Saturday, 30 September 2017

Semoga Allah Berikan Jodoh Kedua Ku Dengan Lelaki Sebaik Ini - Fasha Sandha



from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fZSmob
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sembilan Kali Masuk Lokap Sebab Tiada Kad Pengenalan. Umpama Pendatang Di Tanah Air Sendiri..


Kuala Nerus: “Sudah sembilan kali saya masuk lokap kerana tidak memiliki kad pengenalan, malah saya bagai pendatang di tanah air sendiri,” kata Mohd Razali Abdullah, 33.

Mohd Razali yang kini tinggal di Teluk Ketapang, di sini, bersama abang, Mohd Nasir Abdullah, 35, dan kakak ipar, Haslinda Abdullah, 36, berkata, dia tidak pernah memiliki kad berkenaan sejak kecil.

Disebabkan masalah itu juga, keinginan lelaki terbabit yang kini berniaga jagung bakar di pantai peranginan Teluk Ketapang untuk berkahwin, terbantut.

Mohd Razali yang mesra disapa Ayie berkata, ketiadaan kad pengenalan menyebabkan dia sukar mendapatkan pekerjaan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

Sebagai peniaga, katanya, dia sangat memerlukan bantuan bagi mengembangkan perniagaan selain memerlukan lesen memandu untuk bergerak.

“Saya berniaga di merata tempat termasuk di tapak ekspo di luar Terengganu dan setiap kali keluar, saya hanya berdoa semoga Allah lindungi daripada segala kesulitan selain bertawakal,” katanya.

Ayie berkata, dia bersama abangnya sudah beberapa kali ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon mendapatkan kad pengenalan tetapi gagal kerana tidak memiliki dokumen kelahiran.

Dia juga pernah membuat carian kelahiran di JPN Kuala Terengganu dan Kuantan namun gagal apabila pihak jabatan berkenaan memaklumkan tidak ada bukti kelahiran yang direkodkan oleh JPN.

“Arwah ayah, Abdullah Ibrahim bekerja sebagai tentera manakala arwah ibu, Hanisah Ali berasal dari Ulu Tiram, Johor.

“Sebagai tentera, arwah ayah sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk menguruskan daftar kelahiran saya ketika itu selain mengakui sikapnya yang terlalu ambil mudah dalam urusan itu,” katanya yang lahir di Muadzam Shah, Rompin, Pahang pada 1984.

Menurut Ayie, dia memiliki kembar perempuan, Azura Abdullah, juga tidak memiliki kad pengenalan, namun sudah meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika darjah lima.

“Saya dan arwah adik memasuki sekolah rendah pada 1991 menggunakan kad pengenalan arwah bapa selain surat sumpah kelahiran yang dibuat bapa di Kuala Terengganu ketika itu.

“Selepas adik meninggal dunia, saya mengambil keputusan berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan ejekan kawan berikutan tidak memiliki kad pengenalan,” katanya.

Katanya, dia pernah bekerja di pelantar minyak dengan bantuan rakan pada 2014 tetapi mengambil keputusan berhenti pada 2016 kerana masalah berkenaan.

“Majikan faham dengan masalah saya tidak memiliki kad pengenalan dan gaji saya dibayar menerusi akaun kawan tetapi saya rasa serba salah dan bimbang jika sesuatu berlaku terhadap diri, sukar untuk saya kerana tidak ada status kewarganegaraan yang sah,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Razali sangat mengharapkan pihak berkaitan khususnya JPN dapat membantu menyelesaikan masalahnya.

“Kini saya tidak memiliki sebarang dokumen yang boleh menyatakan saya warganegara Malaysia dan surat sumpah juga kini hilang ketika menjadi tahanan lokap di Balai Kuala Terengganu,” katanya.

Sumber: HMetro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kbAWJU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g0YTPm
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Anggota TLDM Meninggal Disiasat Kes Bunuh


POLIS kini mengklasifikasi kes dua anggota TLDM yang meninggal dunia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat dibedah siasat jam 3.30 petang hingga 7 malam dan hasil bedah siasat dapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri pula dilakukan pada jam 9 malam hingga 11.30 malam dan punca kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan lapan tahanan yang ada dilokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian.

"Rampasan dilakukan terhadap set kamera litar tertutup (CCTV), tujuh cotar (t baton), buku log bertugas dan buku log SOP (perintah tetap Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi selain beberapa telefon bimbit untuk tujuan siasatan," katanya.

Tian Kee berkata, bertindak atas maklumat bedah siasat itu pada kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah membuat tiga tangkapan.

"Tangkapan membabitkan tiga suspek lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun.

"Kesemua tangkapan akan direman untuk membantu siasatan di Mahkamah Seri Manjung hari ini," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas bagi syif bertarikh 29 Seotember jam 10 pagi hingga 10 malam.

"Hasil siasatan awal daripada bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua anggota TLDM terbabit dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

"Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - HMetro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wrgwOF
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wqE1r6
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Empat Beradik Ditinggalkan Bersendirian Di Rumah, Sementara Ibu Mereka Pergi Bercuti Di Jerman Selama 11 Hari


IOWA, AMERIKA SYARKAT - Empat kanak-kanak ditemui bersendirian di rumah minggu lalu selepas ditinggalkan ibu mereka yang pergi bercuti ke Jerman selama 11 hari, lapor Daily Mail. 

Polis di Johnston, Iowa mengarahkan pihak kebajikan memeriksa rumah Erin Lee Macke,30, pada 21 September lalu selepas mendapat maklumat dua anak kembarnya (lelaki dan perempuan) berusia 12 tahun dan dua lagi adik perempuan mereka masing-masing berusia 7 dan 6 tahun ditinggal bersendirian di rumah. 

Hasil siasatan mendapati, kanak-kanak itu bukan sahaja ditinggalkan bersendirian, malah Macke juga turut meninggalkan sepucuk pistol kepada mereka. 

Difahamkan, Macke meninggalkan pistol jenis Glock 9mm di atas almari pakaiannya, yang masih dipenuhi dengan peluru hidup. 

Kanak-kanak itu memaklumkan, ibu mereka telah pergi ke Jerman sehari sebelum dan tidak merancang untuk pulang dalam masa terdekat sehingga 1 Oktober 2017. 

