Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat
Baru-baru ini Abang terbaca satu artikel bertajuk “Masih Relevankah lagi blog sekarang?”. Sepanjang lebih lapan tahun menjadi blogger memang blogger datang dan pergi manakala blogger baru tidak ramai yang dapat dapat mengatasi pencapaian blogger lama yang sudah berjaya.
Pendapat Abang relevan atau tidak blog bergantung kepada misi utama menjadi blogger. Blog sudah tak relevan sekiranya
- Kalau untuk tujuan utama untuk bersosial pasti banyak platform baru yang lebih menarik jadi penganti seperti FB, Instagram, Snapchat dan sebagainya.
- Kalau jadi blogger hanya untuk buat duit. Majoriti blogger bila sudah terkenal dan ada bisnis sendiri akan berhenti menulis dan sebahagian blogger lain berhenti kerana tidak dapat tugas baru daripada syarikat pengiklan yang telah beralih kepada blogger baru yang lebih cantik, kacak dan agresif.
- Gagal membina jenama sendiri kerana sibuk membina berbagai jenama produk lain dalam setiap entri yang ditulis sehingga pembaca tidak mengenal identiti penulis. Motivasi menulis semakin berkurangan apabila syarikat pengiklan bayar semakin murah dan ada juga yang percuma.
- Gagal menjadi blogger profesional yang mahir selok belok teknikal pengurusan blog dan ketinggalan ilmu blog yang sentiasa dinamik membuatkan blogger rasa putus asa dan kecewa.
Pendapat Abang blog masih sangat relevan bukan sahaja untuk bisnis malahan lebih daripada itu iaitu membina network yang luas, mengumpul database untuk meningkatkan nilai pasaran dan membina jenama sendiri untuk bersaing dalam era ekonomi digital yang sangat besar. Jangan lupa blog juga platform berdakwah ilmu kehidupan kepada dunia luas yang tercapai oleh Google.
Dalam era ekonomi digital lebih 95% masyarakat akan mencari informasi di Google. Ini adalah peluang besar kepada blogger untuk menabur seberapa banyak informasi berguna kepada masyarakat di dalam Google. Untuk meletakan artikel di muka surat pertama Google perlukan ilmu blog yang betul kerana ianya akan menarik trafik organik yang sangat banyak. Jadi kepada rakan blogger JANGAN berhenti belajar kerana dengan ilmu blog yang betul, tidak mustahil anda akan menjadi salah seorang blogger jutawan.
Rakan blogger apa pulak pendapat kekawan?
Kepada rakan-rakan yg minat nak jadi blogger pro boleh PM sifu blogger Hadihaizil Din atau email niat anda ke admin@denaihati.com
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Denaihati Network (jangan lupa follow FB page kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2etT89b
via Denaihati.com