Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
ekonomi digital merupakan satu bidang yang sedang berkembang pesat di seantero dunia. Negara kita juga sedang mengalami pertumbuhan ekonomi digital pada tahap yang sangat memberansangkan pada masa kini. Pelbagai program bantuan dan bimbingan sedang diadakan untuk membantu para usahawan untuk menceburkan diri dalam ekonomi digital ini.
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan organisasi yang bersungguh-sungguh dalam memberi bimbingan kepada para usahawan untuk memantapkan perniagaan mereka dalam skop ekonomi digital. Salah satu program yang telah berlangsung adalah program eUsahawan di bawah kempen YouCanDuit.
Daya eUsahawan program susulan kepada para peserta eUsahawan
Bermula hari ini dan esok, program Daya eUsahawan diadakan untuk peserta eUsahawan yang terpilih mendapat pendedahan yang lebih mendalam dalam pengurusan perniagaan secara digital. Jika sebelum ini, mereka diberi bimbingan dalam kelas bagaimana untuk melakukan pemasaran menggunakan Facebook, Instagram, SEO dan sebagainya.
Program selama 2 hari ini memberikan pendedahan bagaimana untuk para peserta eUsahawan dapat mengembangkan perniagaan mereka dalam skop pemasaran yang lebih besar.
Sesi bersama empunya jenama seperti Zawara memberikan skop perniagaan yang lebih luas dalam skala yang lebih besar. Banyak tips-tips pengurusan perniagaan yang dikongsikan membolehkan para peserta untuk mengamalkan dalam perniagaan masing-masing.
MDEC menjalankan program bimbingan jangka masa panjang
Seperti ramai sedia maklum, sejak awal tahun lagi, pelbagai program latihan dan bimbingan eUsahawan telah dianjurkan oleh pihak MDEC. Ianya masih diteruskan dengan program-program bimbingan yang lebih lengkap dan terperinci.
Usaha MDEC untuk merakyatkan ekonomi digital harus diberikan pujian kerana ianya bukanlah program satu kali semata-mata, tetapi program yang mempunyai siri susulan dan akan memberikan manfaat yang begitu banyak kepada para peserta dan sesiapa yang terlibat dalam program eUsahawan ini.
Penglibatan pelbagai pihak
Terdapat juga sesi bersama usahawan selebriti seperti Anzalna, Izzue Islam, Shila Hamzah, Datuk Seri Shah Rezza dan ramai lagi.
Perkongsian daripada usahawan-usahawan selebriti ini memberikan skop pandang yang lebih luas mengenai potensi ekonomi dan pemasaran digital kepada para peserta. Program-program yang dianjurkan ini adalah untuk memberikan manfaat dan menjana ekonomi rakyat yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan pemasaran digital.
Semoga program latihan dan bimbingan yang dianjurkan oleh MDEC ini akan dapat diteruskan untuk membolehkan lebih ramai usahawan mengembangkan perniagaan mereka di persada digital dan tidak terhad untuk pasaran di Malaysia sahaja, tetapi berkembang ke seantero dunia.
Tahniah diucapkan.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2fyaJSk
via Denaihati.com