Polis kemudian telah menghubungi Macke yang berada di luar negara dan wanita itu memberikan alasan yang pengasuh anaknya terjatuh, lalu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan anak-anaknya di rumah begitu sahaja. 

GAMBAR MACKE BERCUTI DI JERMAN



"Siasatan mendapati bahawa Macke langsung tidak membuat sebarang persediaan untuk mengupah orang dewasa untuk menjaga anak-anaknya ketika dia bercuti ke Jerman," menurut jurucakap polis. 

Polis kemudian tidak menerima alasan Macke, lalu meminta wanita itu pulang ke rumahnya segera. 

Selepas empat hari kemudian, Macke pulang ke rumah pada malam Rabu. Polis kemudian menahan Macke pada pagi Khamis dan didakwa di atas empat pertuduhan membahayakan anak-anak dan meninggalkan senjata api secara terbuka di rumahnya. 

Di Iowa, seorang kanak-kanak tidak cedera atau dibunuh akibat berada dalam keadaan bahaya, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau satu tahun bersama dengan denda $625 hingga $6250. Manakala kesalahan yang melibatkan senjata api pula boleh dihukum penjara setahun dan denda dari $315 hingga $1,875. 

GAMBAR MACKE BERSAMA EMPAT ORANG ANAKNYA



Tidak dapat dipastikan apa sebenar tujuan Macke bercuti di Jerman. Namun difahamkan terdapat sebuah pesta arak, 'Oktoberfest', yang akan dianjurkan di Munich di mana ia akan diadakan selama dua minggu bermula 16 September sehingga 3 Oktober. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fGUILQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hDuOJg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

"Semua Filem Yusof Haslam Dan Anaknya Patut Dicampak Ke Dalam Tong Sampah.." - Mansor Bin Puteh


Masihkah anda ingat dengan lelaki tua yang bernama Mansor Bin Puteh ini? Untuk pengetahuan semua Mansor Bin Puteh adalah seorang pengkritik filem yang seringkali dengan kontroversi.

Sebelum ini dia pernah melabelkan jaguh sukan berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang sebagai seorang yang angkuh.

“Baru pingat gangsa dah angkuh….kalau emas entah macam mana lagak..” komen Mansor Puteh sebelum ini di laman facebooknya.


Terbaru, muncul pula kontroversi lain dari Mansor Bin Puteh apabila dia melabelkan filem Hollywood, filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anaknya sebagai bahan tong sampah.

Sebagai reaksi atas komen itu, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pengkritik filem kontroversi Mansor Puteh berhati hitam kerana melabel karyanya sebagai bahan tong sampah.

Tambahnya lagi, sikap Mansor tidak pernah berubah dan kini pengarah itu mengheret pula Syamsul dan Syafiq, dua anaknya itu sebagai sasaran.


“Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam.

“Hina saya tidak kisah… tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, Rupa-rupanya masih ada ‘spesis’ macam ini dalam negara. Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah,” katanya.

Mansor menerusi statusnya di Facebook pada Khamis lalu menulis; “Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).


“Ada beberapa (filem) menimbun di sebelah dan hanya sedikit diletakkan di rak,” tulisnya.

Yusof Haslam berkata semoga Mansor dibukakan pintu hatinya dan diberikan hidayah oleh Allah.

Katanya lagi, dia bukanlah pernah meminta untuk dipuji, jelasnya yang kini berada di negara seberang, Indonesia.

Ini pula antara komen-komen netizen berhubung kritikan kontroversi Mansor Bin Puteh.




Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yzZ7Uz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fGNLun
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Jumpa Bayi Usia Sebulan Ini Di Tepi Jalan Raya Bawah Panas Terik. Apa Yg Ada Bersama Bayi Itu MENGEJUTKAN !!!


Seorang lelaki seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sewaktu sedang memandu di jalan raya yang sibuk pada hari Sabtu. Bukan bangkai haiwan yang ditemui oleh Roger Prater dan rakan gerejanya tetapi seorang bayi yang ditinggalkan di tepi jalan raya!

Sekitar jam empat petang, Roger telah menemui bayi berusia satu bulan berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Oklahoma. Suhu pada waktu itu sangat tinggi mencecah 30 darjah Celcius membuatkan Roger dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaan dan membantu bayi malang ini.

“Saya tidak menjangkakan ini pada awalnya. Dengan nada berbisik, saya memberitahu isteri saya bahawa saya fikir saya telah menemui seorang bayi dan isteri saya sangat terkejut”.

Roger, 46 tahun kemudian keluar dari kenderaan bagi mengesahkan apa yang dilihatnya.

Menurut Roger, “Bayi tersebut tidak langsung bergerak. Matanya tertutup rapat. Sebaik sahaja saya meletakkan tangan pada pemegang kerusi bayi tersebut, matanya mula terbuka”.

Walaupun sudah terdedah kepada panas terik matahari dengan bunyi yang bising dari kesesakan jalan raya, bayi ini kelihatan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kemudian salah seorang daripada kumpulan gereja tersebut menemui sijil kelahiran, kad keselamatan sosial dan wang tunai bernilai lebih RM23,000 bersama-sama bayi berkenaan.

Walaupun masih terkejut dengan peristiwa ini, mereka segera menghubungi talian kecemasan sambil membawa bayi tersebut memasuki kenderaan mereka.


Bantuan kecemasan diberikan setelah bayi tersebut tiba di hospital dan pegawai kecemasan menganggarkan bayi malang ini telah ditinggalkan di jalan raya tersebut dalam tempoh lebih kurang 30 minit sebelum ditemui Roger.


Pihak berkuasa tempatan kemudian berjaya menjejaki ibu kandung kepada bayi berkenaan dan dia bakal dihadapkan atas tuduhan mengabaikan bayi.

Menurut Sarjan Gary Knight dari Jabatan Polis Oklahoma, “Si ibu telah dibawa ke hospital untuk penilaian. Kesnya masih berada di bawah siasatan pihak polis”.

Sementara itu, kisah bayi ini mendapat tumpuan daripada ramai pihak yang berminat untuk menjadikannya sebagai anak angkat.

