Wednesday, 29 November 2017

Panas! Satu Malaysia Kena Tipu Dengan Nabila Razali


Masih ingat dengan khabar berita yang Nabila Razali sedang bercinta dengan pelakon Aedy Ashraf? Beberapa hari lalu, Nabila telah mengejutkan ramai pihak bahawa hubungan beliau dengan pelakon itu sudah tiada apa – apa dan Nabila dilihat turut mengalirkan airmata kesedihan melalui sebuah video yang dimuatnaiknya di Instagram.


Hanya Gimik Video Rasmi Lagu Pematah Hati


Hari ini, Nabila sekali lagi mengejutkan ramai pihak kerana beliau secara rasminya memberitahu segala kisah percintaan dan putus di tengah jalan dengan Aedy adalah sebahagian dari rancangan produksi dalam video klip lagu terbarunya, Pematah Hati. Malah segala gambar mesra mereka berdua juga adalah sedutan dari video klip lagu itu.


Hanya Sebulan Bercinta “Alhamdulillah.. Finally i been holding this for TOO LONG. Go check out official music video of #PematahHati on YouTube now guys! Link at bio! Thank you so much @aedyxashraf for being part of this. I adore your talent. 

And thank you to @storytellrs & @17elevenmusic too!” Penjelasan tersebut telah dimuatnaik Nabila di Instagram nya. Sebelum ini ramai yang bersimpati dengan Nabila yang kononnya telah putus cinta dengan Aedy walaupun hanya sebulan baru bercinta.


Anda terkena? Kami dapat rasakan satu Malaysia terkena dengan lakonan mereka! Tahniah buat Nabila atas pelancaran video klip tersebut!

Sumber: https://www.hangat.com/


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kasRFM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Anwlem
via MerahHatiCintaku.blogspot.com