Wednesday, 29 November 2017

Pujuk Berlakon Semula..Penerbit TERKEJUT Syarat Azmil Mustapha Tak Masuk Akal !!!


Shah Alam: Pelakon era 80-an yang kini aktif sebagai penceramah bebas Azmil Mustapha mengakui pernah mendapat tawaran RM10,000 sehari bagi membintangi sebuah drama.

Bagaimanapun, Azmil, 64, menolak tawaran itu disebabkan prinsipnya yang tidak mahu lagi membabitkan diri dalam bidang hiburan.

“Kalau nak tahu sejak dua tahun lalu saya masih medapat tawaran berlakon. Syarikat penerbitan itu sanggup membayar saya RM10,000 sehari semata-mata mahu saya muncul dalam drama mereka.

“Saya menolak dengan cara baik tetapi mereka tetap datang memujuk. Jadi saya pun menetapkan satu syarat iaitu bayaran sebanyak RM100,000 sehari.


“Mendengarkan syarat itu, mereka terus menolak. Bukan saya nak mempermainkan mereka, tetapi itu saja cara berhemah yang boleh membuatkan mereka berhenti memujuk saya,” katanya.

Azmil berkata, dia tidak pernah berasa rindu terhadap bidang lakonan yang pernah mempopularkan namanya satu ketika dulu antaranya filem Mekanik dan Ali Setan.

“Kali terakhir saya berlakon adalah dalam filem Puteri Gunung Ledang pada 2004. Saya menerima tawaran itu pun selepas penerbit dan pelakonnya, Tiara Jacquelina bersetuju dengan 10 syarat yang ditetapkan.

“Saya terima tawaran itu kerana Tiara adalah kenalan lama saya dan pada masa sama Datuk M Nasir turut berlakon di mana saya memang meminatinya. Selepas itu hinggalah sekarang saya terus berhenti berlakon.

Bagaimanapun, jika ada tawaran membabitkan penerbitan dokumentari Islamik, dia bersedia untuk terbabit sama.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2Bzaq1q
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AmkOtr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Kenapa Orang Tekan Button Unlike Kat Youtube Lirik Video Saya??' - Aliff Syukri Kesal Video Lagunya Dapat 25,000+ Unlike


Dua jam yang lalu, jutawan kosmetik Dato' Aliff Syukri memuat naik gambar official lyric video bagi lagunya berjudul 'Abang Nak Tegur' di Instagram dengan kapsyen yang sedih dan kecewa kerana jumlah unlike lebih banyak dari like. 

"Abang nak tegur?? Kenapa orang tekan button unlike kat YouTube lirik vedio saya??" tulisnya. 


Berdasarkan gambar, video tersebut hanya mendapat 5,000 like berbanding unlike sebanyak 25,000 sejak video itu dimuat naik pada 23 November lalu. 

"WAH! Ini satu kegagalan yang besar dalam planet industri muzik!" - kata netizen

Persoalan Aliff itu dilihat seperti membuka ruang bagi netizen memberi pandangan mengenai video tersebut. Lebih dari 2,000 komen yang ditinggalkan di ruangan komen yang rata-ratanya berpendapat bahawa lirik lagu itu tidak menarik, meskipun muziknya agak rancak. 

Bukan itu saja, ada segelintir netizen menyatakan suara Sajat tidak diperlukan dalam lagu tersebut.



Dalam update terkini, Aliff sedang berbincang dengan Yusry KRU mengenai konsep video klip lagunya itu dan sekali lagi meminta pendapat netizen. Rata-rata meminta Aliff menggantikan Sajat dengan isterinya sendiri agar video klip tampak lebih menarik.

Sementara itu, netizen lebih terhibur dengan video parodi yang dinyanyi oleh Bell Ngasri dan Jihan Muse. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2Aqys1f
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BxTY1B
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tiada Bukti Tuhan Wujud — Boo Su-Lyn Bidas Dato’ Asyraf


Petaling Jaya: Tuhan tidak wujud dan tiada langsung bukti yang menunjukkan kewujudan tuhan-tuhan, kempen Boo Su-Lyn, penolong editor Malay Mail Online.

Penulis akhbar online yang dimiliki oleh Redberry Group, anak syarikat Ancom Bhd itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam sebuah video bagi membidas jawapan Timbalan Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada kebimbangan Dr Siti Mariah Mahmud mengenai kumpulan Melayu murtad melampau Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur yang telah kerap kali menghina rakyat Malaysia yang beragama, khasnya umat Islam.


Tulang belakang Himpunan Anti-RUU 355 itu berkata, “Saya ada berita untuk kamu kawan, Tuhan tidak wujud. Deal with it. Tiada seorang manusia pun di Bumi ini yang mempunyai sebarang bukti mengenai kewujudan satu tuhan atau tuhan-tuhan.”