Sumber: Era Baru via http://ift.tt/2mv1p5E


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g0B1eE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hCFEiE
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Anak Kena Selsema, Cirit-Birit Tanpa Sebab Mungkin Berpunca Dari Peti Ais Di Rumah. Tolong Periksanya Dan Ikuti Cara Nak Bersihkan Peti Ais Yang Dikongsikan Doktor Ini!


Pernah tak anak kita tiba-tiba je macam kena selsema, cirit-birit tanpa sebab dan mengadu sakit perut? Padahal tak pernah pun makan kat luar kan.

Jaga-jaga. Tu mungkin antara tanda-tanda ringan keracunan makanan. Mungkin ada kuman sedang bersarang dalam peti ais kat rumah kita tanpa kita sedari!

Kalau ikut statistik, 'food-borne disease ' ni menyebabkan 325,000 orang masuk hospital dan mengakibatkan 5,000 kematian setahun di US. Yang melegakan 25% kejadian ni sebenarnya boleh dielakkan kalau kita mula ambil langkah pencegahan di rumah lagi.

Rupanya ramai lagi tak sedar sebenarnya peti ais tu bukan alat untuk bunuh bakteria! Bakteria tu cuma jadi diam ( dormant ) je. Bila suhu berubah sikit mula la mereka berkembang balik. Lagi-lagi la kalau setting peti ais tu tak okey ataupun kita jarang-jarang lap dan bersihkan peti ais tu.

Saya nak kongsi sikit teknik macam mana nak jadikan peti ais tu selamat untuk keluarga kita :

1. Bersihkan peti ais tu setiap minggu atau dua minggu sekali. Kalau boleh pakai pembersih antibakteria dan air.

2. Sekali sekala periksa suhu dalam peti ais tu. Kadang-kadang kita tak sedar alat yang tetapkan suhu peti ais kita tu rosak. Pastikan suhu dalam peti ais yang non-freezer tu di bawah 40 Fahrenheit. Dalam 4.4 Celsius camtu la. Bahagian freezer pulak kena di bawah 0 Fahrenheit.

3. Bersihkan kulat yang tumbuh di sekeliling pintu dan juga kesan-kesan makanan yang tumpah kat dalam peti ais tu. Paling bahaya kalau ada air darah daripada ayam dan daging yang masih mentah tu.

4. Letak daging, ayam dan ikan mentah tu dalam bekas kedap udara dan jangan sampai air tu meleleh jatuh ke bawah ataupun kena kat makanan yang lain.

5. Selalu periksa tarikh luput makanan. Jangan nak mengelat kononnya takpe je makanan tu dah expired sebab dah letak dalam peti ais! Big no!

6. Mana-mana ubat yang dah lama tak pakai tu jangan dibuat pekasam kat dalam peti ais tu. Kalau simpan lama-lama pun stability ubat tu akan berubah jugak. Jadi? Buang je lebih-lebih lagi kalau fizikal, bau dan rasa ubat tu dah berubah.

Lepas baca ni terus periksa peti ais masing-masing ye. Cuba tengok balik tarikh luput makanan masing-masing dalam tu dan juga kesan-kesan air ikan yang dah berminggu tak dilap tu ye. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk semua demi kesihatan ahli keluarga.

Sumber: FB Taufik Razif via Majalah Pa&Ma


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yAROfx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fG2hCk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sebelum Kawin Saya Rasa Suami Doktor Alim. Tapi Lepas kahwin Baru Tau Suami Biosexxual..! Dia Kantoi Sehingga..


Seorang wanita muallaf kaya yang baru masuk Islam berkahwin dengan seorang doktor yang tampak alim dan tak pernah tinggal solat. Harapkan nak dapat pimpinan dan bimbingan ilmu agama tetapi “neraka” yang diperoleh. Semoga kisah ni jadi iktibar kepada semua.

NIKAH SELEPAS SETAHUN BERKENALAN

Salam admin tolong hidekan profile aku yer.. Nama aku Khadijah (bukan nama sebenar). Aku baru bernikah PADA April 2017 selepas kenal selama setahun dengan suami .Kami cuma nikah sahaja Tanpa majlis Dan wang hantaran 7k pun cuma cheque kosong..

Perkahwinan kami direstui Oleh kedua2 orang tua suami ,cuma Mak, abang2, saudaraku yang menentang keras pernikahan kami ketika itu, atas alasan suamiku orang pantai timur. Sebelum Kenal dengan suami, Aku memang seorang MUALAF .suamiku kini bekerja sebagai HO di sebuah hospital kerajaan di selatan .

Pada Awal perkenalan suami ku bukan siapa2 ,masih menganggur ketika itu ,bah kan aku pun tidak tahu apa kerja dia buat ketika itu.

BERKENALAN ATAS ASBAB “BELAJAR FOREX”

Awal perkenalan ,aku membuat PERSONAL COACH dengan suami pasal forex…ya forex trading, aku memang dikenali ramai dikalangan trader forex as MIB. Masa Kenal suamiku, aku baru 7 Bulan putus tunang dengan ex fiancée,bekas tunang ku seorang pilot.

Dan aku ketika itu baru sahaja berhenti kerja bank di kota singa @ temasik akibat kecewa, ex tunang pun temasik. mana tidak lagi 10 hari NAk majlis nikah/sanding ,akhirnya bubar sebab ex fiancé kantoi baru sekali jek sepanjang 8 tahun kami berkawan..

Masa tengah kecewa tu juga suamiku berusaha NAk pikat aku, gila kan…Dah la baru Kenal siap ajak nikah lagi..berbalik kepada suamiku, dia seorang yang alim,tak pernah tinggal solat , Dan dari keluarga yang Baik ilmu agamanya.. tapi…..

RUPANYA SUAMI SEORANG BISE#XUAL

Setelah lama perkenalan kami sampai la sekarang Dah sah suami isteri, suamiku banyak kali KANTOI Ada skandal lain , dia seorang BISEXUAL , Bukan sekali 2 Tapi berpuluh2 Kali…setiap Kali kantoi , setiap Kali dia melutut,menangis Dan janji tak Akan buat lagi ..tapi apa? Itu cuma janji kosong…

Aku Bukan tak pernah mengadu kat mak mentua pasal kelakuan suamiku , Tapi tak Ada fungsi… andai kata la aku mengadu kat bapak mentua ,entah2 suamiku bernafas lagi ke tak…sebab bapak mentuaku seorang yg tegas .

