Wednesday, 29 November 2017

Dia Beli Nasi Putih Setiap Hari Sambil Menangis Di Kantin Ini. 20 Tahun Kemudian “SESUATU” Terjadi


Seorang pelajar setiap hari akan beli nasi putih dari kantin ni sambil menangis. 20 tahun kemudian, ketika pemilik kantin resah kerana gerai akan diroboh, “sesuatu” di luar jangkaan berlaku. Siapa sangka…..

NAK BELI NASI PUTIH SAHAJA

“Pakcik, saya mahu beli sebungkus nasi putih.” Datang satu suara entah dari mana ketika sibuk masak di dapur. Selepas mencari akhirnya ternyata suara ini milik seorang pelajar yang kelihatan agak lapar.


Suami isteri yang mempunyai kantin ini hairan, tapi tetap memberikan apa yang diminta.

MINTA TAMBAHAN KUAH SAHAJA

Pemilik kantin kemudian mengisi pinggan dengan nasi putih dan memberikannya kepada pelajar tu yang memintanya. Pada masa hendak buat bayaran, pelajar tu kemudian bertanya, “Maaf, boleh tak saya minta sedikit kuah. Kuah sahaja?”

Si suami pemilik kantin itu kemudian menjawab, “Boleh, tak apa-apa! Percuma sahaja buat kamu!”

Setelah makan, pelajar tersebut seperti teringat yang kuah sayurnya percuma, dia kemudian meminta nasi putih lagi.

Pengusaha kantin tu kemudian bertanya, “Wah lapar ya? Saya bagi kamu lebih banyak lagi. Jangan risau.”

“Tidak lah pakcik, saya nak bungkus nasi putih sahaja dan mahu saya bawa pulang, biar jadi bekal masa saya pergi ke kuliah besok.” Katanya.


BAGI SEDEKAH LAUK EXTRA

Pakcik tu pun kemudian berfikir, “Hmm … Mungkin anak ini ada masalah wang, atau keluarganya ada masalah ekonomi jadi dia cuma minta nasi putih.”

Dia kemudian memberikan sedikit daging cincang dan sebutir telur yang disembunyikan di bawah nasi putih. Dia kemudian membungkus semuanya dan memberikannya pada pelajar tersebut.

Isteri pakcik kantin yang melihat hal ini bertanya, “Bang, saya nampak kamu mau bantu pelajar itu, kasihan juga dia cuma makan nasi putih, tapi kenapa perlu kamu sembunyikan lauknya?”

Pakcik kantin menjawab, “Sayang, dia itu pasti anak baik. Dia tidak mengemis, malahan tak minta lebih dan kuahnya pun cuma minta sedikit walaupun secara percuma. Kalau dia nampak kita kasihan kat dia bagi lauk lebih masa dia buka kotaknya, dia pasti jadi tidak sedap hati dan nanti tak berani datang ke sini lagi. Lagi pun dia itu masih belajar, kalau cuma makan nasi, nanti tak ada tenaga buat studi pelajaran.”

“Abang ni memang baik sangat. Suka bantu orang yang dalam kesusahan.”

MENANGIS TIAP KALI BALIK DARI KANTIN

Balik dari kantin tersebut, ternyata pelajar tu tahu apa yang terjadi, tapi dia hanya diam, juga demi menjaga niat baik pakcik kantin yang sudah diberikan.

Dia kemudian menangis di jalan, tanpa terlihat oleh pemilik kantin tersebut. Sejak hari itu, pelajar tersebut hampir setiap hari datang dan menempah nasi putih yang sama.


Tentu saja untuk bungkusan nasi yang dibawa pulang, selalu ada “rahsia” di sebalik timbunan nasi putih yang hangat itu. Hal ini terus berlangsung sampai pelajar tersebut lulus. Sejak graduasi dari universiti, suami isteri pemilik kantin itu tidak pernah lagi melihat susuk tubuhnya selama 20 tahun.

“SESUATU” BERLAKU SELEPAS 20 TAHUN

20 tahun kemudian, kantin ini mendapat amaran dari pihak berkuasa tanah mereka akan diambil dan mereka tidak lagi boleh berniaga lagi.

Pasangan yang sudah cukup tua ini sedih bukan main karana dengan usia mereka yang seperti itu, mereka tidak lagi boleh mencari pekerjaan lain apapun.

Tapi tidak lama kemudian, datanglah seorang lelaki dengan sut mewah masuk ke dalam kantin dan bercakap dengan pemilik kantin.

“Maaf, apakah anda pemilik kantin ini? Pengarah pejabat kami ingin bertemu dengan anda, dan meminta anda untuk bekerja di kantin pejabat kami. Soal peralatan dan bahan mentah yang diperlukan setiap hari, anda tidak perlu bimbang. Pejabat kami akan membayar semuanya dan anda hanya perlu memasak bagi kami. Di samping itu, semua keuntungan yang anda dapatkan dari jualan semuanya adalah milik anda.”

Mendengar berita ini, pemilik kantin terkejut dan bertanya, “Maaf, kalau boleh tahu, siapa pengarah anda? Kenapa orang seperti anda baik sekali pada kami?”

“Pengarah kami berkata anda berdua adalah penyelamat hidupnya. Dia sangat suka daging cincang dan telur yang kalian masak. Kalau anda berdua tidak keberatan, datanglah ke pejabat kami besok pagi untuk bertemu dengan beliau.”

Ternyata pengarah yang baik hati itu adalah pelajar mahasiswa yang sudah lulus 20 tahun lalu itu. Selama 20 tahun, dia berusaha keras dan berjaya menjadi seorang pengarah daripada syarikat yang sangat besar. Kalau bukan kerana pasangan yang menolongnya, dia mungkin tidak dapat hidup sampai hari ini.

Ketika mereka bertemu dan selesai berbincang-bincang, anak muda itu kemudian membongkok dan berkata, “Pakcik, terima kasih ya. Budi pakcik makcik sampai mati saya tak lupa.”

BUDI BAIK DIBALAS BAIK

Setiap perbuatan baik pasti akan berbuahkan hal yang baik. Kita belajar dari pakcik pemilik kantin, kalau mau berbuat baik, berbuatlah baik dengan tulus dan ikhlas.

Kita juga belajar dari si pelajar tadi, jangan pernah lupakan kebaikan orang lain, walaupun masa sudah berlalu bertahun-tahun!

Sumber: http://ift.tt/2tdt9ix


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zPtY4G
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2imJyxg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com