“Dan untuk memaksa kami mempercayai kepada sesuatu yang tidak wujud adalah mengarut! Adakah kamu mahu saya menyertai Gereja Raksasa Spaghetti terbang? Atau perlukan saya percaya kepada agama Jedi?”


Boo Su-Lyn sebelum ini juga pernah mendesak supaya jabatan-jabatan agama dan sistem perundangan Syariah di Malaysia dihapuskan di samping menggesa agar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada orang Islam dihapuskan.

Boo Su-Lyn juga mendakwa betapa teruknya penindasan yang kononnya dilakukan oleh golongan beragama terhadap rakyat Malaysia, termasuklah halangan untuk melakukan seks dengan sesiapa yang mereka hendaki.

Beliau berkata, “Dan di Malaysia ini tentu bukan kami yang ke hulu ke hilir menentukan bagi orang ramai bagaimana untuk berpakaian, bagaimana untuk makan, siapa yang mereka boleh buat hubungan seks dan siapa yang tak boleh.”

“Atau jika tidak mereka semua akan dihumban ke neraka,” kata penulis yang mendesak agar polisi yang membantu golongan Bumiputera dihapuskan ini lagi.

Sumber: Menara.my


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AoKXuc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ipbh0f
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Panas! Satu Malaysia Kena Tipu Dengan Nabila Razali


Masih ingat dengan khabar berita yang Nabila Razali sedang bercinta dengan pelakon Aedy Ashraf? Beberapa hari lalu, Nabila telah mengejutkan ramai pihak bahawa hubungan beliau dengan pelakon itu sudah tiada apa – apa dan Nabila dilihat turut mengalirkan airmata kesedihan melalui sebuah video yang dimuatnaiknya di Instagram.


Hanya Gimik Video Rasmi Lagu Pematah Hati


Hari ini, Nabila sekali lagi mengejutkan ramai pihak kerana beliau secara rasminya memberitahu segala kisah percintaan dan putus di tengah jalan dengan Aedy adalah sebahagian dari rancangan produksi dalam video klip lagu terbarunya, Pematah Hati. Malah segala gambar mesra mereka berdua juga adalah sedutan dari video klip lagu itu.


Hanya Sebulan Bercinta “Alhamdulillah.. Finally i been holding this for TOO LONG. Go check out official music video of #PematahHati on YouTube now guys! Link at bio! Thank you so much @aedyxashraf for being part of this. I adore your talent. 

And thank you to @storytellrs & @17elevenmusic too!” Penjelasan tersebut telah dimuatnaik Nabila di Instagram nya. Sebelum ini ramai yang bersimpati dengan Nabila yang kononnya telah putus cinta dengan Aedy walaupun hanya sebulan baru bercinta.


Anda terkena? Kami dapat rasakan satu Malaysia terkena dengan lakonan mereka! Tahniah buat Nabila atas pelancaran video klip tersebut!

Sumber: https://www.hangat.com/


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kasRFM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Anwlem
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Dia Beli Nasi Putih Setiap Hari Sambil Menangis Di Kantin Ini. 20 Tahun Kemudian “SESUATU” Terjadi


Seorang pelajar setiap hari akan beli nasi putih dari kantin ni sambil menangis. 20 tahun kemudian, ketika pemilik kantin resah kerana gerai akan diroboh, “sesuatu” di luar jangkaan berlaku. Siapa sangka…..

NAK BELI NASI PUTIH SAHAJA

“Pakcik, saya mahu beli sebungkus nasi putih.” Datang satu suara entah dari mana ketika sibuk masak di dapur. Selepas mencari akhirnya ternyata suara ini milik seorang pelajar yang kelihatan agak lapar.


Suami isteri yang mempunyai kantin ini hairan, tapi tetap memberikan apa yang diminta.

MINTA TAMBAHAN KUAH SAHAJA

Pemilik kantin kemudian mengisi pinggan dengan nasi putih dan memberikannya kepada pelajar tu yang memintanya. Pada masa hendak buat bayaran, pelajar tu kemudian bertanya, “Maaf, boleh tak saya minta sedikit kuah. Kuah sahaja?”

Si suami pemilik kantin itu kemudian menjawab, “Boleh, tak apa-apa! Percuma sahaja buat kamu!”

Setelah makan, pelajar tersebut seperti teringat yang kuah sayurnya percuma, dia kemudian meminta nasi putih lagi.

Pengusaha kantin tu kemudian bertanya, “Wah lapar ya? Saya bagi kamu lebih banyak lagi. Jangan risau.”

“Tidak lah pakcik, saya nak bungkus nasi putih sahaja dan mahu saya bawa pulang, biar jadi bekal masa saya pergi ke kuliah besok.” Katanya.