Besok aku Akan pergi pejabat agama..Ini akan jadi yg kedua Kali aku pergi pejabat agama atas masalah rumahtangga kami , aku Akan lantik lawyer untuk tuntut fasakh Sebab suami taknak Lepas kan aku, ya…Sebab hidup aku berkemampuan daripada suami…..bukan NAk riak pendapatan aku lebih 5 Kali Ganda daripada gaji suami sebagai doktor HO=housemanship , itu alasan kenapa suami taknak tinggalkan aku walaupun dia sentiasa memperbodohkan aku dengan perangai keji, hina Dan bebas berzina…

BANYAK KALI BERSABAR DENGAN KES “ZINA” SUAMI

Suami mungkin lupa, atau pura2 lupa…sebelum dapat kerja aku yang tanggung makan/minum Dan lain2…wahai….suami ..masih Ingat lagi tak yang awk terlibat dengan kes rogol dengan pompuan pantai timur ? sampai suruh sy ambik lawyer ..

Dan masih ingat lagi yang awk minta duit untuk bayar denda tangkap khalwat dengan budak J ? Oleh mahkamah syariah Dan macam2 lagi yg Sy tanggung hidup awk…..itu pun selepas aku Kenal dia tahu tentang semua ini

Ya….mungkin mereka diluar sana mengatakan aku BODOH kan? Sebab aku masih lagi bertahan, Dan sampai la SEKARANG Aku tak boleh NAk harap dengan perangai jijik suami…ingat lagi dari Awal niat aku NAk teruskan nikah dengan suami…

Sebab aku Ingat NAk menumpang/belajar ilmu agama yang Ada PADA suami, Tapi hakikat yang terjadi , suami la yang menumpang kesenangan yang Ada PADA aku…

SELALU MINTA MUSIBAH TERHADAP SUAMI

Untuk pengetahuan suami, mungkin agak KEJAM aku kata, setiap kali solat, sebagai isteri…aku sering menangis2 minta dengan ALLAH supaya suami dapat musibah , tidak Kira Apa juga jenis musibah , sekiranya aku dianiayai/dizalimi dalam keadaan aku sedar atau pun tidak perbuatan suami.

Bukan aku tak pernah minta dengan Allah supaya suami berubah/insaf…tapi Apa??? Sampai ke hari ini perangai binatang suami makin menjadi…maksud aku, sekurangnya ALLAH Bagi musibah, Dan dari musibah itu harap suami boleh berubah walaupun ketika itu dia Bukan suamiku lagi..

Ni last kantoi suami ku whatsapp dengan betina jalang mana entah ….aku tak Salahkan sebelah pihak tapi kedua2 belah pihak….yang betina Dah tahu laki orang tapi NAk juga menyondol, yang jantan memang dari dulu tak pernah NAk taubat/insaf….

SCREENSHOT WHATSAPP SUAMI DAN BETINA GATAL




Sumber: http://ift.tt/2tdt9ix


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g0xuNH
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hDRg5b
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Friday, 29 September 2017

(8 Gambar) Pasangan Ini Dihalau Oleh Pegawai Ketika Cuba Mendaftarkan Perkahwinan, Tetapi Siapa Sangka ‘Kanak-Kanak’ Ini Sebenarnya Memang Sudah Layak Berkahwin!..


Kemudahan teknologi kini membolehkan pelbagai maklumat dapat diakses dengan pantas dan mudah. Tiada yang mustahil, apa sahaja yang anda mahu semuanya tersedia di internet. Jangan kata maklumat, jodoh juga boleh didapati di internet!

Melihat gambar dua orang kanak-kanak ini pasti membuatkan ibu bapa terkejut. Mereka yang kelihatan baru belasan tahun ini dilihat sedang berpelukan dengan erat seperti pasangan dewasa. Bagi yang tidak tahu pasti akan memandang serong akan perbuatan mereka, tetapi mereka sebenarnya adalah pasangan suami isteri yang sah!


Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa mereka sememangnya kelihatan seperti kanak-kanak. Dengan fizikal yang comel siapa pun pasti akan tertipu dan menyangka mereka masih bersekolah! Tetapi siapa sangka masing-masing telah bersusia 22 dan 20 tahun sebenarnya.


Pasangan ini juga sebenarnya telah mendapat sijil perkahwinan mereka. Namun bukan mudah untuk mendapatkannya. Mana tidaknya dengan fizikal mereka yang mirip kanak-kanak itu siapa yang akan membenarkan mereka berkahwin? Namun, ternyata pasangan yang kelihatan seperti budak lelaki ini memang sudah mendapat sijil perkahwinan. Bagaimana mereka memperolehinya? Apa yang sebenarnya berlaku?

Sebenarnya mereka hampir diusir pegawai di Pejabat Pendaftaran Sivil ketika mereka mengatakan bahawa mereka ingin mendaftar perkahwinan mereka.


Namun begitu, selepas mereka mengeluarkan kad pengenalan mereka, pegawai tersebut terus membantu menguruskan pendaftaran perkahwinan mereka.

Setelah melampirkan bersama dokumen-dokumen yang diminta seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, pegawai tersebut lantas menurunkan setem rasmi yang mengesahkan bahawa mereka adalah suami isteri yang sah.


Pasti ada yang masih tidak percaya dengan kejadian ini. Mengapa mereka kelihatan seperti kanak-kanak walaupun mereka sudah berusia puluhan tahun.


Mereka sebenarnya mengalami sindrom dwarfisme (gangguan pertumbuhan yang disebabkan oleh gangguan dalam fungsi hormon pertumbuhan), menyebabkan mereka kelihatan seperti kanak-kanak. Walaupun fizikal mereka seperti kanak-kanak tetapi fikiran mereka jauh lebih matang.


Dengan ketinggiannya si isteri yang hanya 130 cm dan berat badan yang kurang daripada 30 kg, dia memberitahu bahawa dia bertemu dengan suaminya yang berkeadaan sama dengannya sepertinya di dalam sebuah program TV. Tidak lama selepas itu mereka mula bercinta dan akhirnya menjadi suami isteri.

Mereka juga memberitahu bahawa mereka seringkali dipandang serong oleh orang ramai, tetapi mereka tidak peduli, yang penting mereka gembira.


