau buat sendiri daging burger di rumah tanpa gunakan sebarang mesin pun.

Jadi apa salahnya kalau kita sekarang nak mulakan bisnes sendiri di rumah? Tak payah fikir untuk ada kedai dan ofis yang besar dan mewah sebelum tiba masanya. Kalau Dato’ Ramly boleh berjaya, kenapa kita tidak?

Sekarang

Daripada seorang yang mula berniaga dari rumah dan ditolak pinjaman oleh MARA, jualan syarikat beliau kini sudah pun melebihi RM1 bilion sekarang dan dijangka mencapai RM2 bilion pada tahun 2017.

Dan sekarang ini kilang baru Ramly pun hampir siap di Pulau Indah, Selangor yang bernilai RM1 bilion. Memang kagum apabila mendengar kisah beliau.

Kalau nak kira, cabaran yang beliau hadapi setelah hampir 40 tahun berniaga memang banyak, tetapi beliau memang cukup tabah dan tak putus asa. Moga kita semua pun ada semangat seperti beliau.

Cabaran

Antara cabaran besar yang pernah beliau hadapi adalah pada tahun 2011, apabila ada pihak yang memfitnah secara meluas bahawa produk Ramly mengandungi DNA babi.

Habis jatuh merudum jualan syarikat beliau pada tahun itu tapi beliau tetap tak putus asa dan kembali bangkit menjadi lebih hebat.

Banyak benda yang kita boleh belajar daripada kisah Dato’ Ramly ini. Kisah seorang yang bermula dari bawah dengan pelbagai kesukaran, sebelum sampai ke tahap beliau sekarang.

Kepada kawan-kawan yang baru melangkah dalam dunia bisnes, bersabarlah dan jangan sesekali inginkan kejayaan dengan cara mudah.

Setakat ini, SEMUA orang hebat yang saya pernah jumpa, tiada seorang pun berjaya dengan mudah. Semuanya telah hadapi macam-macam cabaran yang sangat dahsyat.

Senang cerita, lagi besar kejayaan yang kita nak, lagi besarlah ujian dan cabaran yang kita akan hadapi!

Sumber: The Vocket


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ie8hBd
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ijLTo3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com