Wednesday, 29 November 2017

Pujuk Berlakon Semula..Penerbit TERKEJUT Syarat Azmil Mustapha Tak Masuk Akal !!!


Shah Alam: Pelakon era 80-an yang kini aktif sebagai penceramah bebas Azmil Mustapha mengakui pernah mendapat tawaran RM10,000 sehari bagi membintangi sebuah drama.

Bagaimanapun, Azmil, 64, menolak tawaran itu disebabkan prinsipnya yang tidak mahu lagi membabitkan diri dalam bidang hiburan.

“Kalau nak tahu sejak dua tahun lalu saya masih medapat tawaran berlakon. Syarikat penerbitan itu sanggup membayar saya RM10,000 sehari semata-mata mahu saya muncul dalam drama mereka.

“Saya menolak dengan cara baik tetapi mereka tetap datang memujuk. Jadi saya pun menetapkan satu syarat iaitu bayaran sebanyak RM100,000 sehari.


“Mendengarkan syarat itu, mereka terus menolak. Bukan saya nak mempermainkan mereka, tetapi itu saja cara berhemah yang boleh membuatkan mereka berhenti memujuk saya,” katanya.

Azmil berkata, dia tidak pernah berasa rindu terhadap bidang lakonan yang pernah mempopularkan namanya satu ketika dulu antaranya filem Mekanik dan Ali Setan.

“Kali terakhir saya berlakon adalah dalam filem Puteri Gunung Ledang pada 2004. Saya menerima tawaran itu pun selepas penerbit dan pelakonnya, Tiara Jacquelina bersetuju dengan 10 syarat yang ditetapkan.

“Saya terima tawaran itu kerana Tiara adalah kenalan lama saya dan pada masa sama Datuk M Nasir turut berlakon di mana saya memang meminatinya. Selepas itu hinggalah sekarang saya terus berhenti berlakon.

Bagaimanapun, jika ada tawaran membabitkan penerbitan dokumentari Islamik, dia bersedia untuk terbabit sama.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2Bzaq1q
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AmkOtr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com