Biarlah apa yang orang kata, asalkan kita bahagia dengan cara kita. Setiap orang sememangnya berhak mendapatkan kebahagiaan yang diimpikan!

Sumber: happytify, Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fxv3Bp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fzJepv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

"Halal Only, For Muslims Friends," Doktor Kongsi Kisah Layanan Rakan Non Muslim Kepadanya Semasa Belajar Di Australia

Gambar Hiasan

Toleransi merupakan satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat yang membawa maksud tidak idealisme, tidak fanatik, tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan menghormati hak orang lain.

Orang yang mengamalkan sikap toleransi berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain dan bersikap terbuka dan lapang dada. Ciri-ciri tersebut adalah penting dihayati dalam masyarakat majmuk supaya keharmonian dapat dicapai.

Jom baca perkongsian yang telah ditulis oleh Dr Syahr Musafir tentang pengalamannya menjalani kehidupan yang dikelilingi oleh masyarakat bukan islam sewaktu menetap di negara Australia.

Saya pernah tinggal di Australia selama hampir 8 tahun. Sepanjang tinggal di sana, saya memang tinggal bersama rakan-rakan yang beragama Islam (dan 4 tahun terakhir tinggal bersama isteri dan anak-anak, sudah pastilah juga beragama Islam). Walaupun tinggal bersama orang Islam, saya bukan jenis duduk menyorok je dalam bilik macam kera sumbang, saya berkawan dengan masyarakat setempat yang bukan beragama Islam, melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan saya pernah bekerja sebagai tenaga pendidik di universiti di sana. Sudah pastilah terlibat dalam perbincangan, meeting dan sebagainya, para pelajar dan rakan sekerja saya datang dari pelbagai negara seluruh dunia, pelbagai bangsa dan pelbagai agama, ada sesi makan-makan dan sebagainya. Boleh baca kisah saya dalam buku #HikayatBudakPhD dan buku #HikayatBudakUniversiti.

Setiap pagi saya ke Medical School dengan membawa bekal makanan tengah hari yang isteri saya sediakan. Bahagian dalam bangunan dipasang heater (pemanas) jadi suhunya tetap warm (tak terlalu panas, tak terlalu sejuk) walaupun suhu di luar tersangat sejuk masa musim luruh, musim sejuk dan musim bunga. Suhu sebegini memang boleh menyebabkan makanan cepat basi. Lunch hour kami pula tak menentu, ada masanya sudah Asar (lewat petang) baru nak makan. Mahu tak mahu, saya kena simpan bekal dalam peti sejuk di Tea Room, dikongsi beramai-ramai. Bekas bekal saya tertutup rapat, jadi tak apalah berkongsi peti sejuk (setakat kefahaman saya). Apabila nak makan, saya keluarkan bekal dari peti sejuk dan makan, tanpa memanaskan menggunakan microwave oven yang disediakan untuk dikongsi guna oleh semua.

Beberapa kali ketika saya nak makan bekal, rakan-rakan non-Muslim melihat saya terus makan bekal yang sejuk baru dikeluarkan dari peti sejuk, termasuklah penyelia PhD saya. Dia pernah tanya kenapa tak panaskan makanan sebelum makan. 

Saya jawab, "Nak panaskan makanan, kena buka penutup bekas makanan. Microwave oven yang dikongsi itu digunakan oleh semua orang tak kira apa jenis makanan mereka, mungkin ada terpercik air daging khinzir ke, apa ke, tertumpah ke, saya tak boleh ambil risiko memanaskan makanan saya dalam oven yang sama kerana berhati-hati takut makanan haram masuk ke dalam bekas makanan saya." 

Panjang lebar penerangan saya, mereka mudah faham sebab mereka memang tahu saya seorang practicing Muslim, saya jaga agama saya, isteri saya bertudung litup, mereka pernah dengar saya membaca al-Qur'an ketika saya berada dalam bilik saya di makmal dan sebagainya. Rezeki dan nikmat daripada Allah SWT, saya dapat penyelia yang baik. Atas rasa simpati atau mungkin tanggungjawab, mereka berkongsi wang membeli sebuah microwave oven untuk saya, diletakkan di satu sudut dan ditampal label "For Syahr and Muslim Friends Only" padanya. Saya terharu...


Ketika itu penghujung tahun 2013 usia anak kedua kami baru 2 bulan, saya dan isteri dijemput ke rumah penyelia PhD saya, David. David memang tanya apa saya mahu makan, dia nak sediakan makanan yang halal. Saya cakap, "Kami makan fruit salad pun sudah cukup, tak mahu menyusahkan." Sesampainya kami di rumah David pada hari tersebut, kami disambut oleh isterinya, Penny dan anjing peliharaan mereka, Lucy. Setelah memperkenalkan Lucy kepada kami, David membawa Lucy ke bilik lain (dikunci di situ, kerana mereka tahu dan hormat orang Islam tak boleh sentuh anjing secara suka-suka) dan kami dibawa ke ruang tamu luar rumah tempat barbecue.

Kami suami isteri terkejut sebab David sekeluarga menyediakan tempat pembakar yang baru dibeli untuk kami, lengkap dengan sosej ayam dan daging kambing yang dibeli dari kedai daging halal untuk kami, siap dengan resit pembelian sebagai bukti sosej tersebut adalah halal, sebab tak mahu makanan kami bercampur dengan makanan lain yang tidak halal. Di pembakar tersebut dilabel "Halal Only, For Muslims" supaya rakan-rakan yang lain tidak membakar makanan mereka di tempat kami, supaya tak bercampur. Ramai tetamu yang datang.

Walaupun hanya saya, isteri dan dua anak kami sahaja yang beragama Islam yang memerlukan makanan halal dan pembakar itu dilabel sedemikian rupa semua orang boleh nampak, rakan-rakan datang tolong bakarkan sosej dan sebagainya kerana nampak jelas saya sibuk melayan anak pertama (ketika itu 3 tahun) dan isteri pula sibuk dengan bayi kedua (ketika itu 2 bulan lebih). Tiada siapa pun diskriminasi atau mempersoalkan apa-apa, semuanya baik-baik belaka walaupun ada pembakar eksklusif khas untuk kami sekeluarga di situ. Siap berlabel lagi. Saya terharu...