BAGI SEDEKAH LAUK EXTRA

Pakcik tu pun kemudian berfikir, “Hmm … Mungkin anak ini ada masalah wang, atau keluarganya ada masalah ekonomi jadi dia cuma minta nasi putih.”

Dia kemudian memberikan sedikit daging cincang dan sebutir telur yang disembunyikan di bawah nasi putih. Dia kemudian membungkus semuanya dan memberikannya pada pelajar tersebut.

Isteri pakcik kantin yang melihat hal ini bertanya, “Bang, saya nampak kamu mau bantu pelajar itu, kasihan juga dia cuma makan nasi putih, tapi kenapa perlu kamu sembunyikan lauknya?”

Pakcik kantin menjawab, “Sayang, dia itu pasti anak baik. Dia tidak mengemis, malahan tak minta lebih dan kuahnya pun cuma minta sedikit walaupun secara percuma. Kalau dia nampak kita kasihan kat dia bagi lauk lebih masa dia buka kotaknya, dia pasti jadi tidak sedap hati dan nanti tak berani datang ke sini lagi. Lagi pun dia itu masih belajar, kalau cuma makan nasi, nanti tak ada tenaga buat studi pelajaran.”

“Abang ni memang baik sangat. Suka bantu orang yang dalam kesusahan.”

MENANGIS TIAP KALI BALIK DARI KANTIN

Balik dari kantin tersebut, ternyata pelajar tu tahu apa yang terjadi, tapi dia hanya diam, juga demi menjaga niat baik pakcik kantin yang sudah diberikan.

Dia kemudian menangis di jalan, tanpa terlihat oleh pemilik kantin tersebut. Sejak hari itu, pelajar tersebut hampir setiap hari datang dan menempah nasi putih yang sama.


Tentu saja untuk bungkusan nasi yang dibawa pulang, selalu ada “rahsia” di sebalik timbunan nasi putih yang hangat itu. Hal ini terus berlangsung sampai pelajar tersebut lulus. Sejak graduasi dari universiti, suami isteri pemilik kantin itu tidak pernah lagi melihat susuk tubuhnya selama 20 tahun.

“SESUATU” BERLAKU SELEPAS 20 TAHUN

20 tahun kemudian, kantin ini mendapat amaran dari pihak berkuasa tanah mereka akan diambil dan mereka tidak lagi boleh berniaga lagi.

Pasangan yang sudah cukup tua ini sedih bukan main karana dengan usia mereka yang seperti itu, mereka tidak lagi boleh mencari pekerjaan lain apapun.

Tapi tidak lama kemudian, datanglah seorang lelaki dengan sut mewah masuk ke dalam kantin dan bercakap dengan pemilik kantin.

“Maaf, apakah anda pemilik kantin ini? Pengarah pejabat kami ingin bertemu dengan anda, dan meminta anda untuk bekerja di kantin pejabat kami. Soal peralatan dan bahan mentah yang diperlukan setiap hari, anda tidak perlu bimbang. Pejabat kami akan membayar semuanya dan anda hanya perlu memasak bagi kami. Di samping itu, semua keuntungan yang anda dapatkan dari jualan semuanya adalah milik anda.”

Mendengar berita ini, pemilik kantin terkejut dan bertanya, “Maaf, kalau boleh tahu, siapa pengarah anda? Kenapa orang seperti anda baik sekali pada kami?”

“Pengarah kami berkata anda berdua adalah penyelamat hidupnya. Dia sangat suka daging cincang dan telur yang kalian masak. Kalau anda berdua tidak keberatan, datanglah ke pejabat kami besok pagi untuk bertemu dengan beliau.”

Ternyata pengarah yang baik hati itu adalah pelajar mahasiswa yang sudah lulus 20 tahun lalu itu. Selama 20 tahun, dia berusaha keras dan berjaya menjadi seorang pengarah daripada syarikat yang sangat besar. Kalau bukan kerana pasangan yang menolongnya, dia mungkin tidak dapat hidup sampai hari ini.

Ketika mereka bertemu dan selesai berbincang-bincang, anak muda itu kemudian membongkok dan berkata, “Pakcik, terima kasih ya. Budi pakcik makcik sampai mati saya tak lupa.”

BUDI BAIK DIBALAS BAIK

Setiap perbuatan baik pasti akan berbuahkan hal yang baik. Kita belajar dari pakcik pemilik kantin, kalau mau berbuat baik, berbuatlah baik dengan tulus dan ikhlas.

Kita juga belajar dari si pelajar tadi, jangan pernah lupakan kebaikan orang lain, walaupun masa sudah berlalu bertahun-tahun!

