
Make this Simple Syrup recipe in just 5 minutes for your cocktails, iced tea, iced coffee, and fruit juice. All you need is sugar and water.
READ: Simple Syrup
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/FmxZkR1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Make this Simple Syrup recipe in just 5 minutes for your cocktails, iced tea, iced coffee, and fruit juice. All you need is sugar and water.
READ: Simple Syrup


Make my Crunchy Garlic Chili Oil (Taberu Rayu) recipe and enjoy the versatile umami condiment on rice, noodles, fried eggs, salads, and more.
READ: Crunchy Garlic Chili Oil (Taberu Rayu)


Pihak berkuasa merampas wang tunai lebih RM38 juta, emas 200 seberat lebih 200 kilogram bernilai lebih RM60 juta dan 17 kereta mewah daripada pengedar filem bergelar ‘Datuk’ yang ditahan atas dakwaan pengubahan wang haram awal minggu ini.
Kes berkenaan disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata rampasan berkenaan adalah hasil operasi Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh SPRM.
Operasi pada Isnin itu melibatkan seramai 315 pegawai dan anggota daripada enam agensi serta dijalankan di 34 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam (6) agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).
“Operasi yang diberi nama Op 82S merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, dengan rampasan berkenaan, pihak berkuasa berjaya melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.
Antara jenama kereta mewah yang dirampas ketika serbuan termasuk Maseratis, Ferrari dan Mercedes Benz.
Semalam, SPRM menahan dua ahli perniagaan terkenal dalam pengedaran filem dari India dan membawa masuk artis dari negara itu untuk membuat persembahan di Malaysia.
Turut ditahan ialah ahli perniagaan dan ahli politik yang rapat dengan Bersatu, yang sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding kerusi DUN di Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri akan datang.
FMT mengenal pasti salah seorang ahli perniagaan berkenaan sebagai Abdul Malik Dasthigeer, pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd dan Malik Streams Production & Distribution.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Malik dan ahli politik berkenaan telah dibebaskan selepas permohonan lanjutan tahanan reman ditolak oleh mahkamah hari ini.
Ahli perniagaan kedua, yang juga seorang lagi pengedar filem yang mengedarkan filem biografi Perdana Menteri Anwar Ibrahim “Anwar: The Untold Story”, dijangka dibebaskan esok selepas disoal siasat, kata sumber itu.
Dilaporkan juga bahawa SPRM akan memanggil bekas menteri kabinet untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.
Sumber itu memberitahu Malaysiakini bahawa agensi itu masih belum memanggil menteri berkenaan untuk disoal siasat.
The Star awal hari ini mengenal pasti bekas menteri itu sebagai M Saravanan, yang menafikan sebarang pengetahuan mengenai perkara itu.
Malaysiakini
The post Datuk ditahan bersama wang RM38 juta, emas RM60 juta first appeared on Denaihati.

Kyoto’s cuisine boasts a rich history and distinctive character, attracting millions of visitors to its restaurants every year.
READ: Discover the Best Places to Eat in Kyoto