Ketika itu lebih kurang Mac 2014, Melissa mengadakan majlis sambutan pertunangannya. Diadakan di sebuah hotel restaurant di Mawson Lakes. Saya ke sana bersama isteri dan dua puteri kami, saya masih ingat saya berbaju Melayu berwarna pink lengkap bersampin (tapi tak pakai songkok), isteri memakai jubah pink dan tudung labuh pink, anak-anak memakai baju gaun berwarna pink campur putih, sekadar nak meraikan sebab selalunya kita pakai baju sebegini kalau menghadiri majlis pertunangan dan perkahwinan sesama kita.

Gambar Hiasan

Kami dilayan baik, ada satu meja khas makanan vegetarian untuk kami dilabel "For Muslims Only" diletakkan di sebelah bar (mereka hidang beer dan arak di situ). Saya masih ingat lagi saya makan puff berinti bayam (spinach) dan diberi pilihan jus epal dan jus oren di meja tersebut. Di meja itu jugalah kami disapa oleh ibu bapa Melissa, ibu bapa tunangnya dan seluruh ahli keluarganya yang teruja tengok pakaian kami yang jelas berbeza daripada pakaian tetamu yang hadir. Saya terharu...

Saya tak pernah ada insiden di kedai dobi di Australia kerana saya tak pernah mencuci pakaian di kedai dobi di sana. Pernah beberapa kali ke kedai dobi untuk mengeringkan pakaian semasa musim sejuk sahaja, tetapi selalu pergi pada waktu malam dan tiada pengguna lain.
Label "For Muslims Only" atau "Halal Food" tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai ofensif oleh orang bukan Islam, apatah lagi oleh orang Islam. Label itu hanyalah bermaksud perkhidmatan atau benda itu dikhaskan untuk golongan tertentu.

Bukan bermaksud menghina golongan selain golongan yang disebut. Sama seperti ada signboard di taman permainan yang menulis "For Children Below 20KG" bermaksud kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 20kg boleh bermain buaian itu. Langsung bukan bermaksud kanak-kanak yang mempunyai berat melebihi 20kg adalah gemuk dan berisiko menyebabkan buaian ini patah atau rantai putus (ofensif). Ia hanyalah 'label' supaya kanak-kanak yang lebih berat 'pilih' untuk menggunakan permainan (buaian) lain.

Di Malaysia ini, saya tak nampak protes besar-besaran daripada masyarakat non-Muslim apabila pesta arak dibatalkan. Tetapi masyarakat Muslim sendiri yang melebih-lebih sensitif mengatakan kita harus meraikan dan menjaga sensitiviti kepentingan orang bukan Islam nak minum arak, jangan sekat keperluan mereka. Kebanyakan mereka diam je. Kenapa pula kita jadi lebih sudu daripada kuah? Mereka tak cakap apa pun...

Di Malaysia ini pemberi komen-komen yang tidak puas hati dengan tindakan tuan kedai dobi yang meletakkan signboard "For Muslims Only" tidak datang daripada golongan bukan Islam, sebaliknya datang daripada masyarakat Islam yang merasakan signboard tersebut bersifat ofensif. Kenapa pula kita yang terlebih sensitif sedangkan pengguna non-Muslim dengan senang hati mencari kedai dobi lain apabila tak boleh guna kedai dobi yang dimaksudkan ini?


Kedai dobi "Untuk Muslim Sahaja" masih sama seperti signboard "For Chinese Only" atau "Applicants Must Speak Fluent English" yang selalu kita nampak. "For Chinese Only" bukan bermaksud "Non-Chinese People Are Useless" dan "Must Speak Fluent English" bukan bermaksud orang yang tak pandai cakap Inggeris itu adalah bodoh. Begitu jugalah "Untuk Muslim Sahaja" bukan bermaksud sesuatu yang ofensif seperti non-Muslims adalah penjahat. Ia hanyalah label untuk memudahkan urusan seharian kita dan melancarkan proses perkhidmatan, bukan mengutuk mengkeji sesiapa.

Tenang-tenang sahaja. Kita sudah lama hidup berbilang bangsa berbilang agama. Takkanlah kerana sebuah kedai dobi kita nak bersengketa bermusuh sesama kita?

Come on, guys. Relax...

Saya bukan bercerita sebab nak tunjuk pandai. Saya hanya berharap kita lebihkan mencari ilmu dan perbincangan berbanding hentam-menghentam, kutuk-mengutuk dan soal-mempersoalkan. Siap masuk isu rasisme, ada orang bercerita pasal jus soli lagi. Nak bincang fiqh, tak perlu masuk bab berbentuk ancaman. Tak best macam tu... Geng-geng liberalis, evangelis, dok diam boleh tak? Tak dapat guna kedai dobi A, pergilah guna kedai dobi B. Tak susah pun...

28/09/2017

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2k9Ab3T
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hBGQDb
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

PPIM Gesa Pihak Berkuasa Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menyiasat sebuah viseo iklan bebaur lucah yang kini tular di media sosial.

Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johar, meskipun pada masa kini golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya yang boeh didapati di internet, tetapi ia seharusnya dipantau oleh pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.

“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.

“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya yang dipetik dari laporan mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai iklan yang mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki yang dilakonkan dua pelakon sebagai suami isteri.


Video iklan yang berdurasi 1 minit dan 22 saat itu dikatakan memaparkan adegan dan audio yang membawa konotasi yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan lapisan umum.

Nadzim berkata, selain meneliti kesesuaian iklan tersebut oleh SKMM, satu garis panduan perlu diwujudkan berdasarkan sudut agama, budaya dan sosial

“Saya berpendapat perlu ada garis panduan dari sudut agama, sosial dan budaya mengenai apa-apa iklan yang hendak dibuat. Asasnya ia harus menepati jangkaan masyarakat secara baik dan tidak keterlaluan sehingga memberi kesan buruk,” katanya.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2x1WT3Y
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fDdvrh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Mak Kena Tikam!' - Surirumah Mati Dibunuh Penyamun


KUANTAN, PAHANG - Seorang surirumah ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada, dipercayai dibunuh di rumahnya, hari ini, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, mangsa, Norhasilah Ismail, 34, dikatakan baru pulang dari menghantar dua anaknya ke sekolah sebelum menyedari rumah mereka dipecah masuk seorang lelaki dipercayai ingin menyamun. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian itu berlaku, anak lelaki mangsa berusia empat tahun dikurung oleh suspek di dalam bilik. 