Sumber: http://ift.tt/2tdt9ix


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zPtY4G
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2imJyxg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tak Percaya Pembantu Rumah Jaga Anak? Ini Yang Akim Dan Stacy Lakukan. "Peliknya Kalau Dengan Stacy.." - Akim


Penyanyi Akim Ahmad akui tidak pernah percayakan pembantu rumah atau orang luar untuk menjaga anaknya, Eshaal yang baru berusia 10 bulan.

Akim berkata dia dan isteri, Stacy lebih sanggup bergilir-gilir menjaga anak mereka demi keselamatan.


“Saya memang sukar untuk percayakan pembantu rumah atau orang luar untuk menguruskan anak saya. Kecuali keluarga terdekat. Kami ada pembantu tetapi tugasnya hanya untuk mengemas rumah sahaja. Jadi saya dan Stacy akan bahagikan masa dan jadual untuk bergilir-gilir menjaga anak kami sebab dia dah mula aktif menyanyi.


“Kalau dia kerja, saya akan jaga dan begitu juga sebaliknya. Kami cuma tak percaya orang lain untuk menjaga mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Eshaal, pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella berusia 5 tahun. Pun begitu, Akim terpaksa akui tugasan menjaga bayinya Eshaal agak mencabar jika dia seorang sahaja mengambil alih tugas tersebut.


“Saya tak kisah untuk menguruskan benda lain tetapi paling susah bila hendak tidurkan anak.

“Bila saya yang tidurkan pasti akan ambil masa yang lama.

“Peliknya kalau dengan Stacy senang pula mereka tidur.

“Apa-apa pun seronok dapat meluangkan masa dengan mereka,” katanya lagi.

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ALiO0O
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2j3OpQM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

“Kak Ros Cuma Nak Kasi Dia Semangat Mummy? Mummy, Ada Orang Boleh Kena Tegur Macam Gitu Mummy, Ada Orang Tak Boleh…” – Kak Ros Mengaku Terkejut Ditengking Mas Idayu


Ini antara kata-kata yang popular sejak beberapa minggu lalu ketika mummy Mas Idayu memarahi Baby Shima dalam program D’Academy Asia musim ketiga.

Selain itu, kata-kata seroang lagi juri dari Singapura, Kak Ros turut mencuri tumpuan netizen.

Sehingga ke hari ini, video kejadian tersebut masih lagi tular di media sosial dengan pelbagai parodi telah dibuat.

Untuk itu, Sinar Harian telah berjaya mendapatkan kenyataan daripada Kak Ros atau nama sebenarnya Rosalina Musa.

“Tentang Shima, Mas Idayu sudah membantu beberapa malam sebelum pertandingan hari itu jadi mungkin sebagai ‘mak’ di DAA3 ini untuk peserta Malaysia, dia terlalu kesal dan kecewa dengan persembahan Shima malam itu.


“Saya pula seorang yang senang terasa emotional baik peserta itu bagus atau tidak. Saya memang kasihan tengok Shima dimarahi begitu kerana kami juga ada berbalas message sebelum pertandingan, dan Shima selalu cakap yang dia takut mengecewakan semua.

“Saya selalu baik dengan semua peserta dan akan selalu beri kata-kata semangat dan selalu bilang jangan takut dan beri persembahan sebaik mungkin yang mereka mampu. Jadi tidak salah untuk saya ke depan untuk memeluk Shima cuma mungkin moment itu tak kerana Mas Idayu belum habis marah Shima,” jelasnya.

Tambah Kak Ros lagi, dia ke depan pun kerana dia sendiri sudah menangis dahulu dan diminta oleh comentator yang lain supaya memujuk dan menenangkan Shima.

“Mulanya saya terperanjat juga apabila Mas Idayu tengking saya, jadi saya jawab dengan apa yang saya rasa kerana saya tahu Mas Idayu tu kalau dah marah susah untuk dia control emosinya.

“Tapi sedikit pun saya tidak berkecil hati. Lain orang lain cara dan yang jelas saya dan Mas Idayu tidak ada masalah. Kami baik sahaja walaupun karakter kami berbeza. Kami selalu berbincang dan selalu cuba membantu peserta sebanyak mungkin dengan ikhlas untuk peserta itu,” katanya lagi.

Di Malaysia nama Rosalina Musa masih kurang popular namun sebenarnya dia dan penyanyi-penyanyi dangdut dari Malaysia sudah lama berkawan baik.

“Saya sebenarnya kenal Mas Idayu, Amelina, Sheeda, Iwan dari zaman-zaman hangatnya dangdut dulu, kira-kira 20 tahun yang lalu. Memang dari DAA1 hingga sekarang Mas Idayu memang tegas, garang dan apa yang dia rasakan dia akan cakap sahaja apabila menegur semua peserta, tidak terhad dari Malaysia aje.

“Kalau peserta siap mental dan fizikal, mereka akan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan mereka,” ulas Kak Ros lagi.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zQuTSm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AohIY5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com