"Berlaku pergelutan di antara mangsa dengan suspek menyebabkan mangsa ditikam di perut sebelah kanan dan dada sebelah kiri menggunakan senjata tajam. 


"Mangsa ditemui oleh suaminya yang baru pulang dari kerja pada jam 12.30 tengah hari di ruang tamu rumah mereka. Siasatan masih dilakukan mengenai motif kejadian dan kami tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan samun. 

"Kerugian dan barang yang hilang masih lagi disiasat polis bersama pasukan forensik dan unit anjing pengesan K9," katanya. 

Anak lelaki mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika kejadian, suspek dilaporkan memakai topeng. 


Abdul Aziz berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di rumah mangsa bagi memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat. 


Sementara itu, anak mangsa, Mohd Aqil Nasrul, 4, menjerit "Mak kena tikam, mak kena tikam," kepada abangnya, Mohd Abid, 8, mengenai kejadian yang menimpa ibu mereka. 

Menurut Mohd Abid, anak kedua dari tiga beradik itu memberitahu ketika kejadian itu, dia baru pulang dari sekolah bersama bapanya, ternampak adiknya dari tepi tingkap bilik menjerit memaklumkan kejadian sebelum dia bergegas masuk ke dalam rumah. 

"Saya tengok adik pucat, minta tolong. Dia menjerit beritahu mak ditikam," katanya. 

Sebaik saja masuk ke dalam rumah, Mohd Abid membuka pintu bilik di mana tempat adiknya dikurung dan terkejut apabila mendapati apa yang diberitahu adiknya itu adalah benar sebelum memaklumkan kepada bapa mereka, Nasrul Mansor, 32. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fYaxdZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ydALDZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tumbuk Dinding Kerana Berang Selepas Didenda RM70,000


Berang didenda RM70,000 atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu, seorang wanita bertindak menumbuk dinding.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap wanita berumur 20 tahun dari Alor Setar, Kedah itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah, selain kes itu bukan yang pertama di Melaka dan Malaysia.

Beliau diwakili peguam bela Janariah Mustafa merayu hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertama tertuduh, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Norma menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar dipenjara enam bulan, selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ybOXx9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yefyJW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Remaja Cuba Bunuh Diri Selepas 2 Kali Dirogol Datuk Tiri


SRI AMAN, SARAWAK - Seorang remaja berusia 14 tahun cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya pada jam 2.50 pagi 21 September lalu, lalu membongkar rahsia yang dirinya telah menjadi mangsa rogol datuk tirinya, lapor Berita Harian

Perbuatan datuk tirinya yang berusia 54 tahun itu hanya diketahui selepas pihak Hospital Sri Aman mendapati pelajar terbabit sedang hamil lima minggu ketika menerima rawatan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dev Kumar berkata, siasatan awal pihaknya tidak dapat menentukan punca pelajar itu cuba membunuh diri, serta gagal mengesan siapa bapa bayi yang dikandungnya. 

Bagaimanapun Rabu lalu, pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman menemubual pelajar terbabit dan akhirnya dia mendedahkan perkara sebenar. 

"Mangsa mendedahkan dia telah dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali dalam bulan Ogos lalu. Selepas mendengar pengakuan yang mengejutkan itu, pegawai sosial perubatan terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman," katanya. 

Siasatan polis mendapati, kejadian pertama berlaku pada awal bulan Ogos selepas datuk tirinya mengambil mangsa pulang dari asrama ke rumahnya pada hujung minggu. 

Difahamkan dalam perjalanan pulang, suspek telah membawa mangsa ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit, lalu merogolnya. 

"Kejadian kedua pula berlaku kira-kira seminggu kemudian di sebuah rumah panjang di Sembayang, Sri Aman, apabila mangsa dirogol di ruang tamu ketika ahli keluarga yang lain sedang tidur," katanya. 

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Sri Aman telah menjejaki suspek di sebuah pondok di sawah padi miliknya di Sembayang jam 11 malam tadi. 

"Ketika anggota polis tiba di pondok itu, suspek ditemui terbaring di atas tanah di belakang pondok dengan mulut berbuih dan dalam keadaan separuh sedar. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan polis. 

"Bagaimanapun pada jam 5 pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai petani telah disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis dan pihak hospital mendapati suspek membunuh diri dengan meminum racun serangga perosak," katanya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xC7zWz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fWzqXv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8Plus

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

peminat tegar Apple sudah pasti menunggu kehadiran gajet terbaru. Apple memperkenalkan tiga jenama iPhone baru pada 12 September 2017 lalu.  Tiga model baru termasuk iPhone 8 dan 8 Plus, yang mempunyai pemproses lebih cepat dan kamera yang lebih baik daripada tahun lepas iPhone 7.

Dan kini anda boleh mengecasnya secara wireless.

Kemudian ada iPhone X, telefon pintar yang berharga USD999 yang Apple pada dasarnya cuba memasarkan sebagai alat dari masa depan yang tiba sedikit lebih awal. Ia adalah iPhone pertama yang mempunyai skrin OLED. iPhone X datang dengan perubahan lain seperti butang ‘home’,  ciri baru Apple yang dipanggil Face ID.

Face ID ini yang mengimbas wajah anda untuk membuka kunci iPhone dan bukannya kaedah sentuhan tradisional yang masih digunakan pada iPhone 8 dan 8 Plus .

Perbezaan iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8Plus

Melihat senarai perkakasan pada iPhone baru, jelas bahawa model iPhone 8 nampaknya ‘lebih segar’ daripada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan beberapa tambahan spesifikasi.

Begitu juga untuk sistem penyimpanan. Seperti iPhone 8, terdapat hanya dua pilihan storan pada iPhone X iaitu 64GB dan 256GB. iPhone X 64GB akan dijual dengan harga USD999 (kira-kira RM4,200) dan model 256GB mencapai harga USD1,150 (kira-kira 4,840). Ia akan dijual di Amerika Syarikat mulai 3 November 2017.

IPhone X mempunyai skrin OLED dari sudut tepi, teknologi pengenalan wajah dan paparan yang lebih bersemangat dan jelas daripada model lain. Tetapi ianya tidak terlalu berbeza daripada iPhone 8 atau iPhone 8 Plus yang lebih besar. Kedua-dua telefon mempunyai cip Bionik A11 yang sama, boleh menyokong aplikasi realiti bertambah serta kalis air dan habuk.

Persamaan iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8Plus

Ada juga persamaan ketiga-tiga model iPhone baru ini iaitu:

  • Pemproses yang sama: A11 Bionic
  • Kamera 12-megapiksel utama yang sama
  • Kamera selfie 7-megapiksel yang sama
  • Keupayaan rakaman video sama: 4K pada 60, 30, dan 24FPS. 1080p slo-mo pada 240FPS
  • Pengecasan tanpa wayar
  • “Kaca paling keras yang ada di telefon pintar, depan dan belakang.”
  • IP67 air dan rintangan debu
  • Kecerahan skrin maksimum sama
  • Sentuhan 3D
  • Pengecasan pantas
  • Penyimpanan 64GB atau 256GB

Kaehadiran iPhone terbaru di Malaysia ini sudah pasti dinantikan oleh peminat-peminat tegar Apple. Berikut adalah kemungkinan harga  iPhone 8 di pasaran Malaysia pada 30 Oktober 2017 nanti.

Harga Iphone 8 dan Iphone 8 plus di Malaysia

iPhone 8 64GB – RM3649
iPhone 8 256GB – RM4399
iPhone 8 Plus 64GB – RM4149
iPhone 8 Plus 256GB – RM4899

Bagi peminat iPhone, pilihan yang bijak pasti memberikan kepuasan maksimum sama ada membeli iPhone X, iPhone 8 atau iPhone 8Plus.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2fxxioy
via Denaihati.com

Thursday, 28 September 2017

Nak Larikan Diri Sangat, Penunggang Motosikal Dalam Video Tular Kini Diburu Polis


Semalam tular sebuah video rakaman yang berdurasi 29 saat di media sosial menunjukkan seorang wanita melintas jalan sebelum dilanggar penunggang motosikal.

Video rakaman tersebut menampakkan seorang penunggang motosikal melarikan diri selepas terlanggar seorang wanita yang melintas jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Georgetown.

Kerana sikap tidak bertanggungjawab itu, penunggang motosikal berkenaan kini telah menjadi buruan pihak polis.

Melalui rakaman video itu, wanita tersebut tercampak dan penunggang terbabit hanya melihat beberapa saat sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Pemandu-pemandu kereta yang berada di lokasi kejadian juga tidak membantu mangsa sebelum wanita itu bangun dan berjalan dalam keadaan kesakitan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xBHrec
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xJYqdU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Hanya Di Malaysia, Kondom Berperisa Nasi Lemak Yang Berbau Santan Akan Dipasarkan Pada Bulan November Ini


Selepas percubaan berani dengan memperkenalkan kondom berperisa durian tahun lalu, syarikat pengeluar kondom terbesar dunia, Karex Berhad bakal melancarkan produk baharu mereka dan kali ini lebih unik dan ‘sedap’.

Syarikat yang berpangkalan di Pelabuhan Klang itu bakal memasarkan kondom berperisa nasi lemak yang dijangka berada dalam pasaran pada November atau Disember ini, lapor AFP.

Ketua eksekutifnya, Goh Miah Kiat dalam temu bual bersama agensi berita itu berkata, pengenalan kepada kondom berperisa nasi lemak itu bukan hanya gimik semata-mata, sebaliknya ia bagi membantu kempen pencegahan kehamilan di Malaysia.

“Bagi saya, ia berkaitan kesihatan awam dan saya mahu menyampai mesej ini kepada semua orang,” katanya seperti dilapor agensi berita itu.

Menurut laporan agensi berita itu lagi, kondom nasi lemak jenama Carex bukan sahaja disasarkan dalam pasaran tempatan tetapi ia juga akan dimport keluar negara.

Mengulas lanjut Goh Miah Kiat berkata, syarikatnya telah menghabiskan masa selama enam bulan menjalankan kajian terhadap produk terbaharu mereka itu sebelum memutuskan perisa tersebut dengan bau seakan-akan santan dan pelincir hangat.

"Kita rakyat Malaysia dibahagikan oleh idea pegangan politik, agama dan bangsa,” katanya.

"Saya merasakan satu perkara yang menyatukan kita semua: 'Di manakah lokasi terbaik anda pernah makan nasi lemak?,” tambahnya sambil menjelaskan kondom perisa nasi lemak adalah edisi terhad.

Karex menghasilkan lima bilion kondom setiap tahun dari empat kilangnya, di mana kebanyakan produk itu dibeli secara pukal oleh agensi kerajaan atau antarabangsa sebagai kempen hubungan seksual yang selamat.

Media melaporkan, selepas Karex mengambil alih syarikat pengeluar kondom berjenama TheyFit yang dijual di Eropah, syarikat itu juga telah memperkenalkan kondom yang boleh ditempah mengikut saiz alat sulit, Julai lalu.

Sumber: MalaysianDigest


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xBHpmA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fCnYU0
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ada Orang Buang Sisa Toksik, 23 Penduduk Dikejar Ke Hospital Terhidu Gas Beracun

DIFAHAMKAN ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang tujuh tong sisa toksik berbahaya di Kampung Tambak Paya, Melaka.

Akibat daripada perbuatan itu, dilaporkan seramai 23 orang penduduk kampung berkenaan, telah dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas beracun yang dipercayai dari tong sisa toksik yang dibuang di dalam sebuah rumah kosong.


Difahamkan pihak bomba dan penyelamat telah mengarahkan berpuluh-puluh rumah penduduk di kawasan berkenaan supaya dikosongkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang gangguan masalah kesihatan.

Gas beracun tersebut difahamkan berbau busuk, memedihkan mata dan tekak. Justeru edaran topeng muka telah dibuat bagi melindungi penduduk di kawasan berkenaan.


Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar memaklumkan melalui akaun media sosial miliknya, menyeru orang ramai agar tidak masuk ke kawasan Tambak Paya, kerana kejadian itu.

Sumber: Milo Suam


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xPaVoV
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xK43IX
via MerahHatiCintaku.blogspot.com